Thursday, February 14, 2008
Faktor Berlakunya Scam
1) Tamak
Minta maaf, bukan kami mencela para pembaca. Tetapi faktor ini adalah sebab Nombor #1 kenapa scam berlaku. Fikiran waras dan rasional lebih selamat. Ini adalah faktor kelemahan manusia paling utama.
Tips: bersyukur dengan apa yang ada.
2) Kurang Pengetahuan
Kurang pengetahuan dikaitkan dengan kurang membaca. Rakyat Malaysia didapati kurang membaca dengan purata sebuah buku dibaca setahun, sedangkan rakyat negara lain mencapai purata 12 buah buku setahun.
Tips: rajin membaca atau bertanya.
3) Tiada Logik
Logik adalah kemampuan seseorang untuk membuat perbandingan. Perbandingan hanya boleh dibuat sekiranya seseorang itu berpengetahuan atau mempunyai pengalaman lepas.
Tips: berhati-hati dengan tawaran melampau.
4) Pengaruh Rakan-rakan
Faktor ini antara yang selalunya berlaku. Kenapa? Kerana seorang rakan akan mempengaruhi rakannya yang lain untuk menyertai mana-mana penipuan kerana rasuah! Rakan anda dirasuah untuk mencari seramai mungkin peserta kerana "komisen" atau rasuah yang dijanjikan untuk merekrut agak tinggi. Tidak mungkin kawan saya menipu? Belum tentu. Kawan anda mungkin menipu tanpa disedari yang beliau juga ditipu. Tipu atas tipu.
Tips: untuk tujuan pelaburan/kewangan, jangan percaya hanya disebabkan kawan.
5) Kurang Kawalan Kerajaan
Scam seolah-olah dibiarkan berlaku tanpa kawalan. Penyakit ini sama seperti penyakit "gores dan menang" yang telah bertapak berpuluh tahun yang lepas tetapi masih bebas melakukan bisnes mereka sehingga hari ini. Orang yang sama melakukan scam bulan lepas, boleh melakukan lagi scam yang lain pada bulan berikutnya. Perlindungan apakah yang kerajaan beri pada rakyatnya?
Tips: buat laporan, gunakan saluran undang-undang seperti saman dan sebagainya.
"Belia Benci Scam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment