Wednesday, December 17, 2008

3 koperasi diserbu - tahniah Datuk Noh Omar

Tepuk tangan, ucap tahniah kepada menteri kita dulu, Datuk Nok Omar.


3 koperasi skim cepat kaya diserbu

PUTRAJAYA 17 Dis. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.

Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut.

''Ketiga-tiga koperasi yang mempunyai ahli dan pelabur lebih 5,000 orang itu telah menjalankan pelaburan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan. lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus atas modal pelaburan.

''Berdasarkan siasatan awal, mereka menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur yang antaranya mendakwa melaksanakan projek pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna," katanya selepas menyaksikan Majlis Penyempurnaan Kerjasama Antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.


Ini membuktikan pegawai dan kakitangan kerajaan yang dibayar gajinya oleh pembayar cukai telah menjalankan tugas mereka. Harap Datuk Noh terus komited dengan kerjanya, dan cari lagi koperas-koperasi jahanam yang mudah sangat diperalatkan oleh pihak ketiga dalam mempromosikan 'peluang pelaburan' masing-masing. Nak buat koperasi tak susah, tetapi macam mana nak survive itu yang lebih penting. Sebab itu ramai orang atas kat koperasi suka ambil jalan mudah dan melibatkan diri mereka dengan skim cepat kaya. Kalau bodoh sekalipun, cubalah bertanya pada yang pandai.

Mungkin menteri Koperasi berminat untuk menyelidiki urusan-urusan koperasi seperti di bawah (maaf koperasi ini belum scam, akan tetapi kemungkinannya ada):

Koperasi Jurukur Tanah Nerhad - KOJUTA
pulangan 54% setahun
http://www.kojuta.com/

Koperasi Dinamik Malaysia Berhad - KOPEDIK
pulangan 120% setahun
http://www.kopedik.com.my/

Koperasi Kinta Barat Berhad - KKMB
pulangan 36% setahun
http://www.freewebs.com/kkbbipoh/

Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad - KOPRAHA
pulangan 15% setahun
http://www.kopraha.com.my/index-3.html

Kalau tak salah dari segi operasi sekalipun, mereka ini tetap salah dari segi cara mempromosi dan memberi misleading info seperti peratusan pulangan dan sebagainya. Ada koperasi yang buat laman web saling tak tumpah rupanya seperti laman web pelaburan haram. Kalau tak percaya cuba tanya SC atau BNM, boleh ke nak publish peratusan hasil pelaburan yang belum pasti? Jangan temberang!

"Belia Benci Scam"

Tuesday, October 14, 2008

Serbuan Buluhmas, Noradz, Jazmeen & Eastana

Blog ini bercuti beberapa lama sebelum ini, tapi atas rasa tanggungjawab kami kembali ke arena ini bagi meneruskan perjuangan. Memuliakan yang benar dan menolak kemungkaran dalam industri perdagangan di Malaysia.

Semalam rakyat negara ini digegarkan dengan berita serbuan oleh Bank Negara Malaysia kepada 4 syarikat iaitu Buluhmas, Noradz, Jazmeen dan Eastana. Kami gembira bukan kerana merasa puas, tetapi kami gembira pihak berwajib sedang cuba menjalankan tanggungjawab mereka melindungi rakyat negara ini dari ancaman perindustrian ini. Ancaman baru terhadap rakyat bukan lagi dalam bentuk kekerasan jenayah atau serangan bala tentera asing, tetapi lebih kepada anasir-anasir penipuan domestik seperti ini.

Jika dikira dari segi peperiksaan, blog ini telah mendapat kelulusan 50%. Ini kerana apa yang telah kami tulis sebelum ini mendapat respon dari BNM. Persoalan sama ada BNM merujuk blog ini atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi kami merasa usaha kami memberi kesedaran dan pandangan telah berbaloi. 2 dari skim yang diserbu semalam telah kami tulis sebelum ini.

INI BERMAKNA KERAGUAN KAMI PADA SKIM-SKIM SEPERTI INI ADA ASASNYA! Cukup untuk menutup mulut pengkritik laman ini yang mendakwa kami hanya menulis secara sembarangan dan berniat jahat. Berniat jahat? Tidak sama sekali. Kami tidak mendapat sebarang bentuk keuntungan hanya dengan menulis di blog ini. Apa yang kami buat adalah atas kesedaran memberi pengetahuan kepada masyarakat dan saudara-saudara kami dari terus tertipu. Ini adalah sumbang bakti kami yang tidak seberapa kepada saudara seagama.

Baca artikel sebelum ini tentang Buluhmas dan Eastana.

Hari ini Buluhmas menafikan penglibatan mereka dalam skim cepat kaya. Pasalnya ada Buluhmas Mart dan industri IKS bergantung dengan Buluhmas. Ini kes ayam dan telur. Di Malaysia ini Buluhmas yang lahir dulu atau IKS? Siapa yang perlu siapa? Bukankan Buluhmas Mart itu ditubuhkan hanya sebagai backup perniagaan ownernya dan sebagai mengkaburi operasi sebenar illegal deposit taking? Tolonglah. Skrip ini sudah banyak kali dibaca. Skim cepat kaya PureInvestor di Nilai dulu pun gunakan skrip ini, dan siap ada kedai makan dan butik. Ini bukan apa, sekadar untuk membutakan mata pihak berwajib kononnya mereka ada operasi yang sah. Akhirnya Bryan Marsden dan isterinya dah masuk ke dalam.

Noradz juga nak menafikan. Bisnes travel dah 26 tahun. Bisnes travel tidak ada masalah. Memanglah 26 tahun, tetapi yang silapnya mereka ini buat tawaran 1 lot RM3100 dan dapat bayaran RM200 sebulan. Tak ponzi ke macam itu?

Maka sibuklah dalam beberapa hari ini pihak cheerleaders menenangkan anak buah. Tenanglah buat selamanya.

"Belia Benci Scam"

Tuesday, August 12, 2008

SwissCash: Masih ada peminat setia & sesat

Umpama kisah percintaan hebat Shah Jehan dan Mumtaz yang mana bukti keabadiannya ialah Taj Mahal yang masih tersergam gagah hingga kini, kisah percintaan SwissCash dan para pelaburnya masih di buktikan dengan kedegilan dan attitude yang setia dan bodoh.

Boleh dikatakan kebanyakan bekas pelabur SwissCash menyalahkan kerajaan kerana mengambil tindakan tegas kepada syarikat pelaburan haram ini. Kebanyakan bekas pelabur masih lagi dalam alam khayalan mereka dan masih percaya bahawa SwissCash benar-benar pelaburan yang sah dan tulus mulus.

Pelabur mungkin tidak bersalah, tetapi bekas agen SwissCash janganlah coba-coba untuk meletakkan kesalahan dan mengambing hitam kerajaan Pak Lah yang ada ini. Jangan menangguk di air keroh. Mungkin Pak Lah suka tidur, dan tidak berdaya maju, tetapi jentera kerajaan yang ada mungkin lebih baik dari Pak Lah itu sendiri.

Bekas agen mengambil jalan mudah dan selamat, menyalahkan kerajaan kerana memutuskan capaian kepada laman-laman skim seperti ini.

Fikirkan kemungkinan ini...
mungkin pengasas SwissCash adalah rakyat Malaysia?
mungkin pengasasnya berlagak seolah pelabur biasa bagi mengkaburi otak pelabur lain?
mungkin SwissCash adalah salah satu sistem ponzi yang berlagak umpama sistem yang benar?

Ha ha ha! Berapa kali mahu pindah server?

Bekas pelabur SwissCash.. terima lah dengan hati terbuka bahawa anda sememangnya telah tertipu.

Bekas agen SwissCash.. galaslah tanggungjawab dan kesan buruk tingkah laku anda menyokong perampok siang hari tu dan bawa bala itu ke kubur nanti. Semoga Allah merahmati kamu.


Image Hosted by ImageShack.us


"Belia Benci Scam"

Sunday, August 10, 2008

BuluhMas - Betul benarkah iklan di kereta?

Website ini masih dalam perkiraan kami. Mungkin betul bisnesnya jual ruang iklan di kereta, mungkin juga tidak. Setakat ini yang kami nampak iklan dikereta hanya iklan tentang BuluhMas saja, bukan ada iklan dari pengiklan lain.

Kenapa pula hal ini jadi persoalan?

Sebenarnya jika benar punca pendapatan BuluhMas adalah dari ruang iklan di kereta, maka ia memerlukan ramai pengiklan kaya untuk terus hidup dan terus membayar "upah" ahli-ahlinya setiap bulan.

Sekiranya asyik menayang iklan tentang BuluhMas saja, maka kami khuatir bahawa "upah" yang dibayar oleh BuluhMas kepada ahli-ahlinya hanyalah menggunakan wang bayaran dari ahli-ahli baru. Kira main pusing-pusing duit jugalah.

Ya ampunnn... itu cuma telahan kami. Tidak disahkan benar, mungkin betul mungkin tidak. Mungkin scam, mungkin tidak. Allah lebih mengetahui.

p/s: dengar cerita sudah ada ahli-ahli yang komplen belum mendapat bayaran. Ini tidak mengejutkan, kerana sistem pusing-pusing duit ini biasanya dapat bertahan dalam linkungan 1 tahun atau kurang. Itu penyakit ponzi namanya.

"Belia Benci Scam"

Friday, July 25, 2008

Dilema Melayu - Rakus & Malas Bekerja

"Kamu akan jadi jutawan dalam masa tak sampai setahun jika dibayar RM1 setiap kali terlihat iklan skim cepat kaya, surat berantai minta sedekah atau iklan jualan ebooks di Malaysia!"

Ha ha ha! Bunyinya agak kelakar tetapi itulah yang akan terjadi jika memang betul anda dibayar RM1 setiap kali terpandang iklan "Buat Duit dalam Masa Sejam", "RM10,000 Sebulan Tanpa Buat Apa-Apa", "Buat Duit Dengan Goyang Kaki" dan pelbagai variasi kata-kata iklan dari Melayu pemalas.

Paling banyak iklan seperti ini muncul di laman carian seperti Google atau Yahoo! Usah dikira banyaknya iklan seperti ini di laman-laman berbahasa Melayu seperti blog atau forum diskusi online. Kenapa? Kita marah bila Melayu dicop malas dan mudah lupa. Tapi hakikatnya memang iya pemalas! Tan Sri Lim Goh Tong tak jadi kaya dengan jual ebooks. Ananda Krishnan pun tidak join surat berantai minta sedekah untuk jadi kaya. Kenapa Melayu terus-menerus jadi tak malu?

Lihat di sini...

Senarai laman ini kami gugurkan dari artikel ini bagi menghormati perbezaan pendapat dan kebebasan untuk berkarya.


ada nampak muka bukan Melayu? Hakikatnya Melayu terus lalai dengan skim cepat kaya, ebooks, surat berantai dan berangan nak jadi kaya - bangsa lain bekerja bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing dan keluar mengundi wakil calon bangsa mereka dan menghantar calon bangsa mereka ke parlimen untuk memerintah negara ini.

Melayu nak jadi apa? Ketuanan Melayu? Tuan kat mana? Dalam mimpi pun Melayu tak jadi Tuan lah.


Melayu dalam keadaan lemah ...... sebab apa?

Politik: Melayu lemah, tidak bersatu dan saling mencurigai.

Akademik: walaupun dibiayai oleh kerajaan, Melayu tetap lemah, remaja lelaki di universiti bertukar jadi Mat Rempit dan remaja perempuan jadi Minah Rempit.

Ekonomi: cuba bilang kedai-kedai yang dimiliki oleh Melayu di kawasan anda, berapa peratus jika dibandingkan dengan bangsa lain?


Internet/ICT: Melayu tak habis-habis jual ebooks sedangkan bangsa lain jadi pembekal komputer, pembekal sistem dan mengawal harga barang-barang.... arghhh.... Melayu nak jadi apa?


Kenapa kami benci skim cepat kaya? Sebab ia menzalimi mereka yang tidak mengetahui.

Kenapa kami benci surat berantai minta sedekah? Sebab ia mempergunakan agama untuk menipu.

Kenapa kami benci jualan ebooks? Sebab authornya bukan nak sebarkan ilmu, tapi nak perkudakan orang lain untuk dapatkan lebih banyak sales & RM.

Maaf, entry ini agak beremosi..sebab kami sayang bangsa kami Melayu. Tulus ikhlas.

"Belia Benci Scam"

Thursday, July 24, 2008

Jai Network - Yang Salah Itu Salah

Akhirnya kerajaan Malaysia mula menggerakkan jentera pembanteras skim cepat kaya. Kenapa bukan dari dulu? Kenapa perlu menunggu sehingga berjuta-juta RM duit rakyat dileburkan jadi aset, jadi kereta dan jadi habuan tokan skim cepat kaya? Mungkin atas beberapa sebab:

1) Kelemahan undang-undang sediaada.
2) Kekurangan pegawai.
3) Kurangnya kesedaran diperingkat pihak berkuasa.
4) Sistem pemantauan yang tidak berkesan.
5) Tidak ada priority.

Harapnya pihak yang berkaitan seperti KPDNHEP, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti terus aktif menangkap penjenayah perdagangan yang banyak makin berleluasa akhir-akhir ini. Undang yang tidak ketat dan mudah dieksploitasi haruslah diperkukuhkan. Apa guna ada MP dan Menteri dengan elaun puluhan ribu kalau tak ada kesedaran untuk menangkis anasir seperti ini.

Selain itu daripada menghukum penjenayah, hukuman ringan seperti denda patut juga dikenakan kepada mereka yang mempromosikan dan menyertai program-program skim cepat kaya.

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 189 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan hampir RM170 juta.

Dr. Jailani Jabar, 48, menghadapi 106 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM98.7 juta manakala isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, didakwa atas 83 tuduhan melibatkan RM71.3 juta. Mereka dituduh melakukan aktiviti itu dari Februari 2006 hingga Oktober 2007.

Mereka yang merupakan pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd di Jalan Beserah di sini dituduh menggunakan wang tersebut yang merupakan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram untuk pelbagai kegunaan termasuk membayar deposit pembelian hartanah, pembayaran ansuran pelbagai jenis kereta, pemindahan ke akaun milik mereka serta mendapatkan hak pengedar minyak hidrogen.

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang ditahan semalam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah Mahkamah Sesyen yang mengambil enam setengah jam bermula 3 petang sehingga 9.30 malam ini.

Di Mahkamah Sesyen yang pertama, Jailani menghadapi 28 pertuduhan dan Latifah sebanyak 36 pertuduhan manakala di Mahkamah Sesyen kedua, pasangan suami isteri itu masing-masing menghadapi 39 dan 24 pertuduhan dan di Mahkamah Sesyen ketiga, masing-masing menghadapi 39 dan 23 pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Jailani dan Latifah memandangkan keseriusan kes itu yang membabitkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu memandangkan Jailani mempunyai empat isteri dan 13 anak selain aset mereka telah dibekukan.

Hakim di ketiga-tiga mahkamah iaitu Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain dan Hakim Habibah Mohd Yusof kemudian membenarkan ikat jamin yang keseluruhannya berjumlah RM848,000 bagi Jailani dan RM415,000 bagi Latifah, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos depan sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Jagjit Singh selepas membenarkan permohonan Dzulkifli bagi perbicaraan serentak. BERNAMA



Image Hosted by ImageShack.us


DR. JAILANI Jabar diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. Dia menghadapi 189 tuduhan mengubah duit haram membabitkan nilai hampir RM170 juta. -fotoBERNAMA

Image Hosted by ImageShack.us


DR. LATIFAH Taib yang didakwa bersama suaminya pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd Dr. Jailani Jabar, 48, diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Mereka menghadapi 189 tuduhan mengubah duit haram membabitkan nilai hampir RM170 juta. - fotoBERNAMA


Inilah yang berlaku kalau rasa dah pandai dan syok sendiri gubah plan sana, gubah plan sini, offer investment sana-sini, pulangan puluhan percent setiap bulan, sedangkan apa yang dikota tidak mampu dikota. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang tak pernah pandai-pandai dan tak pernah serik untuk terus melabur dalam program skim cepat kaya.

JAI Network dulu katanya adalah untuk membantu orang Melayu. Bullshit! Biar kami katakan begini: setiap skim cepat kaya yang datang dan pergi di Malaysia ini akan menggunakan ayat manis yang sama - tolong orang Melayu. Sedangkan mereka yang sebenarnya nak orang Melayu tolong kumpulkan duit untuk perut mereka.

"Belia Benci Scam"

Wednesday, July 9, 2008

Duit 10 Minit - Lagi Web Tiruan RichJerk

Sebenarnya web ini tidak layak untuk difikirkan langsung. Tetapi kami cukup menyampah dengan marketing style ala therichjerk yang cuba dipraktikkan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Melayu kaya ini.

Cadangan kami: jika anda terjumpa iklan Adsense bertajuk "Duit Dalam Masa 10 Minit" atau beralamat di www.duit10minit.com , terus saja mengklik iklan itu, TETAPI jangan anda bayar apa-apa atau percaya apa-apa cerita yang ditulis di situ.

Rasionalnya: Melayu ini sudah cukup kaya, jadi apa salahnya anda membuat sebanyak mana click yang termampu pada iklan itu kerana kos click itu akan ditanggung oleh Melayu yang kaya berkenaan.

Rasional yang lebih baik: anggaplah ini sebagai teguran kepada mereka yang berlagak kaya dan cuba menipu orang-orang Melayu dengan lagaknya untuk mengaut lebih banyak wang dari Melayu yang tertipu.

Tidak ada apa bagusnya kerja menjual ebooks. Menjual ebooks menghampiri perlakuan menipu. Rujuk cerita Pak Pandir jual ebooks.

Ingat, jangan percaya dan jangan keluarkan satu sen pun kepada www.duit10minit.com . Bukan dengki, tapi kami muak lihat sikap Melayu yang nak tipu Melayu.

"Belia Benci Scam"

Eastana Farm Form Lagi - Kami Jawab

Sesetengah orang lebih suka percaya kepada cerita tahyul dari mengakui hakikat sebenar. Rujuk kaitan etnik dengan skim cepat kaya di sini.

Ada seorang brother mendakwa cerita yang dijaja oleh Eastana tentang return 10-12% sebulan itu tidak mustahil, sebabnya ada bank luar negara boleh offer sehingga 25% sebulan. Ha ha ha! Brother ini dah terlalu banyak tengok movie agaknya. Kalau betul ada, tunjukkan pada kami semua bank mana yang offer setinggi itu. Munkin PNB berminat untuk melaburkan dana rakyat ke situ. Mungkin Bank Rakyat juga berminat. Sebab diorang ni hanya mampu kasi 5-8% setahun saja, kalau ada bank luar negara yang kononnya boleh bagi 25% sebulan, kalau kena gayanya dah tentu Tan Sri Hamid Kama Piah berminat nak melabur kat situ.

Brother! Jangan pakai kepala lutut.

"Belia Benci Scam"

Sunday, June 15, 2008

Perihal Pak Pandir jual ebooks..

Dalam tafsiran sempit sesetengah 'guru' (atau mereka yang claim sebagai guru) pemasaran internet di Malaysia, mungkin jual beli ebooks adalah satu-satunya cara segera untuk menjadi kaya. Si 'guru' buat satu sales letter, publish di website, value add kan dengan beberapa ebooks (yang free atau berbayar), dan offer pembeli untuk menjual semula ebooks itu untuk mendapatkan keuntungan.

Persoalannya: di mana letaknya nilai penjualan itu? Pada ebooks atau pada 'peluang untuk menjual ebooks itu semula'. Dalam sebutan lain, adakah si penjual menjual buahnya yang di atas pokok yang masih belum masak? Itu tidak dibenarkan.

Anda jangan terpengaruh dengan kelibat anak muda yang berlagak pandai, ke sana ke sini bercakap tentang e-commerce dan online marketing - sedangkan apa yang dibuatnya sendiri hanyalah menjual ebooks! Itu sajakah pengertian e-commerce?

Sebenarnya perihal 'jual-beli' ebooks ini hanyalah versi Pak Pandir moden. Hal ini memperlihatkan sifat orang Melayu yang jelas malas bekerja, suka duit segera, dan haloba.

Pada suatu masa dahulu, Pak Pandir sedang duduk termenung di jendela rumah usangnya memikirkan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang secara mudah. Pak Pandir memang malas bekerja. Memang ada peluang untuk Pak Pandir bekerja kilang, atau menjawat jawatan budak pejabat, tapi.... leceh lah!

"Aku tak nak makan gaji, mana ada kelas.. sampai bila pun tak kaya!", kata Pak Pandir bila ditanya berkenaan hal itu. Hendak dikerjakan sawahnya di belakang rumah, rasa tak daya. Lagipun Pak Pandir tak biasa kerja berat.

"Aku mesti dapatkan formula ajaib untuk buat duit dengan cepat!", Pak Pandir berazam. Dia bertekad untuk tidak makan gaji, tidak bekerja berat, kalau boleh Pak Pandir hanya mahu kerja dari dalam kamar tidurnya sahaja.

Suatu hari Pak Pandir terbaca satu iklan di surat khabar.

"Kerja senang dari rumah. Pendapatan RM400-RM1,000 setiap minggu. Pengalaman tidak diperlukan. WAH!", hampir terkeluar biji mata Pak Pandir. Iklan itu dibaca berulang-kali, naik renyuk surat khabar itu dibuatnya.

Tanpa membuang masa Pak Pandir bergegas ke pejabat pos mini berdekatan kampungnya. Beliau tertib menyediakan wang pos RM50 dan sampul surat berstem dan berlamat sendiri dan dihantar ke alamat yang telah ditetapkan dalam iklan berkenaan. "Kali ini kayalah aku..", Pak Pandir tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.

Selang beberapa hari Pak Pandir menerima satu kiriman pos dari pihak pengiklan tempoh hari. Dalam kiriman itu Pak Pandir menemui beberapa helaian informasi tentang program pekerjaan itu, testimonial dari beberapa orang yang telah berjaya, dan beberapa potong hadis nabi tentang sumber pendapatan dari cabang perniagaan. Dikepilkan juga bagaimana Pak Pandir boleh memulakan kerja barunya. Amat senang. Timing sendiri, kerja dari rumah sendiri. Wah!

Mula-mula manual berkenaan meminta Pak Pandir mengiklankan bidang pekerjaan dari rumah lebih kurang apa yang pernah dibaca oleh Pak Pandir sebelum ini. Langkah kedua, apabila Pak Pandir menerima kiriman RM50 dan sampul surat berstem dari pembaca iklan, Pak Pandir hendaklah membuat salinan fotostat setiap helaian informasi yang diterimanya dan mengirimkan maklumat itu kepada mereka yang telah membayar RM50 itu tadi. Dengan cara itu, bolehlah mereka juga turut sama memulakan tugas baru mereka sama seperti mana apa yang Pak Pandir sedang lakukan. Jadi pendapatan Pak Pandir dan juga mereka yang lain itu bergantung kepada seramai mana mereka yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan mudah dan lumayan dari rumah ini. Fuh! Senang je Pak Pandir nak jadi kaya.

Tapi tu dulu! Itu zaman Pak Pandir, mana ada komputer, mana ada internet. Sekarang zaman ICT. Jika Pak Pandir hidup pada hari ini, nescaya 'guru' internet marketing yang ada di Malaysia hari ini pun tak boleh cari makan. Pak Pandir tak perlukan mesin fotostat, sebab Pak Pandir hanya perlu copy dan duplicate ebooks. Pak Pandir tak perlu ke pejabat pos mini, sebab Pak Pandir ada akaun email sendiri. Pak Pandir tak perlu gunakan wang pos, sebab Pak Pandir ada Maybank2u dan juga CIMBClicks. Pak Pandir bukan saja boleh iklankan di surat khabar, malah boleh iklankan di Google Adwords biar satu dunia boleh tahu tentang formula ajaib Pak Pandir mencipta wang mencurah-curah sekelip mata. Pak Pandir boleh gunakan digital image untuk testimonial atau print screen akaun Maybank2u beliau. Canggih! Tetapi ingat, walau secanggih mana pun - hadis nabi dan bahasa-bahasa Islam seperti sadaqah/jariah jangan dilupakan kerana orang Melayu memang suka pada ayat-ayat begitu.

"Inilah kuasa internet marketing!", mungkin itulah yang akan diteriakkan oleh Pak Pandir jika beliau hidup pada hari ini.

Tetapi Pak Pandir dah lama meninggal. Yang tinggal adalah cucu-cicit Pak Pandir yang masih menggunakan 'formula ajaib' peninggalan warisan itu yang telah di facelift kan dalam dunia internet. Semakin hari semakin subur dan semakin ramai pengikut-pengikut idea 'formula ajaib' Pak Pandir ini - jual ebooks, kau beli dan kau jual semula... ataupun... kau beli, kau refer orang untuk beli, aku kasi komisen kat kau sebab harga aku tu aku dah markup untuk komisen.

"Belia Benci Scam"

PerigiDuit - Skim Surat Berantai (Rezeki Haram?)

Dari laman PerigiDuit, berikut adalah ayat pemasaran mereka:

“Orang kaya terus bertindak, sebaik sahaja melihat peluang sedangkan orang miskin masih berfikir dan terus berfikir tanpa sebarang tindakan. Sikap seperti ini perlu diubah untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Kebanyakan mereka tidak percaya pada diri sendiri dan sering meletakan diri mereka berada di ZON SELESA”
Alah....RM 50 Je....takan x boleh maa...tukar sportrim kereta beratus-ratus RM, boleh...x rugi mencuba....
FIKIRKAN BOLEH, ANDA PASTI BOLEH!!!!


Berikut adalah beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan:
1. Isi dan lengkapkan borang pendaftaran.
(Maklumat pembayaran akan dipaparkan setelah borang lengkap diisi)
2. Buat bayaran sebanyak RM50 secara bank-in terus ke dalam akaun Top Reseller
(Pastikan anda simpan salinan bank-in slip. Sekiranya berlaku kekeliruan anda perlu membuktikan slip bayaran)
3. Selepas anda membuat pembayaran, sila login dan isi Borang Pembayaran di dalam website perigiduit.com ini.
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqomah (berterusan)
T = Tawakkal


Ini adalah kata-kata mereka yang sesat lagi menyesatkan. Rakus dan tamak. Doa, usaha, istiqomah & tawakkal yang cetek takrifannya. Usah mempergunakan agama untuk kesenangan wang ringgit yang sementara.

Surat berantai yang diubah-suai dengan penambahan produk ebooks (ada antaranya boleh didapati dengan percuma). Setiap surat berantai ada unsur penzaliman. Anda mahu makan dari rezeki yang sebegini? Tepuk dada tanya selera.

"Belia Benci Scam"

Saturday, June 14, 2008

BarterTrade2u - Tak Habis Lagi New Plan Scammer

Image Hosted by ImageShack.us

Kononnya syarikat BW Green Barter International adalah dari Chennai, India dan mempunyai projek gergasi kitar semula besi buruk. Syarikat ini menawarkan pelabur untuk menanam modal serendah RM40 dan pulangan sebanyak 5% seminggu. Fucking idiots!

5% seminggu bermakna 20% sebulan.

Sebelum melabur, cuba buat satu imaginasi...

- kenapa syarikat besar macam ini dan berupaya generate pulangan 20% sebulan tak boleh yakinkan pihak bank untuk beri pinjaman kepada mereka.. kenapa perlu kutip deposit dari internet kalau bukan kerana nak scam?

- buat carian tentang 'BW Green Barter International' ini, ada tak sebelum ini pernah keluar artikel tentang syarikat dari sumber selain dari Malaysia. Kenapa hanya ada bahan dari Malaysia kalau bukan plot jahat nya bermula di Malaysia? (untuk rekod Swisscash dulu bermula dari Malaysia)

- seluas dan senantario dunia, syarikat India ini pilih syraikat hosting dan daftarkan domain di Malaysia.. kenapa? Ha ha ha!

- ada pejabat.. so what? Syarikat gores dan menang yang terang-terang scammer pun ada pejabat.

- ada wallet sendiri.. so what? Lagi senang syarikat control cashflow kalau setakat bagi that useless points. Masih ingat sistem e-point? Ha ha ha!

Kalau anda percaya cerita dongeng tantang Barter Trade ini, maafkan kami kalau kami katakan anda sebagai idiots!

5% seminggu, HYIP bayaran mingguan, ponzi, ponzi dan ponzi. Mudahnya Melayu tertipu. Kerajaan Malaysia terlalu lemah untuk membendung aktiviti seperti ini. Malang.

Kami menjangkakan program ini akan mendapat sambutan paling hangat oleh kerana sistem ala e-point dan aktiviti penjualan e-point boleh berlaku di mana-mana. Selepas ini tidak timbul soal besi buruk lagi, tetapi yang paling hebat dimomokkan ialah tentang points, berapa RM untuk 100 points, etc, etc...

"Belia Benci Scam"

Friday, June 13, 2008

PintuDuit & PokokDuit - Skim Piramid Yang Diharamkan

Image Hosted by ImageShack.us

Ini adalah skim lama yang sentiasa hidup segar dalam kepala para scammer. Puluhan tahun lepas, hingga sekarang, forced-matrix masih tetap menjadi idea yang utama dalam ramuan skim cepat kaya.

Kami tidak akan mengupas panjang tentang skim ini kerana telah banyak perbincangan tentang keburukan skim piramid seperti ini. Cukuplah. Cukuplah umat Melayu terus terbenam dalam permainan bodoh seperti ini.

Tengok sendiri senarai 'pemain' yang ada, kenapa Melayu begitu taksub dengan idea skim cepat kaya? Kenapa Melayu suka diperbodohkan? Kenapa Melayu suka memperbodohkan Melayu yang lain?

Mungkin kebetulan PokokDuit dan PintuDuit gunakan nama yang hampir sama. Hosting pun di tempat yang sama. Mungkin juga domain didaftarkan di tempat sama oleh orang yang sama?

ps: penjual ebooks sekarang lebih hipokrit. Imej depan baik konon inilah real internet bisnes, ada produk, ada ebooks. Belakang dia hentam juga buat skim piramid.

"Belia Benci Scam"

Monday, June 2, 2008

Jutawan Ceramic - HYIP Yang Di Legalkan

Image Hosted by ImageShack.us

Membaca pelan pemasaran Jutawan Ceramic di laman webnya, hati begitu sedih mengenangkan betapa orang ramai terus dipermainkan oleh penyangak-penyangak siang hari ini. Lebih menyedihkan lagi, kawan-kawan kita begitu bangga terpampangnya muka mereka di laman web Jutawan Ceramic sambil memegang cek hasil 'kerja' mereka. Kononnya operasi mereka dari Cheras oleh Asia Ceramic Sales & Marketing Sdn Bhd.

Artikel ini kami tulis dengan niat untuk membantu. Tiada niat untuk menjatuhkan barang siapa sekalipun.

Contoh pelan ditawarkan adalah seperti di bawah:

Pelan 1: Anda beli produk A (Tea Set) pada harga RM900 dan syarikat menjualkan untuk anda sebanyak RM1,000. Untung RM100.

Pelan 2: Anda beli produk B (Dinner Set) pada harga RM1,800 dan syarikat jualkan pada harga RM2,000. Untung RM200.

Bayaran dibuat secara post-dated cek sebanyak 2 kali dalam masa 2 bulan.

Bagi pembaca yang ingin mengerti apa yang kami cuba sampaikan. Baca dan kemudian pejamkan mata, tanya pada hati. Lupakan pasal produk tea set atau dinner set. Bayangkan satu laman web HYIP menawarkan 2 pelan deposit, pelan pertama memerlukan deposit sebanyak RM900 dan anda dibayar RM500 bulan pertama, dan RM500 lagi bulan kedua. Wah bagusnya. Boleh roll lagi duit ini dan compound sehingga jadi jutawan kan? Boleh juga recruit orang lain dan dapat komisen.

Fuck'em!

Adakah anda nampak persamaan HYIP dengan Jutawan Ceramic? Ada produk? Produk tidak ada gunanya kalau sekadar bayangan. Produk ceramic ini entah wujud secara fizikal entah tidak. Kalau ada pun sekadar untuk pertunjukan dan menghalalkan bisnes haram ini.

Beberapa isu untuk difikirkan bersama:

1. Beli barang, tetapi tidak ada barang. Akad nya macam mana?

2. Beli barang terus dapat post-dated cek. Macam tahu-tahu je barang tu boleh terjual bulan depan? Ini kira fixed return juga lah.

3. Kalau konsepnya jual beli barang, kenapa pelu ada multi-tier komisen? Fuck. Ini taktik sama untuk promosi bisnes haram.

Kami mencadangkan perkara berikut, sekiranya ketulenan bisnes ini ingin dibuktikan:

1. Tunjukkan bukti transaksi penjualan ceramic kepada orang ramai. Bukan penjualan kepada pelabur, tetapi penjualan kepada end-user (si pengguna barang). Apa yang kami syak, ceramic ini hanya dijual kepada A, kemudian ceramic yang dibeli oleh A dijual pula kepada B, kemudian dijual kepada C, D ... hingga lah infinity. Jutawan? Ini jutawan ponzi namanya.

2. Tunjukkan stok ceramic. Sepatutnya untuk setiap pelabur yang membeli, perlu ada satu fizikal aset ceramic di pegang oleh syarikat. Jika ada 10,000 pelabur, perlu ada 10,000 set. Jangan hanya virtual.

Walau apapun, syaitan bertopeng manusia boleh buktikan apa saja. Bukti yang tidak wujud, boleh diwujudkan. Anda perlu tanya hati anda sendiri adakah ini yang anda mahu, semoga kita semua dilindungi dari rezeki yang haram. Rezeki yang haram akan membutakan hati dan hati yang buta tidak akan tahu membezakan antara HYIP dan pelaburan yang halal.

Update setakat 15 April 2009
----------------------------
Kami akan jawab beberapa comment yang agak membina sahaja. Yang nak memaki hamun pun kami tak tapis, tulis saja apa yang kamu nak, biar pembaca lain tentukan keikhlasan kami. Esok atau lusa kamu akan tahu apa yang kami tulis ini untuk kebaikan, bukan untuk berdengki.

Daus,
Maaflah kami mencarut. Hati terlalu geram.
Tetapi kami nak jawab kamu punya dalil bahawa kalau company scam tak akan menang 3 award. Betul ke macam tu? Orang yang bagi award tu tahu ke apa benda yang company ni nak buat? Atau setakat dia tengok betapa pantasnya company melompat dari zero to hero? Hero sebab dapat collect banyak duit dalam tempoh singkat. Memanglah cepat, dengan bantuan orang-orang macam kamu ni lah. Sedar ke tak?

FBI,
Kamu dapat bayaran memanglah bagus, selamat duit modal. Samada hasilnya jelas atau tidak, itu terpulang antara kamu dengan Allah. Tetapi orang Melayu harus lari dari pemahaman bahawa asalkan syarikat bayar, maka ia tak scam. Bukan macam tu. Bayaran yang kamu dapat tu hasil dari duit orang lain yang baru masuk. At the end, ada seseorang yang akan tidak menerima bayaran, maka inilah dikatakan sebagai penzaliman.

Suffian Abdul Razak,
Kamu nampak macam pandai. Harap-harap memang betul kamu pandai. Kami nak quote sikit comment kamu:

Mengenai pembelian pakej Booster tersebut. Jika ACM mendapat 20,000 pembelian Pakej A yang bernilai Rm 18 juta, syarikat tidak perlu untuk mengunakan kesemua peruntukan tersebut untuk sesuatu produk sahaja. Ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pihak pengurusan Syarikat untuk mendapatkan produk-produk yang lain jugak yang mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Siapa kata jika kita membeli Pakej A, pihak Syarikat wajib mengunakan peruntukan tersebut untuk mendapatkan Tea Set tersebut sahaja???

Kami kata macam ni:
Kalau syarikat beli semula ceramic tu, semestinya ia perlu menjual kepada seseorang, sebab itu adalah apa yang diberitahu oleh syarikat. Jualan semula, betul tak? Jadi kalau syarikat beli semula sebanyak 20,000 set, maka semestinya syarikat jual semula 20,000 set. Itu baru dinamakan beli dan jual semula. Persoalannya, siapa yang beli semula ceramic yang telah dijual oleh pembeli asal itu??? Tak ada kan? Yang ada hanya pembeli baru dengan harga yang sama (dengan niat untuk jual semula kepada syarikat), dan dibeli semula oleh syarikat. Maka nampaklah di sini, sebenarnya penjualan semula itu tidak berlaku. Itu hanya gimik dan helah untuk menghalalkan cara mereka.
Jadi kat sini, kamu setuju kalau saya kata sebenarnya tidak berlaku sebarang jual-beli ceramic. Yang berlaku hanyalah pengambilan deposit. Yang mana pendeposit mengarapkan syarikat memberi pulangan lebih tinggi pada kadar yang telah ditetapkan (fixed return - tanya ustaz boleh ke tidak :)).

Kami juga terbaca komen seorang pelobi kuat ceramic ini berbunyi seperti berikut:

If you asked me where company got fund to paid RM100. The answer is easy thru selling the product to outside customer (that buy ceramic in bulk). Remember the keyword is cost of product. You cannot think like this, u buy tea set at RM900, sell back at RM1000. So how company profit right ? You must remember the cost of product itself and the price sell to bulk customer or non-distributor is not RM900. Remember that.

Ini yang kami nak komen:
If the company can afford to sell at RM1000 to the customers, why the company need you in this business? Why don't the company bypass you and sell ceramic at RM1000 and keep the all the profit? Why it needs you in place? Don't tell me company wanna do some charity jobs..or some more BSs like sharing profit Malaysians etc.

Kami mohon maaf di atas sebarang kekasaran bahasa. Tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda memejamkan mata dan membutakan hati. Fikir-fikirkan apa yang kami cuba sampaikan.


Update setakat 8 May 2009
----------------------------

Fauzul Amir,

Kami pernah berjumpa dengan ramai orang.. pegawai kerajaan, pengarah syarikat swasta, peguam, doktor, askar, polis, pelajar.. mereka ini bukanlah tidak bijak, orang intelek seperti Saudara juga... tetapi akhirnya masuk perangkap skim cepat kaya. Sekiranya orang-orang intelek seperti ini boleh terkeliru, mungkin juga orang MDEC seperti Sudara pun boleh terkeliru juga.

Kita keliru kerana pulangan yang ditawarkan cukup tinggi. Pernah dengar istilah 'kelabu mata' sebab duit?

Konsep francais seperti McD atau KFC, saya setuju tentang pembekal dan pembeli telah sedia wujud. Tetapi McD atau KFC ada consumer...iaitu orang yang membeli dan memakan ayam goreng.

Dalam kes Jutawan Ceramic ini, di mana consumer nya? Yang ada hanyalah pelabur (jika betul istilah itu kami pinjam dari Saudara) seperti Saudara. Pelabur beli ceramic dan jual semula kepada syarikat, dapat untung setiap bulan. Pelabur lain pun buat benda yang sama. Persoalannya...

1. Di mana consumer sebenar (yang membeli ceramic pada harga RM1,000/set untuk kegunaan harian mereka)?
2. Dari mana datangnya keuntungan yang Sudara perolehi?

Apa yang kami cuba sampaikan ialah... MUNGKIN keuntungan yang Sudara, isteri dan anak dapat setipa bulan itu, MUNGKIN bukannya datang dari keuntungan syarikat menjual ceramic kepada consumer, sebaliknya datang dari wang pelabur-pelabur lain yang melabur selepas Saudara? Jika ini yang berlaku, Sudara boleh beritahu kami jenis perniagaan apa yang memberi dividen dari wang pelabur yang baru kalau bukan sistem Ponzi?


----------------------------

Update terkini 23/7/09

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raid on Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies was conducted at the premise of the company in Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.

Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.

Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia's website ( www.bnm.gov.my ).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato' Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am - 5.00 pm)



Bank Negara Malaysia
23 July 2009


----------------------------

"Belia Benci Scam"

Sunday, June 1, 2008

Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd - Tipah Tertipu Lagi?

Image Hosted by ImageShack.us

(Imej ini dari laman ini yang mana nombor siri emas nya agak sama dengan nombor siri gambar bar emas di laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd .. ooopps!)

Image Hosted by ImageShack.us

(Ini gambar emas dari laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd)


Diberitakan satu syarikat bernama Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd menawarkan konsep pelaburan diskaun berjadual. Wah apa tu? Bunyi macam best saja!

Plan A:

Anda beli 100g emas dan syarikat beri diskaun RM100 selama 6 bulan.

Plan B:

Simpan emas di Ar-Rahnu.

Anda beli 100g emas dan syarikat beri tambahan 200g lagi dan anda terima diskaun RM300 selama 6 bulan.

Wah gila apakah syarikat Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini? Jual emas dan kemudian beri diskaun. Alangkah baiknya jika syarikat jual kereta guna modus operandi seperti ini, beli kereta dan dapat diskaun sebanyak RM5000 sebulan selama 6 bulan. Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi rambang mata. Siasat dulu sebelum terkena. Susah payah orang mendulang emas di Mersing, syarikat ini senang-senang beri diskaun pula. Sebab beli bulk ke? Wah.. sejak bila pembelian emas dah jadi macam belian bulk baju bundle dari Jepun sampai boleh ada diskaun sebegitu banyak?

Oooo yea, kalau tak salah kami, dulu pun ada pembelian berdiskaun macam ini..ceritanya produk nya dulu ialah kad topup prepaid ye? Seminggu dua masih ada stok, bila dah banyak, delay seminggu, sebulan..lepas tu senyap kan? Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi bodoh. Jangan pisang berbuah dua kali. Maaf, kad topup bukan dijual oleh Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd. Tapi caranya agak sama.

Pasal bisnes emas dari Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini, ada beberapa kemusykilan yang bermain di benak kami:

1. Laman web syarikat ini saling tak tumpah seperti laman web HYIP, siap dengan Pelan 1 & 2, kenapa ya? Mudah sangat ke buat pelaburan di Malaysia. Beli emas ke labur emas? Laman web warna hitam (biasanya laman web korporat berwarna cerah), mungkin hitam itu mencerminkan hati si pencipta peluang kekayaan ini? Hitam legam. Ha ha ha!

2. Laman web berdaftar Julai 2007, belum sampai setahun. Khabarnya program seperti ini sudah 40 tahun dijalankan di Eropah. Lama sangat ke teknologi dari Eropah nak sampai ke sini hingga perlu ambil masa selama 39 tahun? Ha ha ha! Ha ha ha!

3. Betul ke syarikat beroleh harga emas yang rendah kerana beli secara bulk? Entahnya dapat bulk macam kad prepaid topup tak? Diskaun virtual saja, guna duit pembeli yang lain untuk beri diskaun pada pembeli yang lebih awal. Ha ha ha! Ha ha ha!

4. Betul ke tidak ada risiko? Kalau tak ada risiko kenapa 65% cagaran yang dikeluarkan oleh Ar-rahnu perlu beri pada syarikat? Kalau syarikat bankrap atau cabut, mana duit itu untuk tebus emas dari Ar-rahnu?

5. Untuk Pelan ke-2 HYIP ini, sorry, pelaburan ini, kenapa pula perlu syarikat menambah emas itu dengan 2 kali ganda? Tidak kah bermakna 65% itu hanyalah duit syarikat? Kalau duit syarikat, apa perlunya peranan pembeli? Pusing duit sendiri sajalah kalau macam tu. Ha ha ha! Ha ha ha! Oh kau memancing dengan umpan besar ye?

6. Kalau bisnis menjual mesti ada produknya pak! Mesti ada gambarnya juga. Tapi di mana yah? Di laman web kamu cuma ada gambar jongkong emas yang biasa dilihat di mana-mana laman web juga. Gambar ini sudah lama pak! Jika belian dalam bulk, mestinya gambar nya juga emas yang bulk. Ha ha ha! Ha ha ha!

7. Contact nya di mana? Laman web syarikat dengan bisnes sebegini besar tidak ada profail syarikat dan ahli pengurusannya. Takut dirompak kah?

8. Ada 250 website lain dalam server di etikaemas.com. Dengan kata lain, shared hosting. Tidak ada kesalahan di sini, tetapi bagi syarikat yang mementingkan bisnes nya, imej agak penting. Malu lah!

9. Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd beroperasi dari hotel? Data whois menunjukkan domain etikaemas.com didaftarkan dari alamat Holiday Villa, Ampang. Syarikat begini besar tak berani dedahkan alamat sebenar semasa register domain?

10. Pendaftaran domain menggunakan anonymous identity. Cara biasa digunakan scammer?

Kami berpendapat, peratusan program ini bertukar menjadi scam agak tinggi. Sekiranya anda telah terjebak dengan syarikat ini, maka cepat-cepatlah minta untuk emas itu dijual semula dan dapatkan wang anda kembali seberapa segera. Sekiranya anda tidak terjebak, tetapi tahu ada rakan yang lain turut terjebak, sekurang-kurangnya forward kan artikel ini untuk membantu sesama Melayu. Kenapa Melayu? Kami tahu hanya Melayu yang terjebak dengan skim sebegini.

Pssst! Satu-satunya cara untuk memastikan anda tidak tertipu ialah dengan COD. Bayar duit, dapat emas. Pegang emas tu, bawak balik, jangan tengok je. Jangan tunggu minggu depan. Bayar dan ambil emas on the spot. Jangan delay. Pergi test sendiri di Bank Rakyat atau kedai emas. Kemudian simpan sendiri emas tu, jangan bagi syarikat tolong simpan. Method ini terpakai untuk Pelan A. Itu baru membeli namanya. Kalau beli hari ni dapat minggu depan, itu dah nak jadi prepaid topup scam. Ha ha ha! Ha ha ha! Dan pastikan kawan-kawan lain yang membeli pun dapat emas mereka on the spot. Jangan tukang promote je yang dapat.

Berhati-hati, do you smell something fishy?

----------------------------------------------------------
Update terkini 21/7/09
Bank Negara Malaysia Investigates Genneva Sdn Bhd and Etika Emas Estet Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into Genneva Sdn Bhd and Etika Emas Estet Sdn Bhd under suspicion of conducting illegal deposit taking activities in breach of Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raids on Genneva Sdn Bhd and Etika Emas Estet Sdn Bhd were conducted today at their premises in Klang Valley following information received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.

Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.

Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia's website ( www.bnm.gov.my).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato' Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am - 5.00 pm)



Bank Negara Malaysia
21 July 2009


----------------------------------------------------------

"Belia Benci Scam"

Tropical Monsun Biz - Mungkin Scam, Mungkin Tidak

Image Hosted by ImageShack.us

Satu program yang dinamakan "Tropical Monsun Biz" dikatakan bakal menjadi scammer terulung di Malaysia tidak lama lagi. Bezanya scam mode ini dilakukan dengan lebih terhormat.

Khabarnya program ini menjual software pengutip email dan pengantar spam (bila lah agaknya attitude orang Malaysia boleh menghormati hak dan privasi orang lain) dengan harga puluhan ribu ringgit. Berserta SMS Gateway yang tidak berfungsi. Jadi macam mana peserta program ini boleh menjadi kaya raya sehingga ke peringkat jutawan? Cari orang lah. Rekrut-merekrut itu sudah menjadi resepi utama dalam setiap program jutawan di negara ini. Semakin banyak seseorang melabur (atau membeli program-program yang tidak berguna itu), maka semakin tinggi komisennya.

Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah bodoh, tetapi kami tidak mahu katakan pembeli program "Tropical Monsun Biz" ini pun sebagai bodoh. Mungkin mereka ini kurang memahami. Tambahan pula iklan program ini memenuhi akhbar dan juga siaran televisyen. Orang kita pantang tengok iklan di TV, semuanya bagus. Kalau tidak bagus, mana mampu keluar iklan di TV kan? Tapi orang kita lupa yang merekalah menjadi penaja iklan seperti ini. Mana datangnya duit iklan kalau bukan dari pembeli.

Jangan biarkan hidup anda diperbodohkan lagi. Satu-satunya cara yang agak jelek untuk menjadi kaya ialah dengan meminta bayaran untuk mengajar orang lain membuat perkara jelek yang lain seperti spamming. Tidak beretika.

"Belia Benci Scam"

Wednesday, May 28, 2008

Lebih Ramai YB Po Kuan Diperlukan



Mungkin ini berita baik bagi pelabur-pelabur yang pernah tersesat arah melabur dalam skim cepat kaya. YB Po Kuan nampak agak updated dengan apa yang terjadi dalam masyarakat hari ini. Betapa orang ramai tertindas dengan kelemahan sistem yang ada pada hari ini.

Terima kasih kepada YB kerana membawa isu pengambilan wang haram ke parlimen. Harapnya YB terus membawakan isu-isu seperti pelaburan haram internet, penipuan siber dan gerakan terancang skim cepat kaya di Malaysia. Kami pasti terdapatnya pihak yang cukup bijak menggunakan kelemahan perundangan dan pelaksanaan oleh agensi kerajaan seperti KPDNHEP dan MECD untuk kepentingan mereka.

Bagaimana satu bentuk ala-pelaburan haram boleh dibenarkan menjalin kerjasama dengan TEKUN dan terus menerus menggunakan nama agensi itu untuk meraih lebih ramai pelabur baru. Apa jadi dengan pemantauan oleh SC ataupun Bank Negara? Tidakkah setiap peluang pelaburan yang hendak diiklankan dimestikan mendapat kelulusan? Bagaimana promosi sebegini boleh berlaku secara berleluasa samada di internet atau di kampung-kampung tanpa sebarang garis panduan khusus?

Pihak yang menjadi mangsa adalah mereka yang daif dan kurang pengetahuan dalam perkara ini. Kami melihat kerajaan gagal membendung aktiviti skim cepat kaya dari berleluasa dan gagal mempertahankan orang ramai dari bahaya yang di bawa oleh aktiviti ini.

Umpama skim gores dan menang, skim cepat kaya tidak lah susah mana untuk dibanteras sekiranya kelemahan undang-undang berkaitan dapat dikenal pasti. Contohnya golongan ini begitu bijak mendaftarkan koperasi untuk menerima deposit bagi mengelak dari dikatakan menerima deposit haram. Setakat mana fungsi badan pengaudit menjalankan tugas mereka bagi mengenalpasti tawaran yang diberikan kepada pelabur mampu dicapai atau hanya strategi pemasaran semata? Ada koperasi menawarkan 120% pulangan dalam masa setahun, adakah wujud badan pemantau yang dapat mengesahkan kelayakan organisasi berkenaan dalam tawaran mereka demi menjaga kepentingan orang ramai?

Tindakan undang-undang selepas runtuhnya sistem primaid dalam organisasi ini tidak banyak membantu. Yang rugi tetap akan rugi. Yang hilang duit tetap tidak berganti. Apa yang kami perlukan adalah sistem perlindungan untuk orang ramai dari terus ditipu dan mengelakkan kerugian kepada mereka ini.

"Belia Benci Scam"

Tuesday, May 6, 2008

Eastana Farm Form Industries Sdn Bhd - Bisnes Lembu atau Bisnes Ponzi?

Image Hosted by ImageShack.us

Setiap kali nak mencari wang pelabur baru, maka istilah "bantulah usahawan bumiputra/Melayu" akan digunakan. Ini adalah teknik biasa dalam marketing berbentuk persuasive iaitu menggunakan simpati orang ramai.

Dengar cerita Eastana Farm Form Industries Sdn Bhd ini membuka peluang kepada pelabur untuk menanam modal dalam industri daging segar ini. Eh? Boleh ke macam tu. Katanya deposit dengan amaun tertentu diperlukan untuk membeli lembu dan menyerahkan lembu itu kepada syarikat sebagai pawah. Kontrak pawah ni selama 3 tahun dan setiap bulan dapat keuntungan antara 10-12% .. cewahhhhh... tak nak fixed kan return kot takut dikatakan riba pula ye? Selepas kontrak lembu tadi boleh ditukar kepada cash pula. Paling best, bisnes lembu ini ada pula MLM nya. Ada sistem komisen berperingkat sejauh 4 tingkat bermula 3%, 2%, 1% dan 1%. Ada lagi elaun kereta dengan syarat-syarat tertentu.

Hebat betul bisnes lembu dari Eastana Farm Form Industries kerana boleh memberikan keuntungan 10% dalam waktu sebulan saja. Letih pakar-pakar ekonomi samada dalam dan luar negeri belajar sampai dapat PHD berkeping-keping dan rambut pun bertukar jadi putih, tapi masih tak dapat cari formula untuk berikan return sebanyak itu. Untung sungguh orang Senawang kerana pakar-pakar hebat dari Eastana Farm Form Industries berkampung di sana.

Dengar cerita dah bertukar jadi koperasi pulak yah? Kenapa tak daftar dari dulu lagi? Takpe, tersilap perahu boleh undur, tersilap ambil deposit tanpa lesen nanti masuk dalam. Dah jadi koperasi boleh lah ambil deposit. Bijak, bijak.

Nak tanya, Eastana Farm Form Industries tak nak arrange loan ke biar senang sikit pelabur nak hentak besar-besar kat situ? TEKUN kan ada. 10% sebulan siapa nak kasi?

"Belia Benci Scam"

Friday, May 2, 2008

BIOL TEAM & TEKUN - Apa Ceritanya Pula?

Image Hosted by ImageShack.us

Sekarang umpama trend pula setiap peluang bisnes akan menawarkan pinjaman, samada pinjaman melalui TEKUN ataupun bank-bank retail. Sekadar menyebut...

WorldWeirdness & TEKUN
BIOL TEAM & TEKUN
HAI-OWH & BANK

Aduh... suka berhutang kah?

Kami tak katakan program BIOL TEAM sebagai scam, tetapi kami berpendapat pelan pemasaran seperti ini sebenarnya begitu RAKUS mengambil kesempatan dari kegilaan orang-orang Melayu dengan sikap suka berhutang mereka, dan keinginan tinggi pihak TEKUN membantu usahawan khusnya dari golongan bumiputra.

Orang Melayu mana yang tak tergoda jika dijanjikan hutang sebanyak RM5K, dan boleh gunakan cash sebanyak RM1K++, PLUS peluang untuk jadi "usahawan" produk kecantikan? Aduh. Ada minimum sales setiap bulan? Aduh lagi. Alamatnya selepas beberapa bulan produk kecantikan entah kemana, maintenance bulan-bulan entah ke mana, hutang masih nak kena bayar, sedangkan syarikat BIOL TEAM dah pun untung BESAR. ADUH!

Mungkin Dato' Noh boleh mula fikir, senang sangat kah loan itu diluluskan, terguna kah loan itu untuk golongan sasar buka bisnes, atau terguna nya loan itu untuk melariskan produk-produk para kapitalis?

"Belia Benci Scam"

Thursday, May 1, 2008

Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad - Sangat Hebat!

Image Hosted by ImageShack.us

Khabarnya sebuah koperasi dinamakan Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad telah pun memulakan skim pinjaman untuk orang ramai. Maaf, bukan koperasi yang bagi pinjam yah, tapi koperasi yang mintak pinjam. Paling best, koperasi ini akan membayar balik wang anda antara 10%-12% sebulan selama 3 tahun. WOW! Ini sudah tentu lebih baik dari autosurf atau pun HYIP.

Jika dapat dirumuskan, maka koperasi memberi pulangan kepada anda sebanyak 120% setahun ataupun 360% dalam tempoh 3 tahun. WOW! WOW! WOW! Kami sangat teruja. Apa jenis bisnes yang dijalankan dengan keuntungan sedemikian rupa? Owh... khabarnya koperasi ini menjalankan bisnes pemasangan ATA iaitu sejenis alat telekomunikasi bagi tujuan penjimatan bil. Wah kalau sudah jimat bil, masakan untungnya begitu kencang untuk koperasi nya?

Di sini kami ingin mencadangkan perubahan drastik dilakukan oleh pihak kerajaan. Kemunculan Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad ini menjadikan institusi lain yang ada di Malaysia begitu bodoh sekali. Masakan tidak, koperasi ini mampu memberi pulangan 120% setahun, sedangkan KWSP hanya memberi 5.8%, BODOH kah KWSP? Purata fixed-deposit yang ditawarkan bank-bank di Malaysia sekitar 3% setahun, BODOH kah bank-bank di Malaysia?

Adapun cadangan kami seperti berikut...

1 - Pecat Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dari jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia. Penggantinya perlulah Pengerusi Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad kerana ternyata beliau lebih bijak dalam menentukan hala tuju operasi.

2 - Satukan semua bank-bank di Malaysia dan operasi pelaburannya harus dikendalikan oleh Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad. Fund Manager yang ada sekarang mungkin tak berapa pandai cari peluang pelaburan.

3 - Ubah Akta yang melibatkan caruman wang pekerja. Jangan mencarum untuk KWSP lagi, carumkan kepada Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad. Rupanya selama ini kita menerima dividen yang terlalu sedikit.

Kami percaya, hasrat kerajaan untuk mencapai tahap kemiskinan sifar sangat mudah di realisasikan dengan bantuan kepakaran dari Koperasi Anak Dinamik Malaysia Berhad. Bukan saja kemiskinan sifar, malah jutaan JUTAWAN akan lahir di Malaysia.

Syabas Inspektor Sahab!

"Belia Benci Scam"

Monday, April 28, 2008

Jutawan Underwear

Image Hosted by ImageShack.us

Seorang kawan pernah membebel tentang kekecewaan beliau tentang attitude rakyat Malaysia yang menurut beliau, "membantu" membiakkan lagi scammer atau si pemutar alam skim cepat kaya di Malaysia. Katanya, penerimaan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu kepada skim cepat kaya adalah umpama api dan minyak. Pantang dipetik, maka meluap-luap lah semangat mereka kesana dan kesini memburu kepala baru.

Kawan ini menggariskan beberapa perkara yang menurutnya menjadi penyebab mengapa orang Melayu begitu taksub dengan skim cepat kaya.

1 - Orang Melayu begitu dengki dengan pencapaian kaum-kaum lain dalam ekonomi. Ketuanan Melayu yang digunapakai sejak dulu sudah tidak bermakna apa-apa oleh kerana kuasa ekonomi berada dalam gengaman kaum lain. Bangunan-bangunan, rumah-rumah di bandar-bandar kebanyakannya adalah milik bukan Melayu. Kedai-kedai dan perniagaan seperti penyediaan alat ganti atau tayar kereta - semuanya dimiliki oleh bukan Melayu. Perasaan dengki dan tidak puas hati ini menjadikan orang Melayu begitu taksub untuk meningkatkan ekonomi mereka dan ingin berada setaraf dengan orang-orang bukan Melayu dalam hal kemewahan. Sudahnya, oleh kerana tidak pandai berniaga, dan tidak juga banyak harta untuk main property, maka orang Melayu begitu senang sekali terjebak dengan skim cepat kaya.

2 - Orang Melayu setia pada kawan. Di kedai makan, mereka tidak akan makan makanan ynag sampai sehinggalah kawannya turut sama mendapat makanan, walaupun hidangan itu mungkin akan sejuk sementara menunggu. Mereka malu jika tidak dapat menolong kawan mereka dalam hal-hal kewangan. Sebab itu pantang diajak kawan, maka orang Melayu akan terjun beramai-ramai ke dalam mana-mana juga skim cepat kaya. Orang Melayu sanggup jual sawah untuk menjaga air muka demi persahabatan. Dan orang Melayu juga akan mempertahankan kawannya membabi-buta walaupun kawannya memang tersalah mempromosi skim cepat kaya.

3. Orang Melayu suka pada jenama "jutawan". Jutawan adalah satu impian terindah yang membolehkan seseorang hidup senang dan meninggalkan kesusahan hidup. Menurut kawan ini, apa saja skim yang menggunakan perkataan "jutawan" dalam kempen mereka contohnya, "Jutawan Senyap!", "Rahsia Jutawan Internet!", "Jadi Jutawan Segera!" - dengan mudah menangkap perhatian orang-orang Melayu. Hampir separuh dari usaha untuk convince kan orang-orang seperti ini telah berjaya hanya dengan menggunakan perkataan "jutawan" oleh kerana begitu berpengaruhnya perkataan keramat itu dalam hidup orang Melayu.

4. Orang Melayu suka pada duit mudah. Apa sahaja skim, sekiranya tidak memerlukan seseorang itu bekerja tetapi boleh menghasilkan wang maka ia akan berjaya memenangi hati orang-orang Melayu. Contohnya, skim yang memerlukan seseorang mencari 2 orang ahli baru, yang mana mereka ini pula perlu mencari 2 orang lain - dan seterusnya. Ini adalah makanan orang-orang Melayu. Mencari pair kiri dan kanan adalah kegemaran mereka. Kalau pun tidak kerana pair, komisen pun jadilah.

Untuk rekod, kawan ini berbangsa Melayu, begitu juga dengan kami. Bukan bertujuan menghina, tapi ini adalah hakikat yang perlu segera ditangani. Kami sayang bangsa kami.

"Belia Benci Scam"

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, April 2, 2008

Mentor Menti Jutawan - Scam?

Image Hosted by ImageShack.us

Kami tidak dapat sahkan. Tetapi berdasarkan modus operandi yang dijalankan, unsur-unsur scam dapat dirasakan.

Kononnya peserta yang ingin mengikuti program Mentor Menti Jutawan ini sebenarnya ditawarkan untuk membuat belian sebanyak 7 unit mesin penapis air dari syarikat WorldWeirdness. 7 unit? Banyak tu. Tetapi jangan risau kerana mentor anda akan membantu anda membuat pinjaman dana TEKUN sebanyak RM16,000.

Eh? Apa kaitan dengan TEKUN. Kononnya program ini mendapat pengiktirafan TEKUN. Tetapi kenyataan ini agak diragui kerana TEKUN hanyalah pihak yang memberi pinjaman. Usaha murni kerajaan adalah untuk membantu bakal usahawan, tetapi ini pula yang jadinya. Si pembelit menggunakan kesempatan dari program kerajaan (dana TEKUN untuk bakal usahawan) untuk menyedut wang itu ke poket mereka.

Bila dirujuk kepada TEKUN, mereka memang mengakui ada membuat kerjasama dengan syarikat WorldWeirdness ini sebagai achor program mereka. Kerjasama macam mana? Adakah kerjasama memberikan pinjaman kepada orang ramai untuk membeli 7 unit penapis air dan peserta menyewakan semula 6 unit penapis air kepada WorldWeirdness. Peserta mendapat hasil melalui sewa penapir air dari syarikat? Apa bentuk bisnes macam ini? Pak Man Telo kah? Ali Baba kah?

Selain itu dikatakan juga peserta juga digalakkan mencari downlines untuk menambahkan lagi pendapatan. Head-hunting kah? Kalau beginilah cara Mentor Menti Jutawan itu, nampak gayanya 5 jutawan akan terhasil dari 100 orang peserta. 50 jutawan akan terhasil dari 1,000 peserta. Kerana apa? Kerana gaya pelaburan/perniagaan seperti ini saling tidak tumpah seperti memberikan RM14,000 kepada syarikat dan mengharapkan dividen setiap bulan. Kasi duit & goyang kaki, tunggu dividen. Apa bisnes macam ini?

Ada penapis air sebagai produk? Kami berpendapat penapis air ini hanyalah gimik untuk mengelakkan syarikat di katakan menerima deposit tanpa kelulusan. Sejauh mana program ini boleh bertahan? Mungkin sehingga suatu hari nanti tidak ada orang mahu membuat pinjaman TEKUN bagi membeli 7 unit penapis air. Pada masa itu cashflow syarikat akan merosot dan tidak mampu membayar pulangan "sewa" penapis air lagi. Dari mana datangnya "sewa"? Dari penyewa penapis air atau dari wang pinjaman TEKUN yang dibayar kepada syarikat?

Apapun perkara ini hanyalah teori kami. Terserahlah pembaca membuat penilaian sendiri. Jika ada kesilapan fakta sila perbetulkan - kita bincangkan.

Tips: berhati-hati dengan "jutawan" yang ingin menjadikan anda seorang jutawan. Jangan sampai ada udang di sebalik batu.

"Belia Benci Scam"

Tuesday, March 25, 2008

Apa Kaitan Scam Dengan Etnik?

Image Hosted by ImageShack.us

Ini sekadar teori kami.

Kaum Melayu memang terkenal dengan kepercayaan kepada perkara tahyul dan tidak masuk akal. Superstitious - dalam bahasa Inggeris bermaksud "believe in something not justified by reason or evidence", mempercayai sesuatu tanpa alasan munasabah atau bukti.

Perkara ini dibuktikan dengan hikayat demi hikayat seperti Hikayat Hang Tuah yang pernah masuk kubur, meminang Puteri Gunung Ledang dan pelbagai lagi cerita yang ditokok tambah. Mungkin Hang Tuah memang benar wujud, tetapi manusia adalah manusia dan sebaik manusia adalah Nabi Muhammad. Ada hadnya.

Tetapi bagi kaum Melayu ianya agak susah untuk memisahkan antara realiti dan superstitious itu tadi. Sejak dari kecil rata-rata orang Melayu dididik dengan cerita hantu dan jin. Didikan ini membentuk satu trend pemikiran yang sama - iaitu mudah mempercayai perkara yang tidak masuk akal. Mudah percaya pada magik. Mudah percaya kepada kuasa lain selain Allah.

Keadaan ini menyenangkan bagi pihak-pihak lain mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Melayu ini. Hasil pemerhatian kami, kebanyakan scam dirancang oleh mereka yang bukan-Melayu. Jangan salah faham, walaupun perancangnya adalah bukan-Melayu, tetapi pelaksanaan masih dilakukan oleh orang Melayu itu sendiri. Kaum ini mudah dibeli dengan komisen. Seperti mana tali barut Melayu di zaman keganasan komunis atau Jepun, seperti itulah mudahnya mereka ini dibeli.

Perkara ini memang menyedihkan. Melayu makan Melayu, tetapi orang lain pula yang kenyang. Cukuplah.

"Belia Benci Scam"

Thursday, February 14, 2008

Faktor Berlakunya Scam

Image Hosted by ImageShack.us

1) Tamak

Minta maaf, bukan kami mencela para pembaca. Tetapi faktor ini adalah sebab Nombor #1 kenapa scam berlaku. Fikiran waras dan rasional lebih selamat. Ini adalah faktor kelemahan manusia paling utama.

Tips: bersyukur dengan apa yang ada.

2) Kurang Pengetahuan

Kurang pengetahuan dikaitkan dengan kurang membaca. Rakyat Malaysia didapati kurang membaca dengan purata sebuah buku dibaca setahun, sedangkan rakyat negara lain mencapai purata 12 buah buku setahun.

Tips: rajin membaca atau bertanya.

3) Tiada Logik

Logik adalah kemampuan seseorang untuk membuat perbandingan. Perbandingan hanya boleh dibuat sekiranya seseorang itu berpengetahuan atau mempunyai pengalaman lepas.

Tips: berhati-hati dengan tawaran melampau.

4) Pengaruh Rakan-rakan

Faktor ini antara yang selalunya berlaku. Kenapa? Kerana seorang rakan akan mempengaruhi rakannya yang lain untuk menyertai mana-mana penipuan kerana rasuah! Rakan anda dirasuah untuk mencari seramai mungkin peserta kerana "komisen" atau rasuah yang dijanjikan untuk merekrut agak tinggi. Tidak mungkin kawan saya menipu? Belum tentu. Kawan anda mungkin menipu tanpa disedari yang beliau juga ditipu. Tipu atas tipu.

Tips: untuk tujuan pelaburan/kewangan, jangan percaya hanya disebabkan kawan.

5) Kurang Kawalan Kerajaan

Scam seolah-olah dibiarkan berlaku tanpa kawalan. Penyakit ini sama seperti penyakit "gores dan menang" yang telah bertapak berpuluh tahun yang lepas tetapi masih bebas melakukan bisnes mereka sehingga hari ini. Orang yang sama melakukan scam bulan lepas, boleh melakukan lagi scam yang lain pada bulan berikutnya. Perlindungan apakah yang kerajaan beri pada rakyatnya?

Tips: buat laporan, gunakan saluran undang-undang seperti saman dan sebagainya.

"Belia Benci Scam"

Tuesday, January 1, 2008

Sekam Lebih Baik Dari Scam














Jenayah penipuan perdagangan samada di internet atau offline, mungkin tidak seteruk mana jika dibandingkan dengan kesan perlakuan jenayah lain. Tetapi sedar atau tidak, jenayah ini seolah menjadi trend keadaan semasa dan menganiaya golongan biasa rakyat Malaysia.

Siapa itu golongan biasa? Mereka yang tidak mempunyai atau kurang pengetahuan tentang hal-hal bagaimana modus operandi jenayah perdagangan ini dibuat. Mereka ini golongan yang bersusah-payah mencari rezeki untuk sesuap nasi. Sedangkan penjenayah/penyangak/penipu berkolar putih ini bebas ke mana-mana mencari sasaran.

Adakah negara Malaysia ini tidak cukup undang-undang untuk memberi perlindungan kepada rakyatnya. Tidak juga. Ada akta, ada undang-undang, ada badan penguatkuasa, ada polis dan sebagainya. Tetapi cabaran hari ini terlalu hebat. Penjenayah semakin berkuasa dengan bantuan teknologi semasa sedangkan agensi pelindung kebanyakannya masih ditakuk lama. Banyaknya kes-kes lain yang lebih berat menyebabkan penipuan ini bebas bergerak samada dibandar, apatah lagi diceruk kampung.

Wujudnya blog ini bukan bermakna untuk mencabar sesiapa. Dari hati yang ikhlas, kami memohon maaf jika adanya kekurangan dan kelemahan pihak kami. Blog ini wujud dari cetusan hati untuk membantu meningkatkan kesedaran golongan biasa rakyat Malaysia tentang ancaman penipuan perdagangan atau lebih dikenali dengan "scam". Scam berlaku di mana-mana, di ruang siber, di ruang tamu rumah anda atau di meja makan kedai mamak. Alangkah malangnya!

Anda di luar sana, ayuh bersama kami berdiskusi dan sebarkan maklumat ini sebaiknya. Objektif kami adalah mewujudkan kumpulan sukarelawan yang mampu memberi kesedaran kepada golongan sasar. Kita mungkin tidak saling mengenali, tetapi atas dasar dan objektif yang sama mudah-mudahan hasrat murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekecil-kecil sumbangan yang anda mampu lakukan adalah menyebarkan maklumat ini kepada rakan dan kenalan, semoga berjaya.

"Belia Benci Scam"