Wednesday, April 2, 2008

Mentor Menti Jutawan - Scam?

Image Hosted by ImageShack.us

Kami tidak dapat sahkan. Tetapi berdasarkan modus operandi yang dijalankan, unsur-unsur scam dapat dirasakan.

Kononnya peserta yang ingin mengikuti program Mentor Menti Jutawan ini sebenarnya ditawarkan untuk membuat belian sebanyak 7 unit mesin penapis air dari syarikat WorldWeirdness. 7 unit? Banyak tu. Tetapi jangan risau kerana mentor anda akan membantu anda membuat pinjaman dana TEKUN sebanyak RM16,000.

Eh? Apa kaitan dengan TEKUN. Kononnya program ini mendapat pengiktirafan TEKUN. Tetapi kenyataan ini agak diragui kerana TEKUN hanyalah pihak yang memberi pinjaman. Usaha murni kerajaan adalah untuk membantu bakal usahawan, tetapi ini pula yang jadinya. Si pembelit menggunakan kesempatan dari program kerajaan (dana TEKUN untuk bakal usahawan) untuk menyedut wang itu ke poket mereka.

Bila dirujuk kepada TEKUN, mereka memang mengakui ada membuat kerjasama dengan syarikat WorldWeirdness ini sebagai achor program mereka. Kerjasama macam mana? Adakah kerjasama memberikan pinjaman kepada orang ramai untuk membeli 7 unit penapis air dan peserta menyewakan semula 6 unit penapis air kepada WorldWeirdness. Peserta mendapat hasil melalui sewa penapir air dari syarikat? Apa bentuk bisnes macam ini? Pak Man Telo kah? Ali Baba kah?

Selain itu dikatakan juga peserta juga digalakkan mencari downlines untuk menambahkan lagi pendapatan. Head-hunting kah? Kalau beginilah cara Mentor Menti Jutawan itu, nampak gayanya 5 jutawan akan terhasil dari 100 orang peserta. 50 jutawan akan terhasil dari 1,000 peserta. Kerana apa? Kerana gaya pelaburan/perniagaan seperti ini saling tidak tumpah seperti memberikan RM14,000 kepada syarikat dan mengharapkan dividen setiap bulan. Kasi duit & goyang kaki, tunggu dividen. Apa bisnes macam ini?

Ada penapis air sebagai produk? Kami berpendapat penapis air ini hanyalah gimik untuk mengelakkan syarikat di katakan menerima deposit tanpa kelulusan. Sejauh mana program ini boleh bertahan? Mungkin sehingga suatu hari nanti tidak ada orang mahu membuat pinjaman TEKUN bagi membeli 7 unit penapis air. Pada masa itu cashflow syarikat akan merosot dan tidak mampu membayar pulangan "sewa" penapis air lagi. Dari mana datangnya "sewa"? Dari penyewa penapis air atau dari wang pinjaman TEKUN yang dibayar kepada syarikat?

Apapun perkara ini hanyalah teori kami. Terserahlah pembaca membuat penilaian sendiri. Jika ada kesilapan fakta sila perbetulkan - kita bincangkan.

Tips: berhati-hati dengan "jutawan" yang ingin menjadikan anda seorang jutawan. Jangan sampai ada udang di sebalik batu.

"Belia Benci Scam"

No comments: