Thursday, May 7, 2009

Tun M Kata Forex Itu Judi

Tun Mahathir menyifatkan foreign exchange (FOREX) atau currency trading sebagai gambling (berjudi). Ikuti artikel penuh di sini.

Quote:

The trade in currency is not in order to finance business or trade. It is for gambling on the appreciation or depression of the particular currency. Either way the bettor (trader) would make a profit.


Maknanya seseorang trader dalam FOREX sebenarnya bertaruh samada kadar tukaran matawang tertentu menaik atau menurun berbanding matawang satu lagi.

Tetapi ini mungkin pada persepsi masing-masing. Ada orang berkata saya membeli matawang A dan menjual matawang B.

Tapi bukan itu yang kami nak tuliskan. Terpulanglah masing-masing samada benar judi, harus, halal.

Kami cuma nak laporkan KEMUNGKINAN so-called forex traders di Malaysia (internet-based) ini sebenarnya selama ini hanya bermain forex dalam sangkar imaginasi. Tipah tertipu. Ramai FOREX traders yang mengaku guru/sifu sekalipun, sebenarnya bermain-main dalam 'pool' yang dicipta oleh so-called brokers. Pool ini hanyalah refleksi dari pasaran FOREX sebenar.

Pernah terfikir kenapa beria benar broker-broker FOREX datang ke Malaysia? Di laman web mereka pula khas ada alih bahasa Melayu/Indonesia.. di online forum mereka pula ada ruang khusus untuk trader dari Malaysia. Kenapa begitu istimewa orang Malaysia pada pandangan so-called brokers ini?

Cuba lihat aliran trafik ke laman web broker, dari mana datangnya trafik yang tinggi kalau bukan dari Malaysia? Ini menunjukkan sikap berani mati tak mati orang Malaysia. Kita suka menipu, dan mudah juga tertipu.

Trader perlu faham, selama ini mereka tidak berFOREX dengan pasaran, tetapi berlawan dengan broker. Keburukannya, broker boleh menentukan seramai mana boleh untung, seramai mana perlu rugi dalam satu-satu masa.

Tetapi dari sudut positif, seteruk-teruk FOREX-i (FOREX imaginasi), teruk lagi skim cepat kaya. Sebabnya trader tidak perlu melobi saudara mara dan rakan taulan untuk turut sama terlibat untuk sesen dua komisen.

Cuma yang penting perlu diingat wang anda dengan broker mungkin tidak berapa selamat seperti yang difikirkan. Seperkara lagi, sepertimana kata Tun M tentang gambling dalam currency trading, FOREX-i lebih tidak jelas tentang sumber rezekinya kerana melibatkan gambling dalam gambling.

"Belia Benci Scam"

8 comments:

Miqdad Al Aswad said...

Berkenaan Forex, banyak diskusi berkaitan isu halal haram berlangsung tentang forex ni..

So, elok jauhkanlah kalau untuk jadikan punca rezeki..

Mrkolumpo said...

salam saudara...
saya dalam dilemma...
minta tolong saudara siasat dan kupaskan kepada saya secara detail yg mungkin tentang hai-o.saya sudah pun buat loan 21k cuma masih tak hand over lagi duit tu pada bakal upline (kawan baik saya yg boleh dipercayai dan dia beberapa kali pernah membantu saya sebelum dia masuk hai-o lagi)
saya terdetik untuk menjadi berta hati naks erahkan 21k nih kepada dia..dan terpaksa memikul menjual water filter 10 bijik dan menjaja kepada org untuk membuat loan 21k..harap boleh bantu saya....saya dah follow blog saudara dari blog saya dan harap saudara boleh tolong saya buat keputusan samada teruskan melabur dalam hai-o dan berhutang atau dapat 21k cube buat bisnes lain dan berkemungkinan akan hilang kawan...minta tlg saudara suggestkan pada saya apa jenis perniagaan yang boleh dipercayai dan menguntungkan..saya bukan nak jadi kaya raya sgt..cuma niat nak hidup suatu hari annti bebas dari segala hutang piutang..i want to be a free man bro...this world suck

Unknown said...

tuan tanah,

takde ke cter pasal uptrend?
raja segala scam yg menjual plan?

Anonymous said...

mrkolumpo,
rasanya baik tuan beli emas daripada invest dalam hai-o. sekadar pandangan peribadi saya.

ownz said...

Fuyyo Mrkolumpo.. byk tu.. kalau nko rasa nko mampu buat silakan.. kalau aku ada duit byk tu aku masukkan kat akuan asb pastu buat overdraft. & duit overdraft tu beli emas mcm blogresepi kata tu.. masyuk bro..!

_killer_ said...

beli emas kena zakat..jgn lupa..

Unknown said...

ohh...
forex tu judi..
mcm mane nak mainforex tu?
saye dengar orang main forex rugi je kejenye.
Tapi bagi pendapat saye skangni,orang melayu yang beragama islam (kalo bukan islam tu saye tak tau la) DAH TAK PEDULI HALAL HARAM.
Judi tu haramla kan?
hehehe

Yose Suparto said...

Gebyar merdeka | 74 tahun Indonesia Merdeka
Menuju Indonesia Unggul
Trading Forex Online Terpercaya
Dapatkan Bonus Deposit 17% dari minimal Deposit 50.000
Dapatkan Bonus deposit awal 10%
Anda bisa Trading bersama kami
Kunjungi website kami www.detiktrade.com
Jika membutuhkan bantuan hubungi kami melalui :
WA : 087752543745