Tuesday, October 14, 2008

Serbuan Buluhmas, Noradz, Jazmeen & Eastana

Blog ini bercuti beberapa lama sebelum ini, tapi atas rasa tanggungjawab kami kembali ke arena ini bagi meneruskan perjuangan. Memuliakan yang benar dan menolak kemungkaran dalam industri perdagangan di Malaysia.

Semalam rakyat negara ini digegarkan dengan berita serbuan oleh Bank Negara Malaysia kepada 4 syarikat iaitu Buluhmas, Noradz, Jazmeen dan Eastana. Kami gembira bukan kerana merasa puas, tetapi kami gembira pihak berwajib sedang cuba menjalankan tanggungjawab mereka melindungi rakyat negara ini dari ancaman perindustrian ini. Ancaman baru terhadap rakyat bukan lagi dalam bentuk kekerasan jenayah atau serangan bala tentera asing, tetapi lebih kepada anasir-anasir penipuan domestik seperti ini.

Jika dikira dari segi peperiksaan, blog ini telah mendapat kelulusan 50%. Ini kerana apa yang telah kami tulis sebelum ini mendapat respon dari BNM. Persoalan sama ada BNM merujuk blog ini atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi kami merasa usaha kami memberi kesedaran dan pandangan telah berbaloi. 2 dari skim yang diserbu semalam telah kami tulis sebelum ini.

INI BERMAKNA KERAGUAN KAMI PADA SKIM-SKIM SEPERTI INI ADA ASASNYA! Cukup untuk menutup mulut pengkritik laman ini yang mendakwa kami hanya menulis secara sembarangan dan berniat jahat. Berniat jahat? Tidak sama sekali. Kami tidak mendapat sebarang bentuk keuntungan hanya dengan menulis di blog ini. Apa yang kami buat adalah atas kesedaran memberi pengetahuan kepada masyarakat dan saudara-saudara kami dari terus tertipu. Ini adalah sumbang bakti kami yang tidak seberapa kepada saudara seagama.

Baca artikel sebelum ini tentang Buluhmas dan Eastana.

Hari ini Buluhmas menafikan penglibatan mereka dalam skim cepat kaya. Pasalnya ada Buluhmas Mart dan industri IKS bergantung dengan Buluhmas. Ini kes ayam dan telur. Di Malaysia ini Buluhmas yang lahir dulu atau IKS? Siapa yang perlu siapa? Bukankan Buluhmas Mart itu ditubuhkan hanya sebagai backup perniagaan ownernya dan sebagai mengkaburi operasi sebenar illegal deposit taking? Tolonglah. Skrip ini sudah banyak kali dibaca. Skim cepat kaya PureInvestor di Nilai dulu pun gunakan skrip ini, dan siap ada kedai makan dan butik. Ini bukan apa, sekadar untuk membutakan mata pihak berwajib kononnya mereka ada operasi yang sah. Akhirnya Bryan Marsden dan isterinya dah masuk ke dalam.

Noradz juga nak menafikan. Bisnes travel dah 26 tahun. Bisnes travel tidak ada masalah. Memanglah 26 tahun, tetapi yang silapnya mereka ini buat tawaran 1 lot RM3100 dan dapat bayaran RM200 sebulan. Tak ponzi ke macam itu?

Maka sibuklah dalam beberapa hari ini pihak cheerleaders menenangkan anak buah. Tenanglah buat selamanya.

"Belia Benci Scam"