Friday, July 25, 2008

Dilema Melayu - Rakus & Malas Bekerja

"Kamu akan jadi jutawan dalam masa tak sampai setahun jika dibayar RM1 setiap kali terlihat iklan skim cepat kaya, surat berantai minta sedekah atau iklan jualan ebooks di Malaysia!"

Ha ha ha! Bunyinya agak kelakar tetapi itulah yang akan terjadi jika memang betul anda dibayar RM1 setiap kali terpandang iklan "Buat Duit dalam Masa Sejam", "RM10,000 Sebulan Tanpa Buat Apa-Apa", "Buat Duit Dengan Goyang Kaki" dan pelbagai variasi kata-kata iklan dari Melayu pemalas.

Paling banyak iklan seperti ini muncul di laman carian seperti Google atau Yahoo! Usah dikira banyaknya iklan seperti ini di laman-laman berbahasa Melayu seperti blog atau forum diskusi online. Kenapa? Kita marah bila Melayu dicop malas dan mudah lupa. Tapi hakikatnya memang iya pemalas! Tan Sri Lim Goh Tong tak jadi kaya dengan jual ebooks. Ananda Krishnan pun tidak join surat berantai minta sedekah untuk jadi kaya. Kenapa Melayu terus-menerus jadi tak malu?

Lihat di sini...

Senarai laman ini kami gugurkan dari artikel ini bagi menghormati perbezaan pendapat dan kebebasan untuk berkarya.


ada nampak muka bukan Melayu? Hakikatnya Melayu terus lalai dengan skim cepat kaya, ebooks, surat berantai dan berangan nak jadi kaya - bangsa lain bekerja bersungguh-sungguh dalam bidang masing-masing dan keluar mengundi wakil calon bangsa mereka dan menghantar calon bangsa mereka ke parlimen untuk memerintah negara ini.

Melayu nak jadi apa? Ketuanan Melayu? Tuan kat mana? Dalam mimpi pun Melayu tak jadi Tuan lah.


Melayu dalam keadaan lemah ...... sebab apa?

Politik: Melayu lemah, tidak bersatu dan saling mencurigai.

Akademik: walaupun dibiayai oleh kerajaan, Melayu tetap lemah, remaja lelaki di universiti bertukar jadi Mat Rempit dan remaja perempuan jadi Minah Rempit.

Ekonomi: cuba bilang kedai-kedai yang dimiliki oleh Melayu di kawasan anda, berapa peratus jika dibandingkan dengan bangsa lain?


Internet/ICT: Melayu tak habis-habis jual ebooks sedangkan bangsa lain jadi pembekal komputer, pembekal sistem dan mengawal harga barang-barang.... arghhh.... Melayu nak jadi apa?


Kenapa kami benci skim cepat kaya? Sebab ia menzalimi mereka yang tidak mengetahui.

Kenapa kami benci surat berantai minta sedekah? Sebab ia mempergunakan agama untuk menipu.

Kenapa kami benci jualan ebooks? Sebab authornya bukan nak sebarkan ilmu, tapi nak perkudakan orang lain untuk dapatkan lebih banyak sales & RM.

Maaf, entry ini agak beremosi..sebab kami sayang bangsa kami Melayu. Tulus ikhlas.

"Belia Benci Scam"

10 comments:

Awas !!! said...

Kau Jangan salahkan melayu, Mat Salleh pun jual ebook, cina pun jual ebook, india je yg aku tak nampak lagi jual ebook.

Mat Salleh tu pemalas ke jual ebook?

Kau tak suka membaca ke? ko cakap macam ni?

Jual ebook macam jual buku jugaklah, berlambak buku kat kedai buku tu bukan semuanya berkualiti, terpulang kpd kita lah nak pilih beli ke tak nak beli, sape ada paksa.

Samalah jual ebook ni, ada yg berkualiti, ada juga yg tak berkualiti, jangan krn di jual online ko cakap semua sampah.

Kalau melayu pemalas, mat salleh, cina dll tu lagi 10 kali pemalas drpd Bangsa Ko Sendiri, ataupun ko ni menyamar je jadi melayu, wakakaka...

Tube said...

Memang..Melayu Memnag Pemalas..Tetapi Melayu Macam Ngko Ler Pemalas.. Malas Nak Cari Ilmu Sebanyak Mungkin Sebelum Tulis Artikel Ngko.

Jual Ebook Sama Macam Jual Buku.. Buku Ada Banyak Jenis.. Kalau Ngko Baca Mangga Memang Ler Takde Kualiti...

Boleh Tak Ngko Ajor Aku Teknik Buat Blog Yang Cantik, Teknik SEO, Video Marketing yang rata-ratanya Orang Putih Dah Tere.. Tapi Aku Nak Ilmu Tu Dalam Writing Tanpa Sebarang Bayaran.. Engko Mampu Buat Tak?

GWorKTeaM said...

Bengap punye penulis blog..pegi mampos la...ko ke yang dilema tu... nth2 ko yang kena tipu..sedap2 tuduh orang lain... ko memang bengap. bodoh.. buta it.....tengok blog je dah tau.... nasib baik tulis mungkin scam... kalu scam aku terajang ko.. memang la ada menipu wangmatrix.com tapi rahsia10k.com aku rasa xtipu.. ko xpercaya...ko try ajak jumpa dia.. mesti dia bagi penumbuk padu sbab dia berani kerana benar...dia memang otai internet...memang pengalaman dia..blogger malaysia akuinya.... macam wangmatrix..tu memang scam... kalau ko conctact admin dia pown..aku rasa cabut lari....

Awas !!! said...

Ok lah, aku tahu niat ko ni baik, tapi
'jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga'

Alone Skins said...

sebenarnya bro, dalam hidup perlu bersabar, walau macam mana ko kena tipu... ko tetap engkau... kalau ko kata orang melayu macam ini... macam itu tak da guna... mana ada orang nak berubah...

mungkin juga bro salah paham... apa itu jual ebook, dan apa itu perniagaan internet.. dan apa itu perkhidmatan internet...

ketiga-tiga boleh buat duit... tapi kena rajin... ya, bro kena rajin buat research... kajian terlebih dahulu... apabila terdesak baru lah buat survey... survey untuk ingin meminta bantuan orang lain atau tak (maknanya bahan rujukan yang telah disediakan orang yang terdahulu)

ingat setiap langkah atau perjalanan hidup bro adalah ilmu... mungkin bro tak dapat duit tapi bro dapat ilmu... so bersabar lah...

sabar... aku dah banyak kali kena.. tapi aku tak berhak nak jatuhkan hukum... dan hukum bukan di tangan aku... aku serahkan itu lah kejadian tuhan di mana di dalam rukun iman awal-awal ada menyebutkan percaya kepada qada' dan qadar.... renung-renungkan yer...

tapi bagus post bro... tulus :)

Weight Loss Diets said...

pemalas sajer buka citer panas
sebab nak kan trafik tinggi.

ha..ha..ha...

Tolol punya blogger :)

DauS said...

bro, kaji dalam2 dlu, baru boleh bg komen. jgn terus condemn org2 kita yang jual ebook. halal kan? kalau halal, sah, tu pn nak condemn. aku setuju ngn weight loss

STudeNt CLaNz said...

tuan tanah kurang ilmu

~StUdEnT SeMpOi~ said...

ops lagi satu
ko ni keje ape?hebat sgt ke smpi nk ckp melayu pemalas?

mcm xde akal je taip ni
isk grm lak aku org cam ko
mmg ko y scam
bkn org len

As-Syazuli said...

Assalamualaikum..

Wassini (Nasihati Aku)

Usahalah menuding jari satu sama lain. A pertikai B tak sempurna tak ada kaki kanan.. B pertikai A tak ada kaki kiri.. Jika bersatu bukankah saling lengkap melengkapi..

Allah cipta manusia yang sama warna rambut, tetapi hati lain-lain untuk kamu saling mengenali. Apatah lagi warna rambut lain? =D

Bersatulah bangsaku,kerana kita sebangsa..Malah seagama.Bukankah Islam Itu bersaudara?