Saturday, December 12, 2009

TEKUN kurang dana

Kami menjangkakan, berlakunya masalah kurang dana adalah akibat peminjam yang liat untuk bayar hutang. Ini bukan salah peminjam 100%, mungkin 30% adalah kerana kebodohan pihak TEKUN sendiri yang memberi pinjaman kepada peminjam yang juga bodoh untuk menyertai skim-skim cepat kaya seperti ini dan ini.


TEKUN kurang dana

Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang ditubuhkan sejak 1999 bagi melahirkan lebih ramai usahawan kini berhadapan masalah kekurangan dana.

Masalah itu diburukkan lagi dengan sikap peminjam yang liat membayar balik pinjaman seperti yang disyaratkan dalam perjanjian menyebabkan agensi itu berhadapan masalah pusingan modal.

Ekoran itu, kini terdapat 16,000 permohonan tertangguh membabitkan pembiayaan RM350 juta kerana dana tidak mencukupi.

- Dana yang masih berbaki pada tahun ini RM100 juta.

- Agihan 10 bulan pertama 2009 RM277 juta melibatkan 26,900 permohonan.

- Jumlah pinjaman yang diluluskan TEKUN RM500 hingga RM50,000 seorang.

- Pinjaman sejak 1999 RM1.41 bilion membabitkan 153,102 orang.

- Hutang lapuk peminjam berjumlah RM130 juta libatkan 39,576 peminjam.


Berita asal di sini.

No comments: