PETALING JAYA 18 Mac - Seorang lelaki bergelar Datuk dihadapkan di dua buah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menawarkan pembelian kepentingan membabitkan skim pelaburan saham sarang burung tanpa kelulusan Pendaftar Syarikat.
Datuk Wong Sen Chiew, 54, yang merupakan pengarah di syarikat perkakasan logam, Four Sea Hardware Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965.
Sen Chiew didakwa telah menawarkan pembelian kepentingan dalam skim pelaburan 'pemeliharaan sangkar burung' sedangkan ketika penawaran dibuat, syarikat Golden Nest Properties International (M) Berhad tidak mempunyai Surat Ikatan Amanah yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 91(1) akta tersebut yang boleh dihukum mengikut Seksyen 94(1)(a) akta yang sama.
Ia memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sen Chiew turut didakwa menawarkan pembelian saham syarikat Golden Nest Properties International melalui skim pelaburan yang sama walhal ketika tawaran dibuat, ia bukanlah satu perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual beli saham dan tawaran tersebut adalah dilarang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Sen Chiew antara 28 November 2008 dan 1 Ogos tahun lalu di Tingkat 1, Blok A, Jaya One, Jalan Universiti di sini.
Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 jika sabit kesalahan.
Sen Chiew yang didakwa di hadapan Hakim Balqis Aini Mohd. Ali dan Hakim Aslam Zainuddin dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM100,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, seorang pengarah yang menjaga portfolio pemasaran Golden Nest, Kok Sai Hong, 35, didakwa bersubahat dengan Sen Chiew untuk menawarkan pelaburan tersebut kepada orang awam tanpa Surat Ikatan Amanah yang diluluskan.
Tertuduh terbabit juga didakwa bersubahat dengan Sen Chiew menawarkan perniagaan jual beli saham sedangkan tawaran urusniaga tersebut adalah dilarang.
Sai Hong dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Kes terhadap mereka berdua akan disebut semula pada 22 April ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman dan Nik Zunaidi Zakaria.
Berita asal di sini.
Kes sarang burung leh ni... nak cepat kaya.
"Belia Benci Scam"
2 comments:
saya salah seorang yang di tipu daya oleh syarikat tersebut.Saya terkena / kerugia RM2ribu.
HUBUNGI SAYA JIKA MAHU KETERANGAN LANJUT (har1hafiz@yahoo.com.my)
sejak zaman 70an skim pak man telo begitu berjaya menipu para pelabur yang mahu menjadi kaya dengan mudah..tak payah bersusah payah..duduk goyang kaki je..sampai era internet ini benda yang sama di duplicate dengan jayanya jugak oleh mereka2 yang pandai.
Post a Comment