Friday, July 25, 2008

Dilema Melayu - Rakus & Malas Bekerja

"Kamu akan jadi jutawan dalam masa tak sampai setahun jika dibayar RM1 setiap kali terlihat iklan skim cepat kaya, surat berantai minta sedekah atau iklan jualan ebooks di Malaysia!"

Ha ha ha! Bunyinya agak kelakar tetapi itulah yang akan terjadi jika memang betul anda dibayar RM1 setiap kali terpandang iklan "Buat Duit dalam Masa Sejam", "RM10,000 Sebulan Tanpa Buat Apa-Apa", "Buat Duit Dengan Goyang Kaki" dan pelbagai variasi kata-kata iklan dari Melayu pemalas.

Paling banyak iklan seperti ini muncul di laman carian seperti Google atau Yahoo! Usah dikira banyaknya iklan seperti ini di laman-laman berbahasa Melayu seperti blog atau forum diskusi online. Kenapa? Kita marah bila Melayu dicop malas dan mudah lupa. Tapi hakikatnya memang iya pemalas! Tan Sri Lim Goh Tong tak jadi kaya dengan jual ebooks. Ananda Krishnan pun tidak join surat berantai minta sedekah untuk jadi kaya. Kenapa Melayu terus-menerus jadi tak malu?

Lihat di sini...

Senarai laman ini kami gugurkan dari artikel ini bagi menghormati perbezaan pendapat dan kebebasan untuk berkarya.


ada nampak muka bukan Melayu? Hakikatnya Melayu terus lalai dengan skim cepat kaya, ebooks, surat berantai dan berangan nak jadi kaya - bangsa lain bekerja bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing dan keluar mengundi wakil calon bangsa mereka dan menghantar calon bangsa mereka ke parlimen untuk memerintah negara ini.

Melayu nak jadi apa? Ketuanan Melayu? Tuan kat mana? Dalam mimpi pun Melayu tak jadi Tuan lah.


Melayu dalam keadaan lemah ...... sebab apa?

Politik: Melayu lemah, tidak bersatu dan saling mencurigai.

Akademik: walaupun dibiayai oleh kerajaan, Melayu tetap lemah, remaja lelaki di universiti bertukar jadi Mat Rempit dan remaja perempuan jadi Minah Rempit.

Ekonomi: cuba bilang kedai-kedai yang dimiliki oleh Melayu di kawasan anda, berapa peratus jika dibandingkan dengan bangsa lain?


Internet/ICT: Melayu tak habis-habis jual ebooks sedangkan bangsa lain jadi pembekal komputer, pembekal sistem dan mengawal harga barang-barang.... arghhh.... Melayu nak jadi apa?


Kenapa kami benci skim cepat kaya? Sebab ia menzalimi mereka yang tidak mengetahui.

Kenapa kami benci surat berantai minta sedekah? Sebab ia mempergunakan agama untuk menipu.

Kenapa kami benci jualan ebooks? Sebab authornya bukan nak sebarkan ilmu, tapi nak perkudakan orang lain untuk dapatkan lebih banyak sales & RM.

Maaf, entry ini agak beremosi..sebab kami sayang bangsa kami Melayu. Tulus ikhlas.

"Belia Benci Scam"

Thursday, July 24, 2008

Jai Network - Yang Salah Itu Salah

Akhirnya kerajaan Malaysia mula menggerakkan jentera pembanteras skim cepat kaya. Kenapa bukan dari dulu? Kenapa perlu menunggu sehingga berjuta-juta RM duit rakyat dileburkan jadi aset, jadi kereta dan jadi habuan tokan skim cepat kaya? Mungkin atas beberapa sebab:

1) Kelemahan undang-undang sediaada.
2) Kekurangan pegawai.
3) Kurangnya kesedaran diperingkat pihak berkuasa.
4) Sistem pemantauan yang tidak berkesan.
5) Tidak ada priority.

Harapnya pihak yang berkaitan seperti KPDNHEP, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti terus aktif menangkap penjenayah perdagangan yang banyak makin berleluasa akhir-akhir ini. Undang yang tidak ketat dan mudah dieksploitasi haruslah diperkukuhkan. Apa guna ada MP dan Menteri dengan elaun puluhan ribu kalau tak ada kesedaran untuk menangkis anasir seperti ini.

Selain itu daripada menghukum penjenayah, hukuman ringan seperti denda patut juga dikenakan kepada mereka yang mempromosikan dan menyertai program-program skim cepat kaya.

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 189 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan hampir RM170 juta.

Dr. Jailani Jabar, 48, menghadapi 106 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM98.7 juta manakala isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, didakwa atas 83 tuduhan melibatkan RM71.3 juta. Mereka dituduh melakukan aktiviti itu dari Februari 2006 hingga Oktober 2007.

Mereka yang merupakan pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd di Jalan Beserah di sini dituduh menggunakan wang tersebut yang merupakan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram untuk pelbagai kegunaan termasuk membayar deposit pembelian hartanah, pembayaran ansuran pelbagai jenis kereta, pemindahan ke akaun milik mereka serta mendapatkan hak pengedar minyak hidrogen.

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang ditahan semalam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah Mahkamah Sesyen yang mengambil enam setengah jam bermula 3 petang sehingga 9.30 malam ini.

Di Mahkamah Sesyen yang pertama, Jailani menghadapi 28 pertuduhan dan Latifah sebanyak 36 pertuduhan manakala di Mahkamah Sesyen kedua, pasangan suami isteri itu masing-masing menghadapi 39 dan 24 pertuduhan dan di Mahkamah Sesyen ketiga, masing-masing menghadapi 39 dan 23 pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Jailani dan Latifah memandangkan keseriusan kes itu yang membabitkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu memandangkan Jailani mempunyai empat isteri dan 13 anak selain aset mereka telah dibekukan.

Hakim di ketiga-tiga mahkamah iaitu Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain dan Hakim Habibah Mohd Yusof kemudian membenarkan ikat jamin yang keseluruhannya berjumlah RM848,000 bagi Jailani dan RM415,000 bagi Latifah, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos depan sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Jagjit Singh selepas membenarkan permohonan Dzulkifli bagi perbicaraan serentak. BERNAMA



Image Hosted by ImageShack.us


DR. JAILANI Jabar diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. Dia menghadapi 189 tuduhan mengubah duit haram membabitkan nilai hampir RM170 juta. -fotoBERNAMA

Image Hosted by ImageShack.us


DR. LATIFAH Taib yang didakwa bersama suaminya pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd Dr. Jailani Jabar, 48, diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Mereka menghadapi 189 tuduhan mengubah duit haram membabitkan nilai hampir RM170 juta. - fotoBERNAMA


Inilah yang berlaku kalau rasa dah pandai dan syok sendiri gubah plan sana, gubah plan sini, offer investment sana-sini, pulangan puluhan percent setiap bulan, sedangkan apa yang dikota tidak mampu dikota. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang tak pernah pandai-pandai dan tak pernah serik untuk terus melabur dalam program skim cepat kaya.

JAI Network dulu katanya adalah untuk membantu orang Melayu. Bullshit! Biar kami katakan begini: setiap skim cepat kaya yang datang dan pergi di Malaysia ini akan menggunakan ayat manis yang sama - tolong orang Melayu. Sedangkan mereka yang sebenarnya nak orang Melayu tolong kumpulkan duit untuk perut mereka.

"Belia Benci Scam"

Wednesday, July 9, 2008

Duit 10 Minit - Lagi Web Tiruan RichJerk

Sebenarnya web ini tidak layak untuk difikirkan langsung. Tetapi kami cukup menyampah dengan marketing style ala therichjerk yang cuba dipraktikkan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Melayu kaya ini.

Cadangan kami: jika anda terjumpa iklan Adsense bertajuk "Duit Dalam Masa 10 Minit" atau beralamat di www.duit10minit.com , terus saja mengklik iklan itu, TETAPI jangan anda bayar apa-apa atau percaya apa-apa cerita yang ditulis di situ.

Rasionalnya: Melayu ini sudah cukup kaya, jadi apa salahnya anda membuat sebanyak mana click yang termampu pada iklan itu kerana kos click itu akan ditanggung oleh Melayu yang kaya berkenaan.

Rasional yang lebih baik: anggaplah ini sebagai teguran kepada mereka yang berlagak kaya dan cuba menipu orang-orang Melayu dengan lagaknya untuk mengaut lebih banyak wang dari Melayu yang tertipu.

Tidak ada apa bagusnya kerja menjual ebooks. Menjual ebooks menghampiri perlakuan menipu. Rujuk cerita Pak Pandir jual ebooks.

Ingat, jangan percaya dan jangan keluarkan satu sen pun kepada www.duit10minit.com . Bukan dengki, tapi kami muak lihat sikap Melayu yang nak tipu Melayu.

"Belia Benci Scam"

Eastana Farm Form Lagi - Kami Jawab

Sesetengah orang lebih suka percaya kepada cerita tahyul dari mengakui hakikat sebenar. Rujuk kaitan etnik dengan skim cepat kaya di sini.

Ada seorang brother mendakwa cerita yang dijaja oleh Eastana tentang return 10-12% sebulan itu tidak mustahil, sebabnya ada bank luar negara boleh offer sehingga 25% sebulan. Ha ha ha! Brother ini dah terlalu banyak tengok movie agaknya. Kalau betul ada, tunjukkan pada kami semua bank mana yang offer setinggi itu. Munkin PNB berminat untuk melaburkan dana rakyat ke situ. Mungkin Bank Rakyat juga berminat. Sebab diorang ni hanya mampu kasi 5-8% setahun saja, kalau ada bank luar negara yang kononnya boleh bagi 25% sebulan, kalau kena gayanya dah tentu Tan Sri Hamid Kama Piah berminat nak melabur kat situ.

Brother! Jangan pakai kepala lutut.

"Belia Benci Scam"