Jawapan kami macam ini:
Memang kami tak ikut fakta, sebab 'fakta' pun boleh dipalsukan. Sebab ikut fakta lah sangat... government tak boleh nak ambil tindakan pada beratus-ratus program scam di Malaysia. Sebab apa? Tidak ada fakta, tidak ada bukti. Cuba bayangkan, SMS yang menawarkan khidmat seks boleh dihantar sewenang-wenangnya tanpa rasa takut, sebab apa... mana ada fakta. Nama kita boleh palsukan maa?
Lagi satu, kalau kami ada fakta...buat apa nak membebel kat sini...terus sajalah bawa ke polis atau mana-mana authority. Buang masa je nak insafkan orang-orang macam kamu yang tak sedar untung.
Lagi satu yang akhir, memanglah kami menulis dengan lagak bodoh, dengan bahasa kesat.. supaya boleh tune dengan pemikiran macam orang-orang yang selalu kena scam..sebab kat situ je levelnya. Sorry yah, memang agak kasar dan nampak bodoh.
(p/s: kami tahu bank kena bayar gaji staff, share holder etc, dan buat maintenance asset...tapi malas ler nak cerita)
Berbalik kepada cerita cacing, lembu dan lintah. Dapat dikatakan sesiapa sahaja yang memulakan idea asal benda ni adalah seorang yang sangat bijak. Bayangkan, dia dapat buat permintaan untuk cacing dan lintah yang nampak tak berguna tu kepada nilai komersil.
Teori kami macam ni, everything about cacing dan lintah...yang dikatakan untuk tujuan kosmetik, sebenarnya adalah PENIPUAN.
Logiknya... kalau betul memelihara cacing dan lintah begitu senang, kenapa perlu negara-negara luar macam US kena beli dari Malaysia. Tidakkan alasan cacing dan lintah untuk eksport itu hanya sekadar helah perdagangan?
Banyak faedah dari penipuan cacing dan lintah ini, antaranya...
1. Consultant boleh menipu pelabur dengan caj consultation fee untuk setup the business.
2. Consultant boleh jual anak cacing atau lintah kepada pelabur-pelabur lain yang berminat.
3. Pihak pelabur pula boleh tipu orang awam lain dengan kumpulkan dana untuk cover balik modal.
Pasal lembu pula, kami pernah tulis kat sini. Itu memang tipu punya. Tak caya, sila tanya pelabur lembu tu... labur pada lembu atau pelabur yang jadi lembu...hahaha.
Cerita pasal cacing...
Pelaburan cacing: Empat lelaki ditahan
KULIM 13 Jan. - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan skim ternakan cacing yang merugikan lebih 3,000 pelabur dengan nilai hampir RM25 juta di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supritendan Rossnee Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia antara 30 hingga 47 tahun itu ditahan di Jitra dan beberapa lokasi berasingan sekitar daerah ini dalam satu operasi khas yang dijalankan semalam.
Katanya, semua suspek yang ditahan, dipercayai bertindak sebagai broker atau orang tengah dalam urusan penipuan dan mengumpul deposit secara haram berkenaan.
"Kesemua suspek tersebut dikatakan menjadi orang tengah yang memperdayakan mangsa-mangsa untuk melabur.
"Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 176 laporan daripada mangsa di seluruh negara berhubung kejadian tersebut. Kebanyakan laporan polis diterima adalah dari daerah Kulim,
Sungai Petani, Pendang, Alor Setar dan Dang Wangi di Kuala Lumpur.
"Jumlah kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak RM1.8 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, lebih 3,00 pelabur skim ternakan cacing mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat sebuah syarikat di Kilang Lama, dekat sini mendakwa mengalami kerugian selepas pengusaha skim itu melarikan diri bersama wang pelaburan mereka.
Pelabur tersebut mendakwa, mereka mengalami kerugian melebihi RM25 juta setelah terpedaya dengan penganjur skim yang menjanjikan pulangan istimewa melalui ternakan cacing di tujuh cawangan pejabat syarikat Kulim Worms Agrotech Sdn. Bhd.
Menurut Rossnee, polis kini turut mengesan pasangan suami isteri, dipercayai merupakan salah seorang daripada tiga pengarah bagi membantu siasatan.
Katanya, mereka ialah Abdul Razak Ahmad, memegang kad pengenalan bernombor 640812-10-7483 dan Fatimah Ismail, kad pengenalan bernombor 680923-02-5604.
Alamat terakhir pasangan itu ialah di Nombor 839, Jalan Bahagia, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan Rawi Abdul Ghani di talian 04-4096222 atau Inspektor Tarmidzi Zain (013-4426314) bagi membantu siasatan.
Sumber sini.
2 comments:
ni ada yg baru saya tau.. UNSTOPABLE.. TLG TULIS SIKIT.. ADA RAMAI KAWAN YG TERJOIN ni
berita harian 18/8/2010..LAGI TERPEDAYA DENGAN PELABURAN LINTAH...
Post a Comment