Thursday, May 7, 2009

Tun M Kata Forex Itu Judi

Tun Mahathir menyifatkan foreign exchange (FOREX) atau currency trading sebagai gambling (berjudi). Ikuti artikel penuh di sini.

Quote:

The trade in currency is not in order to finance business or trade. It is for gambling on the appreciation or depression of the particular currency. Either way the bettor (trader) would make a profit.


Maknanya seseorang trader dalam FOREX sebenarnya bertaruh samada kadar tukaran matawang tertentu menaik atau menurun berbanding matawang satu lagi.

Tetapi ini mungkin pada persepsi masing-masing. Ada orang berkata saya membeli matawang A dan menjual matawang B.

Tapi bukan itu yang kami nak tuliskan. Terpulanglah masing-masing samada benar judi, harus, halal.

Kami cuma nak laporkan KEMUNGKINAN so-called forex traders di Malaysia (internet-based) ini sebenarnya selama ini hanya bermain forex dalam sangkar imaginasi. Tipah tertipu. Ramai FOREX traders yang mengaku guru/sifu sekalipun, sebenarnya bermain-main dalam 'pool' yang dicipta oleh so-called brokers. Pool ini hanyalah refleksi dari pasaran FOREX sebenar.

Pernah terfikir kenapa beria benar broker-broker FOREX datang ke Malaysia? Di laman web mereka pula khas ada alih bahasa Melayu/Indonesia.. di online forum mereka pula ada ruang khusus untuk trader dari Malaysia. Kenapa begitu istimewa orang Malaysia pada pandangan so-called brokers ini?

Cuba lihat aliran trafik ke laman web broker, dari mana datangnya trafik yang tinggi kalau bukan dari Malaysia? Ini menunjukkan sikap berani mati tak mati orang Malaysia. Kita suka menipu, dan mudah juga tertipu.

Trader perlu faham, selama ini mereka tidak berFOREX dengan pasaran, tetapi berlawan dengan broker. Keburukannya, broker boleh menentukan seramai mana boleh untung, seramai mana perlu rugi dalam satu-satu masa.

Tetapi dari sudut positif, seteruk-teruk FOREX-i (FOREX imaginasi), teruk lagi skim cepat kaya. Sebabnya trader tidak perlu melobi saudara mara dan rakan taulan untuk turut sama terlibat untuk sesen dua komisen.

Cuma yang penting perlu diingat wang anda dengan broker mungkin tidak berapa selamat seperti yang difikirkan. Seperkara lagi, sepertimana kata Tun M tentang gambling dalam currency trading, FOREX-i lebih tidak jelas tentang sumber rezekinya kerana melibatkan gambling dalam gambling.

"Belia Benci Scam"