Friday, August 20, 2010

SatuSaujana seiras BuluhMas

Seorang pelawat mencadangkan kami meninjau satu program dinamakan Satu Saujana.

Selepas ditinjau, begini info yang kami dapat:-

Bayar RM18 sekali sahaja, dan dapat 1 sticker

Sticker ditampal pada kereta

Setiap bulan syarikat bayar RM1

Untuk referral pula, syarikat bayar RM1 sebulan sebanyak 4 level

Ok...

Maka beginilah pendapat kami:

Katakan harga sticker ialah RM6, maka syarikat mengutip sebanyak RM12 deposit dari seorang peserta.

Ini bermakna, selama setahun (RM1 x 12), syarikat sebenarnya tidak membayar apa-apa kepada peserta. RM1 yang dibayar itu sebenarnya duit peserta itu sendiri.

Kecuali, jika peserta itu berjaya cari seorang referral, maka syarikat terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk bayar upah beliau. Di sini syarikat terpaksa menggunakan kos sendiri(sebenarnya kos ini masih boleh ditampung dari bayaran peserta yang tidak aktif).

Jadi kami melihat perkara ini sebenarnya hanyalah satu gimik perniagaan, di mana syarikat mengambil peluang mengembangkan brand nya secara percuma selama 1 tahun dari seorang peserta. Cara ini dapat menjimatkan kos operasi mereka dan mempopularkan brand dalam kadar segera.

Dari segi scam atau tidak, kami tidak rasa syarikat berniat untuk scam, cuma syarikat memang mengambil kesempatan promosi percuma dari orang ramai.

Apa pun, sejarah telah membuktikan bahawa Buluhmas iaitu saudara kembar program Satu Saujana ini telah tersungkur, jadi kemungkinan yang ini pun akan turut sama tersungkur, sekurang-kurangnya atas alasan illegal deposit taking. RM12 pun duit juga.

--------

To Availan:

Nasib baik ada orang seperti kamu yang boleh mengajar tentang MLM & AJL. Kalau boleh kamu ajarkan sekali kepada penyangak yang menyedut duit dari orang bawah dengan bertopengkan MLM. Buat payplan yang tak masuk akal dan promote di hotel-hotel. Mungkin orang-orang ini tak cukup belajar ilmu MLM & AJL, atau dah terlebih belajar?

5 comments:

zackmohd said...

alangkah baiknya..kalau sticker yang di tampal pada kereta itu adalah sticker pengiklan..contoh kilang kicap abu ke untuk mengiklankan produk kicap ..tengok ruang iklan di tepi jalan..yang nampak sebesar2nya cuma iklan pengiklan ..ruang untuk penyedia iklan kecil saja.itu lah yang sepatutnya pun..SS@BM terbalik pulak..kalau saya adalah pengiklan,kenapa saya kena bayar kepada penyedia iklan kalau iklan produk saya x keluar pun pada sticker tersebut?

Unknown said...

Kami akan cuba untuk menerangkan kepada anda yang tidak faham mengenai industri MLM serta akta jualan langsung (AJL 1993). Elakkan tertipu dengan mempunyai ilmu didalam industri ini. MLM adalah platform kepada mereka yang mempunyai modal yand rendah tetapi boleh bergelar JUTAWAN. Nak masuk MLM, ambil ilmu dulu..jangan dah kena tipu baru salahkan MLM. Salahkan diri sendiri yang KAYU tu dulu.

effyzah said...
This comment has been removed by the author.
SMK KHIR JOHARI REUNION said...

ada sesiapa tahu lanjut tentang syarikat mc oceonus/mc oceon/stedy dynasty?

Anonymous said...

Halo,
Perkenalkan, Nama saya Wenny
Saya adalah development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda. 
Boleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke wenny@forexmart.com, terimakasih