Wednesday, December 17, 2008

3 koperasi diserbu - tahniah Datuk Noh Omar

Tepuk tangan, ucap tahniah kepada menteri kita dulu, Datuk Nok Omar.


3 koperasi skim cepat kaya diserbu

PUTRAJAYA 17 Dis. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.

Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut.

''Ketiga-tiga koperasi yang mempunyai ahli dan pelabur lebih 5,000 orang itu telah menjalankan pelaburan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan. lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus atas modal pelaburan.

''Berdasarkan siasatan awal, mereka menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur yang antaranya mendakwa melaksanakan projek pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna," katanya selepas menyaksikan Majlis Penyempurnaan Kerjasama Antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.


Ini membuktikan pegawai dan kakitangan kerajaan yang dibayar gajinya oleh pembayar cukai telah menjalankan tugas mereka. Harap Datuk Noh terus komited dengan kerjanya, dan cari lagi koperas-koperasi jahanam yang mudah sangat diperalatkan oleh pihak ketiga dalam mempromosikan 'peluang pelaburan' masing-masing. Nak buat koperasi tak susah, tetapi macam mana nak survive itu yang lebih penting. Sebab itu ramai orang atas kat koperasi suka ambil jalan mudah dan melibatkan diri mereka dengan skim cepat kaya. Kalau bodoh sekalipun, cubalah bertanya pada yang pandai.

Mungkin menteri Koperasi berminat untuk menyelidiki urusan-urusan koperasi seperti di bawah (maaf koperasi ini belum scam, akan tetapi kemungkinannya ada):

Koperasi Jurukur Tanah Nerhad - KOJUTA
pulangan 54% setahun
http://www.kojuta.com/

Koperasi Dinamik Malaysia Berhad - KOPEDIK
pulangan 120% setahun
http://www.kopedik.com.my/

Koperasi Kinta Barat Berhad - KKMB
pulangan 36% setahun
http://www.freewebs.com/kkbbipoh/

Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad - KOPRAHA
pulangan 15% setahun
http://www.kopraha.com.my/index-3.html

Kalau tak salah dari segi operasi sekalipun, mereka ini tetap salah dari segi cara mempromosi dan memberi misleading info seperti peratusan pulangan dan sebagainya. Ada koperasi yang buat laman web saling tak tumpah rupanya seperti laman web pelaburan haram. Kalau tak percaya cuba tanya SC atau BNM, boleh ke nak publish peratusan hasil pelaburan yang belum pasti? Jangan temberang!

"Belia Benci Scam"