Wednesday, July 29, 2009

Hai-Oooooohhh begitu rupanya!

Ada seorang hamba Allah cukup marah bila baca tulisan kami tentang Hai-Oh sebelum ini. "Boleh tak kalau tak tahu hujung pangkal jangan cuba menyibuk?", kata hamba Allah ini. Jadi kami ambil sedikit masa dan dengar penerangan beliau tentang Hai-Oh ni.

Cerita beliau begini...
Hai-Oh ni dah berpuluh tahun in business. Cuma cara perniagaan mungkin berbeza. Kalau dahulu mungkin lebih kepada MLM cara tradisi. Sekarang ini kita main plan.

Pulak!

Ok dengar lagi. Diringkaskan cerita. Ada 2 produk yang berkenaan, penapis air dan juga baju kesihatan wanita. Untuk bermain plan ini ada beberapa step...

Step 1

Beli 10 penapis air atau 10 pasang baju. Total kos untuk beli 10 barang ini lebih dari RM20 ribu. DUA PULOH RIBU, brader!

Bila beli ajer terus dapat bonus bulan pertama. Dapat pangkat.

Step 2

Cari 2 orang yang nak beli 10 penapis air atau baju.

Dapat bonus lagi bulan kedua. Dapat pangkat.

Step 3

Tolong yang 2 orang ini cari 2 orang lagi ke bawah. Pada masa sama, cari lagi 2 orang duduk direct kat bawah kita. Semuanya 4 orang direct.

Dapat bonus lagi.

Selain itu, juallah penapis air itu kepada saudara mara atau jiran, pandai-pandai la kau jual. Bagi installment dan sebagainya.

Oleh kerana nak masuk ni perlu duit banyak, hamba Allah ni cadangkan buat loan dengan sebuah bank selama 15 tahun. 15 TAHON, brader! Tapi jangan risau, sebab hutang ni boleh selesai dalam masa sekejap saja, kata hamba Allah ini.

Habis cerita dia.

------------------------------------------------------------

Ini ulasan kami...

1. Plan seperti ini bukan magic. Tidak ada keajaiban pun. Jadi jangan mudah terpesona dengan mimpi rumah dan kereta besar. Ianya tidak ada beza dengan sistem yang dipanggil "forced matrix". Sistem forced matrix ini adalah sistem piramid yang menzalimi mereka yang dibawah. Duit yang dibawah diserap naik ke atas.

2. Bayangkan produk penapis air dan baju tidak ada. Peserta masih boleh mendapat income yang hebat tanpa produk pun sebenarnya. Itu namanya money game. Duit datang dari aktiviti head hunting. RM20 setiap peserta, bayangkan banyaknya duit yang mengalir masuk ke dalam network yang telah disusun ini. Orang di atas siap dah buka mulut untuk telan. Yang baru masuk terkial-kial cari orang bawahan untuk balik modal.

3. Ada beza yang sangat ketara antara MLM tradisional dengan money game seperti ini. MLM tradisional beri bonus kepada ahli melalui aktiviti jual dan beli. Money game beri bonus melalui head hunting.

4. Head hunting ini tidak akan bertahan lama. Selama mana ianya masih diterima dan ada kemasukan duit baru, maka orang di dalam network berkenaan mendapat hasil. Apabila sampai tahap saturation atau ketepuan dalam sesuatu komuniti, maka ahli yang terakhir masuk atau yang dekat-dekat terakhir akan hilang modal. Jangan keliru, saturation atau ketepuan berlaku bukan kerana semua orang dah join network, tetapi ramai orang menolak konsep money game. Mereka yang tidak sedar saja yang terjebak dengan perkara begini.

5. Ada produk dan company sudah lama in business? Ini adalah masalah yang dihadapi oleh agensi kerajaan untuk mengambil tindakan. Money game ini berlaku di depan mata, tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kerana mereka ini mempergunakan kebenaran AJL dan produk untuk menghalalkan kegiatan ini. Dengan kata lain, money game secara terang berlaku tetapi menyelit dalam kerangka MLM yang dibenarkan. Ia ibarat pokok parasit yang tumbuh pada sebatang dahan. Tidak boleh menebang pokok, tetapi untuk mencantas parasit ini agak sukar dan memakan masa.

6. Apakah bukti bagi menyokong teori kami tentang Hai-Oh? Bagi membuktikan mereka ini mendapat bonus melalui jualan produk, sila hentikan aktiviti pengambilan ahli baru. Buat jualan produk penapir air semata-mata, kita boleh tengok selama mana syarikat boleh bertahan. Syarikat jualan langsung sepatunya sibuk menjual, bukan sibuk buat jead hunting.

7. Aktiviti head hunting 10 penapir air untuk seorang ahli baru bukanlah aktiviti menjual. Aktiviti ini adalah aktiviti merekrut ahli baru bagi mendapatkan wang baru. Sebagai contoh, sekiranya modal penyertaan RM20 ribu, ditolak kos sebenar penapis air iaitu RM12 ribu (agakan), maka fresh money untuk upliners adalah sebanyak RM8 ribu.

8. Jika dianggap RM8 ribu sekepala sebagai fresh money, maka pengiraan wang baru bagi satu kitaran 3 langkah di atas adalah seperti berikut..

1 x RM8k = RM8k
4 x RM8k = RM32k
16 x RM8k = RM128k

Jumlah fresh money yang mengalir masuk bagi setiap 3 step yang lengkap adalah RM168k. Jadi anda boleh bayangkan mengapa upliners di atas semakin kaya. Inilah sistem piramid.

9. Penyokong Hai-Oh boleh berkata ini bukan money game, sebab kami ada produk penapis air. Tetapi anda sudah tentu boleh memahami apa yang kami cuba sampaikan apabila ada members yang langsung tidak menjual penapis air, atau beri secara percuma. Ini bermakna penapis air itu 'tidak bernilai' dalam konsep jualan langsung yang sebenarnya. Jualan langsung sepatutnya menjual, bukan bermain money game dan memberi barang secara percuma.

10. Dari segi etika, menggalakkan pelabur mengambil risiko loan bagi menyertai program seperti amat dikesalkan. Mungkin syarikat boleh berdolak-dalih mengatakan perkara ini bukan polisi syarikat. Tetapi syarikat tidak menghalang perkara ini dari berlaku. Agen-agen anda menyarankan peserta membuat loan, dan syarikat hanya berdiam diri.

11. Kenapa syarikat berdiam diri? Kerana syarikat mendapat keuntungan yang banyak dari aktiviti ini. Margin keuntungan bertambah lebar kerana setiap peserta mengambil SEPULOH produk yang bernilai puluhan ribu ringgit.

12. Syarikat memindahkan tekanan untuk menjual produk kepada peserta. Peserta yang telah termakan dan terlanjur membeli 10 penapir air, mahu tidak mahu terpaksa mencari pembeli atau menanggung kos stocking itu secara bersendirian. Dengan kata lain, syarikat telah berjaya menyempurnakan sales mereka dan menjual 10 penapis, maka sekarang terpulang kepada peserta untuk menjual atau tidak.

13. Bagi mereka yang sedang berfikir untuk menyertai, perlu diingati bahawa sebaik sahaja kamu menyerahkan wang RM20 ribu, maka kamu tertakluk untuk mencari peserta lain dengan jumlah yang sama. Kegagalan mencari bermakna kami berisiko kehilangan modal. Apa ada pada penapir air yang dikatakan berharga RM2100 setiap satu jika tidak laku dijual? Dengan kata lain, anda mengambil risiko yang sangat besar hanya untuk pulang modal.

Anda jangan terlalu positif bahawa orang lain juga berminat untuk bermain money game RM20k ini. Kebanyakan dari kita akan menolak. Dan jangan percaya kepada spillover dari upliner. Itu semua mengarut. Sejarah tidak membuktikan forced matrix boleh hidup melalui spillover. Masakan jumlah yang kecil boleh menampung jumlah network yang besar (dan semakin besar).

Terpulang anda untuk menentukan penilaian sendiri. Kami tidak menuduh apa-apa, sekadar teori. Pada pendapat kami, program ini akan menemui saturation nya dan dari situ piramid akan mula retak dari bawah naik ke atas.

4 comments:

aficiozado said...

http://millionairecreator.blogspot.com/

lagi satu mungkinscam..

Home User said...

jadi... apa yang tuan cadangkan untuk berniaga? jual ebook? apa kata tuan dengan biz MLM global domain international? MLM online. setiap org yg sign bwh kita dapt usd1. saya belum masuk biz tu.

zaki said...

sekarang ni memang byk scam. Newbie memang selalu la kena tipu

SMK KHIR JOHARI REUNION said...

sekarang ni banyak syarikat cuba tiru sistem hai o ini dgn guna produk yg berlainan....dan sistem agak berbeza dgn jumlah downline yg perlu dicari.yg sama adalah mereka lebih menekankan merekrut org baru drpada menjual produk.