Thursday, January 28, 2010

Orang kuat KOPEDIK didakwa?

Malam tadi ada satu berita di TV3 tentang beberapa lelaki dari satu koperasi didakwa atas kesalahan menipu wang. Tak berapa pasti adakah koperasi yang dimaksudkan itu adalah KOPEDIK sebab butir-butir nya tak berapa sempat dicerap, yang pasti ada perkataan "koperasi" dan "dinamik".

Kalau KOPEDIK yang kena, maka kami tak hairan. Dulu kami pernah sarankan Datuk Noh Omar (masa tu sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) untuk siasat aktiviti mereka ini. Baca artikel terdahulu.

Kami akan cari maklumat sedikit lagi. Sesiapa yang ada maklumat boleh juga salurkan di sini untuk kebaikan bersama.

Kami ada cuba masuk web www.kopedik.com.my tapi laman itu dah kena suspend. Biasanya suspension hosting ini disebabkan oleh beberapa perkara:-
a. Meletakkan kandungan illegal di laman web.
b. Tak bayar hutang (kahkahkah....! tapi takkan lah kot, bisnes juta-juta)

"Belia Benci Scam"

Monday, January 25, 2010

Pricewaterhouse Coopers urus proses kembalikan wang Swisscash


Pricewaterhouse Coopers urus proses kembalikan wang Swisscash
25/01/2010 4:57pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn. Bhd. sebagai pentadbir bagi menguruskan proses pengembalian wang kepada para pelabur yang layak dalam skim penipuan pelaburan Internet Swisscash.

Pentadbir tersebut, dalam minggu ini, akan mengeluarkan notis meminta mereka yang ingin membuat tuntutan supaya mengemukakan tuntutan masing-masing.

Notis tersebut akan dipaparkan di laman web Pentadbir serta dalam akhbar-akhbar utama negara. - Utusan


Sumber di sini.

Nampaknya pelabur skim cepat kaya bukan saja menyusahkan diri sendiri, tetapi menyusahkan kerajaan, dan juga menyusahkan pembayar cukai yang lain atas kebodohan mereka.

Orang ajar tak nak dengar, cakap kita pula yang tak betul. Kecik-kecik tak nak mampos.

Berita lama pasal swisscash.

CEO hadapi tuduhan ambil RM70 juta mengaku tidak bersalah


CEO hadapi tuduhan ambil RM70 juta mengaku tidak bersalah
25/01/2010 4:33pm

SEREMBAN 25 Jan. – Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengambil wang deposit tanpa lesen berjumlah RM70 juta daripada orang ramai antara Februari dan Oktober 2008.

Syed Shareezally Syed Aualadali, 39, dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar, bersama rakan kongsinya, A. Halim A Rahman, 39, selaku pemilik syarikat Eastana Farm Industries Sdn. Bhd., yang beroperasi di 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang.

Syed Shareezally mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan dia diikat jamin RM300,000, manakala A. Halim dikenakan ikat jamin RM400,000 sehingga kes mereka disebut semula pada 8 Februari ini.

Kedua-dua lelaki tersebut, yang tinggal berjiran di kawasan kediaman mewah Lavender Heights di sini, ditahan selepas pegawai-pegawai Bank Negara menyerbu premis Eastana Farm Industries pada 13 Oktober 2008 selepas mendapat aduan dari orang awam.

Syarikat itu menjalankan perniagaan penternakan lembu dan daging segar.

Melalui internet, syarikat ini mempelawa orang ramai untuk melabur dengannya. – Bernama


Sumber di sini.

Nampaknya CEO lembu ni tak nak mengaku. Takpe.. lawanlah sampai mampus.

Cerita basi pasal lembu ni kat sini dan sini.

Wednesday, January 13, 2010

Kami katakan pelaburan cacing, lembu, lintah dsb sebagai scam.. setuju?

Ada orang cukup marah bila kami tulis tentang program pelaburan mereka. Ramai yang komen kata kami ni main tembak saja. Tulis ikut sedap tangan. Tak ada fakta, tetapi main tembak saja. Nampak bodoh pun iya.

Jawapan kami macam ini:
Memang kami tak ikut fakta, sebab 'fakta' pun boleh dipalsukan. Sebab ikut fakta lah sangat... government tak boleh nak ambil tindakan pada beratus-ratus program scam di Malaysia. Sebab apa? Tidak ada fakta, tidak ada bukti. Cuba bayangkan, SMS yang menawarkan khidmat seks boleh dihantar sewenang-wenangnya tanpa rasa takut, sebab apa... mana ada fakta. Nama kita boleh palsukan maa?
Lagi satu, kalau kami ada fakta...buat apa nak membebel kat sini...terus sajalah bawa ke polis atau mana-mana authority. Buang masa je nak insafkan orang-orang macam kamu yang tak sedar untung.
Lagi satu yang akhir, memanglah kami menulis dengan lagak bodoh, dengan bahasa kesat.. supaya boleh tune dengan pemikiran macam orang-orang yang selalu kena scam..sebab kat situ je levelnya. Sorry yah, memang agak kasar dan nampak bodoh.
(p/s: kami tahu bank kena bayar gaji staff, share holder etc, dan buat maintenance asset...tapi malas ler nak cerita)

Berbalik kepada cerita cacing, lembu dan lintah. Dapat dikatakan sesiapa sahaja yang memulakan idea asal benda ni adalah seorang yang sangat bijak. Bayangkan, dia dapat buat permintaan untuk cacing dan lintah yang nampak tak berguna tu kepada nilai komersil.

Teori kami macam ni, everything about cacing dan lintah...yang dikatakan untuk tujuan kosmetik, sebenarnya adalah PENIPUAN.

Logiknya... kalau betul memelihara cacing dan lintah begitu senang, kenapa perlu negara-negara luar macam US kena beli dari Malaysia. Tidakkan alasan cacing dan lintah untuk eksport itu hanya sekadar helah perdagangan?

Banyak faedah dari penipuan cacing dan lintah ini, antaranya...
1. Consultant boleh menipu pelabur dengan caj consultation fee untuk setup the business.
2. Consultant boleh jual anak cacing atau lintah kepada pelabur-pelabur lain yang berminat.
3. Pihak pelabur pula boleh tipu orang awam lain dengan kumpulkan dana untuk cover balik modal.

Pasal lembu pula, kami pernah tulis kat sini. Itu memang tipu punya. Tak caya, sila tanya pelabur lembu tu... labur pada lembu atau pelabur yang jadi lembu...hahaha.

Cerita pasal cacing...


Pelaburan cacing: Empat lelaki ditahan

KULIM 13 Jan. - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan skim ternakan cacing yang merugikan lebih 3,000 pelabur dengan nilai hampir RM25 juta di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supritendan Rossnee Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia antara 30 hingga 47 tahun itu ditahan di Jitra dan beberapa lokasi berasingan sekitar daerah ini dalam satu operasi khas yang dijalankan semalam.

Katanya, semua suspek yang ditahan, dipercayai bertindak sebagai broker atau orang tengah dalam urusan penipuan dan mengumpul deposit secara haram berkenaan.

"Kesemua suspek tersebut dikatakan menjadi orang tengah yang memperdayakan mangsa-mangsa untuk melabur.

"Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 176 laporan daripada mangsa di seluruh negara berhubung kejadian tersebut. Kebanyakan laporan polis diterima adalah dari daerah Kulim,

Sungai Petani, Pendang, Alor Setar dan Dang Wangi di Kuala Lumpur.

"Jumlah kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak RM1.8 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, lebih 3,00 pelabur skim ternakan cacing mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat sebuah syarikat di Kilang Lama, dekat sini mendakwa mengalami kerugian selepas pengusaha skim itu melarikan diri bersama wang pelaburan mereka.

Pelabur tersebut mendakwa, mereka mengalami kerugian melebihi RM25 juta setelah terpedaya dengan penganjur skim yang menjanjikan pulangan istimewa melalui ternakan cacing di tujuh cawangan pejabat syarikat Kulim Worms Agrotech Sdn. Bhd.

Menurut Rossnee, polis kini turut mengesan pasangan suami isteri, dipercayai merupakan salah seorang daripada tiga pengarah bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka ialah Abdul Razak Ahmad, memegang kad pengenalan bernombor 640812-10-7483 dan Fatimah Ismail, kad pengenalan bernombor 680923-02-5604.

Alamat terakhir pasangan itu ialah di Nombor 839, Jalan Bahagia, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan Rawi Abdul Ghani di talian 04-4096222 atau Inspektor Tarmidzi Zain (013-4426314) bagi membantu siasatan.


Sumber sini.

Wednesday, January 6, 2010

Amaran BNM Tentang Forex Memang Tepat

Kami pernah mengulas tentang konon aktiviti trading 'FOREX' dalam artikel ini secara sepintas lalu. Sesungguhnya kami berpendapat, kebanyakan mereka yang menyertai FOREX trading tidak memahami perkara sebenar.

Golongan yang tidak faham, tak apa. Tetapi ada satu lagi golongan yang patut dipanggil BODOH kerana masih nak menyombong dengan sedikit pengetahuan yang dia ada. Bila BNM bagi amaran, bermacam-macam komen yang timbul. Puak BODOH ini mengeluarkan teori berikut, antaranya:

1. BNM nak cari duit lebih
2. BNM tak tahu apa yang ia buat
3. BNM saja nak menyusahkan orang ramai
4. BNM nak ganti duit enjin jet hilang (kahkahkahkah..bodoh betul bunyinya tu)
5. BNM itu ini bla bla....

Bermacam lagi lah. Kami faham, yang terlibat dengan FOREX ini mungkin mentalitinya agak low level sikit dan tak mampu berfikir secara ilmiah. Tidak menggunakan fakta, tetapi banyak menggunakan emosi.

Kita kena faham, apa fungsi BNM dalam Malaysia ini. Sebagai badan yang bertanggungjawab mengawal-selia aktiviti kewangan negara, ingat tu... bukan penyusah orang ramai.

Amaran yang dikeluarkan adalah bagi memastikan orang ramai tidak tertipu dengan skim yang suka mengambil kesempatan dari kenaifan orang ramai. Orang yang mudah tertipu adalah orang-orang yang BODOH lah. Jadi jangan terus nak marah saja, amaran ini adalah bagi tujuan membantu mereka yang tidak tahu.

Kenapa kita boleh katakan FOREX yang dimaksudkan dalam konteks artikel ini sebagai skim yang bermasalah?

1. Trader beranggapan mereka trade dalam market, tetapi hakikatnya trader hanya bermain dengan broker. Broker boleh mengawal keseluruhan operasi trading dari software khas. Dengan kata lain, trader sebenarnya tertipu.

2. Kebanyakan broker mengaku sebagai pemilik lesen yang sah, sedangkan sebenarnya tidak.

3. Trader dalam erti kata lain, berjudi dengan trader lain dan bermain dengan broker. Penjudi yang kalah akan dipastikan sentiasa lebih ramai dari penjudi yang menang. Broker yang untung.

4. Trader yang kalah tidak akan menyalahkan broker kerana sentiasa menyalahkan diri sendiri, robot atau news.

5. 'FOREX' dalam konteks artikel ini adalah scam terancang dan sangat licik.


Pernah terfikirkah?

1. Kenapa Malaysia menjadi tumpuan broker?

2. Kenapa broker kebanyakannya dari BUKAN negara-negara US/UK?

Kalau kamu boleh jawab soalan ini, kamu bukan dari golongan yang BODOH.



"Belia Benci Scam"



Baca petikan dari laman web BNM di sini:

Ref No: 01/10/01

Embargo: For immediate release

Beware of Illegal Foreign Currency Trading Schemes

Bank Negara Malaysia would like to caution members of the public not to participate in any illegal investment or training programme on foreign currency trading offered by individuals or companies both domestic and foreign.

Members of the public are usually enticed to attend such investment or training programmes with promises of quick and good returns. The modus operandi of such programmes have included:

Offering free training, seminars or workshops to lure investors, prior to inviting investors to set-up an online foreign currency trading account with a principal company (purported to have valid licence to trade foreign currency overseas);
Providing convenient access to the principal company's website and trading facilities to facilitate online foreign currency trading by investors;
Recruitment of fresh graduates as marketing executives and encouraging them to get their family and friends to trade foreign currency; and
Requiring investors to deposit an amount of money into a bank account to begin trading foreign currency, and subsequently, requesting for a top up on their initial investment ("margin call") to avoid losing their capital.
Under the Exchange Control Act 1953 (ECA), it is an offence for a person in Malaysia to buy or sell foreign currency or do any act which involves, is in association with, or is preparatory to, buying or selling of foreign currency with any person, other than an authorised dealer. It is also an offence for a person to aid or abet another person to buy or sell foreign currency with any person, unless the person is an authorised dealer.

The list of authorised dealers and financial institutions permitted by the Controller of Foreign Exchange to buy or sell foreign currency can be obtained from Bank Negara Malaysia's website (http://www.bnm.gov.my).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
1-300-88-5465 or
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my



Sumber asal dari sini.


Respon kepada komen-komen...

To 'garisan' dan 'ilovespeed',
Sebenarnya anda berfikiran just exactly seperti yang 'broker' anda mahukan. Mereka mahu anda percaya hidup dan mati perjuangan survival anda dengan forex adalah benar. Kita semua sedar bahawa FOREX a.k.a foreign exchange itu TIDAK SALAH. Jika tidak ada FOREX macam mana nak ada perdagangan antara 2 negara. Itu kita semua faham. Yang sebahagian dari kita tidak faham adalah kewujudan segerombolan 'broker' yang tampil 'legal' dan berwibawa dan target utama mereka adalah Malaysia (kerana di Malaysia, rakyat kita terutamanya Melayu senang diperbodohkan). Anda tahu tentang itu?