Wednesday, December 17, 2008

3 koperasi diserbu - tahniah Datuk Noh Omar

Tepuk tangan, ucap tahniah kepada menteri kita dulu, Datuk Nok Omar.


3 koperasi skim cepat kaya diserbu

PUTRAJAYA 17 Dis. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.

Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut.

''Ketiga-tiga koperasi yang mempunyai ahli dan pelabur lebih 5,000 orang itu telah menjalankan pelaburan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan. lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus atas modal pelaburan.

''Berdasarkan siasatan awal, mereka menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur yang antaranya mendakwa melaksanakan projek pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna," katanya selepas menyaksikan Majlis Penyempurnaan Kerjasama Antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.


Ini membuktikan pegawai dan kakitangan kerajaan yang dibayar gajinya oleh pembayar cukai telah menjalankan tugas mereka. Harap Datuk Noh terus komited dengan kerjanya, dan cari lagi koperas-koperasi jahanam yang mudah sangat diperalatkan oleh pihak ketiga dalam mempromosikan 'peluang pelaburan' masing-masing. Nak buat koperasi tak susah, tetapi macam mana nak survive itu yang lebih penting. Sebab itu ramai orang atas kat koperasi suka ambil jalan mudah dan melibatkan diri mereka dengan skim cepat kaya. Kalau bodoh sekalipun, cubalah bertanya pada yang pandai.

Mungkin menteri Koperasi berminat untuk menyelidiki urusan-urusan koperasi seperti di bawah (maaf koperasi ini belum scam, akan tetapi kemungkinannya ada):

Koperasi Jurukur Tanah Nerhad - KOJUTA
pulangan 54% setahun
http://www.kojuta.com/

Koperasi Dinamik Malaysia Berhad - KOPEDIK
pulangan 120% setahun
http://www.kopedik.com.my/

Koperasi Kinta Barat Berhad - KKMB
pulangan 36% setahun
http://www.freewebs.com/kkbbipoh/

Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad - KOPRAHA
pulangan 15% setahun
http://www.kopraha.com.my/index-3.html

Kalau tak salah dari segi operasi sekalipun, mereka ini tetap salah dari segi cara mempromosi dan memberi misleading info seperti peratusan pulangan dan sebagainya. Ada koperasi yang buat laman web saling tak tumpah rupanya seperti laman web pelaburan haram. Kalau tak percaya cuba tanya SC atau BNM, boleh ke nak publish peratusan hasil pelaburan yang belum pasti? Jangan temberang!

"Belia Benci Scam"

5 comments:

Hafzan said...

waaa bagus la blog ni.. banyak info yang berguna.. keep me aware of all those scams.. thanks anyway for all the info.. keep it up!

STudeNt CLaNz said...

hahhaah

bgs2
tp kn better ko ltk sume mlm n biz kt msia mgkin scam

sbb mungkin kn
hahahahahaha

HEN said...

PELUANG PELABURAN OLEH GECS
Ad Posted: Wednesday, January 21, 2009
Ad Expire: Saturday, January 31, 2009
User Information:

Posted by: abdul88
Mobile Phone: +60192763685
Yahoo Messenger ID: gecs2u
User Location: selangor
User Web Site: http://www.saxomarkets.com.sg

Ad Information:


Ad Description:
GECS LIMITED Singapura menawarkan peluang pelaburan dalam bidang FOREX .( Authorized IB Of Saxo Capital Market
Singapore)
PELABURAN MINIMA RM 10,000
PULANGAN 10% - 15% SEBULAN
PERJANJIAN SETAHUN

Berminat sila hubungi saya .

p/s : bukan pelaburan internet .
risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing - masing .

yatie said...

Memang betul, saya dah terkena dengan satu koperasi ni. Tak tahulah camana dengan duit saya tu..jangan lah aruah tanpa kubur...sedihnyeee. Alim Ulama tolong la kami ni...

www.atiqahumaira.com

Khazin @Scomi Rawang said...

PEH!!

nasib baik aku cek kat internet dulu..

baru tadi org kopedik call..nasib baik aku x layan..kalo x jd mangsa!!