Tuesday, May 6, 2008

Eastana Farm Form Industries Sdn Bhd - Bisnes Lembu atau Bisnes Ponzi?

Image Hosted by ImageShack.us

Setiap kali nak mencari wang pelabur baru, maka istilah "bantulah usahawan bumiputra/Melayu" akan digunakan. Ini adalah teknik biasa dalam marketing berbentuk persuasive iaitu menggunakan simpati orang ramai.

Dengar cerita Eastana Farm Form Industries Sdn Bhd ini membuka peluang kepada pelabur untuk menanam modal dalam industri daging segar ini. Eh? Boleh ke macam tu. Katanya deposit dengan amaun tertentu diperlukan untuk membeli lembu dan menyerahkan lembu itu kepada syarikat sebagai pawah. Kontrak pawah ni selama 3 tahun dan setiap bulan dapat keuntungan antara 10-12% .. cewahhhhh... tak nak fixed kan return kot takut dikatakan riba pula ye? Selepas kontrak lembu tadi boleh ditukar kepada cash pula. Paling best, bisnes lembu ini ada pula MLM nya. Ada sistem komisen berperingkat sejauh 4 tingkat bermula 3%, 2%, 1% dan 1%. Ada lagi elaun kereta dengan syarat-syarat tertentu.

Hebat betul bisnes lembu dari Eastana Farm Form Industries kerana boleh memberikan keuntungan 10% dalam waktu sebulan saja. Letih pakar-pakar ekonomi samada dalam dan luar negeri belajar sampai dapat PHD berkeping-keping dan rambut pun bertukar jadi putih, tapi masih tak dapat cari formula untuk berikan return sebanyak itu. Untung sungguh orang Senawang kerana pakar-pakar hebat dari Eastana Farm Form Industries berkampung di sana.

Dengar cerita dah bertukar jadi koperasi pulak yah? Kenapa tak daftar dari dulu lagi? Takpe, tersilap perahu boleh undur, tersilap ambil deposit tanpa lesen nanti masuk dalam. Dah jadi koperasi boleh lah ambil deposit. Bijak, bijak.

Nak tanya, Eastana Farm Form Industries tak nak arrange loan ke biar senang sikit pelabur nak hentak besar-besar kat situ? TEKUN kan ada. 10% sebulan siapa nak kasi?

"Belia Benci Scam"

4 comments:

cureorcurse said...

Thanks 4 the info!
Aku tak kata semua yg ditulis sini salah belaka. Ada betulnya! tapi .. tak semua program yg ditulis sini adalah scam! aku tk nk ckp mana satu scam atau tidak. Sebab apa yg ditulis sini ada asas nya. begitu juga org yg menjalankan perniagaan. ada asasnya. Kecuali org2 yg mmg niatnya nak menipu! BTW, pada aku..tak semua scam. Ada program yg mmg ada perjanjian dgn pembeli. Ada program yg dah mmg diakui peratusan keuntungan berdasarkan unjuran. semua ini adalah perniagaan yg dijalankan. sikit atau banyak lain cerita untungnya. tapi rasanya tak enak kalu dicomparekan dgn bank2 atau pun organisasi pengurusan kewangan negara! u r comparing apple and durian.. tak sama bang. sistem operasi tujuan penubuhan dan objektifnya. ada baiknya jgn di kata bank itu buduh. sebab bank pandailah dia kasik kita retun sikit. sebab dia dah awal2 masuk akaun bank kasik kat staf2 dia. leh pk tak? lagi satu. duit2 nie yg untung2 nie semua bagi kat BOD bank. diaorg dpt giler punya banyak. bank nak kena cover investment jangka panjang dan risk yg mungkin ditanggung. Jgn ckp untung bank 10-20% je bro. Untung diaorg boleh cecah 50% setahun kadang2 sebulan. ada juga masanya dlm seminggu..100%. Tapi dia issue kat user 2,3,4,5,6,7,8% je.. yg lain2 simpan poket. This is what we call capitalisme.! Berkenaan kerajaan! jgn compare bisnes kecik2 nie dgn org2 kerajaan. Kerajaan diujudkan to serve people. Kerajaan pun menginvest gak dpt untung banyak. Tapi tak declare la banyak. Kalu tak...org ramai mintak lebih! .. BTW good articles.. on PRE-JUDGE Thinking! sorry bro.. i hate people yg tak lakukan homework..tak dpt fact tapi tembak dari luar.I salute U if for publish all the fact & thought on your blog. but not all is correct! some of it..make u look a bit dumb! thanks

Anonymous said...

kebanyakan komen dalam blog ini menegaskan yg program2 'scam' tersebut 'boleh' dipercayai sbb ada perjanjian.
tapi ... perlu diingatkan, tak semua perjanjian tu walaupun dah dimatikan setem boleh dipakai.
duit yg hilang takkan dapat dituntut semula hanya dengan menunjukkan perjanjian bersetem tu.
pihak Admin program tersebut senang je cakap akaun dah kena freeze oleh BNM, so tak ada duit nak bayar balik investor. kemudian, mereka2 ini akan terus menghilangkan diri, tinggallah investor2 ni masih tercari2 sambil berpegang kuat pada perjanjian yg dah dimatikan setem tu... hasilnya? habuk pun tarak.. perjanjian tu ada setem ke takdak setem ke, ada cop ke tadak cop ke, ada sign ke tadak sign ke.. tetap tak laku & tak dipandang pun.. nak cari lawyer??siapa nak bayar? duit dah hilang, orgnya pun dah hilang ntah ke mana. tak akan selesai sampai bila2. saya pernah terkena, dan saya tidak lah menaruh 100% kepercayaan terhadap surat perjanjian yg dah sign & mati setem. banyak faktor lain perlu diambil kira sebagai langkah berjaga2.

aminzynda said...

Assalam...nak inform yang duit yang dibekukan oleh bank negara tu pelabur-pelabur boleh tuntut balik...lantik peguam tapi cari peguam yang biasa buat kes tuntutan wang pelaburan...jgn cari yang tak biasa buat...nak tahu info selanjutnya contact wakil tuntutan, cik siti hajar di 0104382997

eddie said...

Asskm...kepada Pelbur2 Eastana Farm... anda boleh tuntut hak anda melalui prosiding khas di mahkamah pada 19/6/2012 untuk keterangan lanjut hubungi en eddy 0129320615