Tuesday, August 12, 2008

SwissCash: Masih ada peminat setia & sesat

Umpama kisah percintaan hebat Shah Jehan dan Mumtaz yang mana bukti keabadiannya ialah Taj Mahal yang masih tersergam gagah hingga kini, kisah percintaan SwissCash dan para pelaburnya masih di buktikan dengan kedegilan dan attitude yang setia dan bodoh.

Boleh dikatakan kebanyakan bekas pelabur SwissCash menyalahkan kerajaan kerana mengambil tindakan tegas kepada syarikat pelaburan haram ini. Kebanyakan bekas pelabur masih lagi dalam alam khayalan mereka dan masih percaya bahawa SwissCash benar-benar pelaburan yang sah dan tulus mulus.

Pelabur mungkin tidak bersalah, tetapi bekas agen SwissCash janganlah coba-coba untuk meletakkan kesalahan dan mengambing hitam kerajaan Pak Lah yang ada ini. Jangan menangguk di air keroh. Mungkin Pak Lah suka tidur, dan tidak berdaya maju, tetapi jentera kerajaan yang ada mungkin lebih baik dari Pak Lah itu sendiri.

Bekas agen mengambil jalan mudah dan selamat, menyalahkan kerajaan kerana memutuskan capaian kepada laman-laman skim seperti ini.

Fikirkan kemungkinan ini...
mungkin pengasas SwissCash adalah rakyat Malaysia?
mungkin pengasasnya berlagak seolah pelabur biasa bagi mengkaburi otak pelabur lain?
mungkin SwissCash adalah salah satu sistem ponzi yang berlagak umpama sistem yang benar?

Ha ha ha! Berapa kali mahu pindah server?

Bekas pelabur SwissCash.. terima lah dengan hati terbuka bahawa anda sememangnya telah tertipu.

Bekas agen SwissCash.. galaslah tanggungjawab dan kesan buruk tingkah laku anda menyokong perampok siang hari tu dan bawa bala itu ke kubur nanti. Semoga Allah merahmati kamu.


Image Hosted by ImageShack.us


"Belia Benci Scam"

1 comment:

Shiela said...

you research berdasarkan ape? Menggunakan garis panduan mane?