Wednesday, December 23, 2009

Noradz - Nasi dah jadi bubur!

Jika anda masih berdegil dan tidak mahu menerima nasihat orang lain, inilah akibatnya. Jangan menyesal di kemudian hari. Ingatlah, tidak ada jalan mudah menuju kekayaaan. Semuanya memerlukan usaha. Nabi Muhammad meminta umatnya bekerja, bukan bergoyang kaki dan bulan-bulan dapat duit. Back to basic, back to nature.


ravel Agency Charged With Illegal Deposit-Taking
KUALA LUMPUR, Dec 23 (Bernama) -- A travel agency, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, was on Wednesday charged in the Sessions Court here with illegal deposit-taking.

Its director, Noradzma Adzhar, 33, who represented the company, pleaded not guilty to the charge.

The company is alleged to have committed the offence, under the Banking and Financial Institutions Act, at No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya, between July 2006 and October 2008.

On Tuesday, Noradzma was charged with 166 counts of money laundering, involving RM60 million, and another charge with illegal deposit-taking, at the same place and time.

Also charged with her for money laundering were her father, Datuk Adzhar Sulaiman, 54, and a sister, Noradzrin, 24.

Judge Fathiyah Idris allowed all the cases to be heard jointly and fixed Feb 18 next year for the trial.

Prosecuting officer from Bank Negara, Alvin Ong, prosecuted while Norazdma was represented by lawyer Abdul Rahim Sinwan.

-- BERNAMA


Sumber di sini.


Tiga beranak didakwa terlibat dalam pengubah wang haram

22/12/2009 7:16pm

KUALA LUMPUR 22 Dis. — Tiga sekeluarga yang merupakan pegawai kanan syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM60 juta.

Datuk Adzhar Sulaiman, 54, serta dua anak perempuannya, Noradzma, 33, dan Noradzrin, 24, masing-masing membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, S.M Komathy Suppiah.

Noradzma, yang merupakan pengarah syarikat itu didakwa terhadap 166 pertuduhan, bapanya sebanyak 28 pertuduhan dan adiknya, Noradzrin yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga didakwa atas 166 pertuduhan.

Adzhar dan Noradzrin merupakan pegawai syarikat Noradz Travel & Services ketika itu. - Bernama


Sumber di sini.


Terima deposit tanpa lesen

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Selepas seorang anak penerbit filem dituduh atas 166 tuduhan menggubah RM60 juta wang haram semalam, hari ini syarikatnya pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Noradzma Adzhar, 33, selaku pengarah yang mewakili syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., bagaimanapun mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen, sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di No. 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya di antara Julai 2006 dan Oktober 2008.

Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372). Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut akta tersebut, sesebuah syarikat perlu mendapatkan lesen yang sah di bawah Seksyen 6(4) akta yang sama untuk menjalankan perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar atau syarikat diskaun.

Semalam, Noradzma bersama bapanya yang merupakan penerbit filem Shhh... Dia Datang, Datuk Adzhar Sulaiman, 54, mengaku tidak bersalah atas tuduhan serupa.

Seorang lagi anak perempuan Adzhar, Noradzrin, 24, yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan pengurusan perniagaan, turut didakwa.

Dalam prosiding hari ini, peguam bela yang mewakili Noradzma, Abdul Rahim Sinwan memohon agar kes itu dibicarakan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah pada 18 Februari tahun depan.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan permohonan tersebut. Tiada jumlah jaminan ditetapkan kerana wang ikat jamin sebelum ini telah diambil kira.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Alvin Ong.


Sumber di sini.

Perbincangan sebelum ini di sini dan di sini.

Contoh kegagalan sebuah skim cepat kaya. Jadikan pedoman.

"Belia Benci Scam"

No comments: