Monday, April 28, 2008

Jutawan Underwear

Image Hosted by ImageShack.us

Seorang kawan pernah membebel tentang kekecewaan beliau tentang attitude rakyat Malaysia yang menurut beliau, "membantu" membiakkan lagi scammer atau si pemutar alam skim cepat kaya di Malaysia. Katanya, penerimaan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu kepada skim cepat kaya adalah umpama api dan minyak. Pantang dipetik, maka meluap-luap lah semangat mereka kesana dan kesini memburu kepala baru.

Kawan ini menggariskan beberapa perkara yang menurutnya menjadi penyebab mengapa orang Melayu begitu taksub dengan skim cepat kaya.

1 - Orang Melayu begitu dengki dengan pencapaian kaum-kaum lain dalam ekonomi. Ketuanan Melayu yang digunapakai sejak dulu sudah tidak bermakna apa-apa oleh kerana kuasa ekonomi berada dalam gengaman kaum lain. Bangunan-bangunan, rumah-rumah di bandar-bandar kebanyakannya adalah milik bukan Melayu. Kedai-kedai dan perniagaan seperti penyediaan alat ganti atau tayar kereta - semuanya dimiliki oleh bukan Melayu. Perasaan dengki dan tidak puas hati ini menjadikan orang Melayu begitu taksub untuk meningkatkan ekonomi mereka dan ingin berada setaraf dengan orang-orang bukan Melayu dalam hal kemewahan. Sudahnya, oleh kerana tidak pandai berniaga, dan tidak juga banyak harta untuk main property, maka orang Melayu begitu senang sekali terjebak dengan skim cepat kaya.

2 - Orang Melayu setia pada kawan. Di kedai makan, mereka tidak akan makan makanan ynag sampai sehinggalah kawannya turut sama mendapat makanan, walaupun hidangan itu mungkin akan sejuk sementara menunggu. Mereka malu jika tidak dapat menolong kawan mereka dalam hal-hal kewangan. Sebab itu pantang diajak kawan, maka orang Melayu akan terjun beramai-ramai ke dalam mana-mana juga skim cepat kaya. Orang Melayu sanggup jual sawah untuk menjaga air muka demi persahabatan. Dan orang Melayu juga akan mempertahankan kawannya membabi-buta walaupun kawannya memang tersalah mempromosi skim cepat kaya.

3. Orang Melayu suka pada jenama "jutawan". Jutawan adalah satu impian terindah yang membolehkan seseorang hidup senang dan meninggalkan kesusahan hidup. Menurut kawan ini, apa saja skim yang menggunakan perkataan "jutawan" dalam kempen mereka contohnya, "Jutawan Senyap!", "Rahsia Jutawan Internet!", "Jadi Jutawan Segera!" - dengan mudah menangkap perhatian orang-orang Melayu. Hampir separuh dari usaha untuk convince kan orang-orang seperti ini telah berjaya hanya dengan menggunakan perkataan "jutawan" oleh kerana begitu berpengaruhnya perkataan keramat itu dalam hidup orang Melayu.

4. Orang Melayu suka pada duit mudah. Apa sahaja skim, sekiranya tidak memerlukan seseorang itu bekerja tetapi boleh menghasilkan wang maka ia akan berjaya memenangi hati orang-orang Melayu. Contohnya, skim yang memerlukan seseorang mencari 2 orang ahli baru, yang mana mereka ini pula perlu mencari 2 orang lain - dan seterusnya. Ini adalah makanan orang-orang Melayu. Mencari pair kiri dan kanan adalah kegemaran mereka. Kalau pun tidak kerana pair, komisen pun jadilah.

Untuk rekod, kawan ini berbangsa Melayu, begitu juga dengan kami. Bukan bertujuan menghina, tapi ini adalah hakikat yang perlu segera ditangani. Kami sayang bangsa kami.

"Belia Benci Scam"

Image Hosted by ImageShack.us

No comments: