Tuesday, April 14, 2009

Jutawan Ceramic - Tetap HYIP

Artikel ini hanyalah susulan dari artikel asal kami di sini tentang Jutawan Ceramic. Kami menerima beberapa komen yang agak membina. Tetapi malangnya ramai lagi yang tak sedar-sedar.

Beberapa perkara yang masih menjadi bahan salah faham:

1. Syarikat besar, takkan nak scam.

Sebenarnya syarikat menjadi besar hasil dari usahasama orang-orang yang turut sama mempromosi skim ini. Oleh kerana tarikan dan pulangan yang besar, cepatlah syarikat ini naik jadi besar. Tetapi apa yang orang tidak faham ialah semakin besar syarikat itu, semakin besar liabiliti yang ia bawa untuk membayar lebih ramai pelabur.

2. Syarikat ada produk, kenapa pula scam.

Produk itu hanyalah gimik atau silap mata sahaja. Ianya untuk menutup modus operandi pengambilan deposit. Takkan tak faham-faham.

3. Syarikat masih membayar, apa masalahnya.

Memang tidak ada masalah bagi kamu. Tetapi orang lain nanti yang akan menanggung rugi. Nak ke kamu makan duit orang lain?

4. Syarikat dapat banyak award.

Award tu bukan lah kriteria penting sangat. Siapa-siapa yang pandai berlakon memang boleh dapat award. So syarikat pun mesti pandai berlakon juga kan. Ada silap mata. Ada magik. So dapat award, apa nak heran?

5. Aku punya duit, aku punya suka.

Bagus kalau semua orang macam tu. Masalahnya lebih ramai lagi yang suka promote untuk dapatkan komisen. Sedar tak oleh kerana kau pergi promote, pakcik makcik yang tak tahu apa pun boleh terjerumus sama. Yang rugi nanti diorang ni lah. Kau tak rugi sebab dah kenyang dapat komisen.

6. Kalau scam kenapa BNM atau SC tak ambil tindakan.

Kita kena faham diorang ni agensi kerajaan, jadi perlu buat kajian sebelum tindakan diambil. Kerajaan tak boleh terburu-buru, nanti semuanya tak jadi. Lagipun si syarikat ni memang auta dan pandai putar-belit undang-undang untuk kesenangan mereka. Contohnya, undang-undang kata tak boleh ambil deposit haram, dia buat lah konsep "jualan semula ceramic". Ada resit..ada produk maa...mana ada ambil deposit???? Itulah auta namanya. Jadi benda-benda macam ni melambatkan tindakan kerajaan. Oleh sebab itu kami buat blog ini untuk bantu kerajaan dan bantu orang-orang Melayu dari terus menjadi mangsa dan diperkudakan oleh bangsa lain. Kalau kamu nak bantu juga, tolong sebarkan. Paling bodoh pun, cukuplah jangan promote pada orang lain ok?


"Belia Benci Scam"

5 comments:

Petua Ringkas said...

Sebelum saudara memberi komen lebih jauh, saya ingin bertanya kepada saudara, apakah saudara sangat berjaya dalam hidup? memiliki simpanan yang banyak? memiliki perniagaan yang stabil? jika jawapan saudara ya kepada pertanyaan saya tadi, tahniah diucapkan.

Bagi pendapat saya, scam, mlm, skim cepat kaya ini sebenarnya terpulang kepada perspektif seseorang individu itu. Jika dibandingkan dengan pegangan saham, atau seseorang yang terlibat dengan saham, risikonya tetap sama. Yang berduit keluarkan duit, dibayar kepada remiser untuk menguruskan, si remiser mendapat sedikit upah dari wang yang dilaburkan dan seterusnya remiser yang menjalankan urusniaga dan pelabur hanya menunggu keuntungan (jika ditakdirkan sahamnya untung).

Bukan sahaja masyarakat melayu yang terlibat, malah mayarakat satu dunia juga terlibat dengan aktiviti ini. Jangan la saudara terlalu negatif kepada kaum sendiri, sesungguhnya mereka berusaha menaik tarafkan hidup mereka dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi dari apa yang mereka miliki sekarang. Saya yakin ada dikalangan mereka yang menjalankan aktiviti ini secara "part time", mengumpul modal untuk kegunaan masa akan datang. Mungkin bisnes barangkali. Semua orang mengimpikan perniagaan sendiri tanpa perlu bekerja dibawah orang.

Bagi pendapat saudara tentang masyarakat cina tidak terlibat dengan skim ini. Saya sangkal sama sekali pendapat saudara. Mungkin saudara tidak terbaca di akhbar berapa banyak kaum cina yang tertipu dengan panggilan palsu dan akhirnya mengorbankan puluhan ribu duit mereka. Untuk apakah duit yang dibayar tersebut?untuk pulangan yang besar yang dijanjikan kan? kononnya mereka dijanjikan dengan hadiah bernilai ratusan ribu ringgit. terpengaruh juga mereka kan? Jadi pada pendapat saya tidak salah jika saudara berfikiran tidak menyokong MLM atau skim cepat kaya ini, itu pendapat individu yang patut saya hormati. Tapi saya minta dengan saudara untuk tidak menghina kaum sendiri, serta berfikiran rasional dan toleransi dengan yang lain. Tidak perlu suarakan pendapat dengan caci maki dan perkataan kasar. Sesungguhnya manusia yang banyak berbunyi adalah seperti tong kosong. Hanya tahu bercakap tetapi tidak berilmu. Renungkan la kata-kata itu.

HTM a.k.a. whiztech said...

Saya sokong pandangan penulis.. pada pendapat peribadi saya.. sekalipun produk ceramik tersebut benar2 wujud.. tapi sampai bila syarikat mampu jual semua produk ceramic tersebut.. semakin ramai yang masuk produk ni, semakin banyak ceramic yang dibeli oleh syarikat.. atau.. adakah pasaran ceramic mempunyai peminat tersendiri yang tidak terhad? setiap bisnes mempunyai risiko, termasuklah pegangan saham.. beringat sebelum kena..

edy said...

segala apa yg terjadi di dunia ini adalah kehendak daripada Allah swt. kita hanya insan yg hanya menurut perintah,tidak adil sekiranya kita menjatuhkan sesama manusia,sebaliknya kita harus manilai diri kita dari pandangan orang lain.semoga kita sama2 tingkatkan muhasabah diri kita sendiri terlebih dahulu,sekian kpd penulis blog scam.salam

zulhasdira said...

owner blog mungkin scam,
saya baru je join bisnis ni, untuk pengetahuan saudara saya dah banyak kali jatuh dengan mlm dan perniagaan e com. saya masih membuat jualan biz trading biasa. beli produk jual kepada org.
tapi org malaysia banyak songeh dengan produk produk . maklum lah produk bukan depan mata.tanya ni tanya tu.
Jadi saya bersemangat join ceramic ni.blog blog macam saudara ni lah yang menjatuh kan semangat saya.
Kawan saya telah tunjuk kan penyata ac dia , yang terbaru dia dapat rm28k.
Kawan saya ni dulu seorang yang susah.dihina oleh org , keluarga dan keluarga mertua sebab miskin.
Jadi tengok sekarang dia dah dibangga dan dihormati oleh masyarakat sebab duit yang dia dapat dibayar nya zakat perniagaan.
dia bukannya menipu tapi berkerja keras untuk promosi ceramic.

Itulah sebab nya saya pun mengikut jejak beliau.

Saya nak berusaha untuk mewah bukan nak jadi jutawan, tapi mewah sedikit.
boleh kumpul duit untuk hantar mak ayah gi haji. kita boleh gi haji.saya x pernah ada simpanan langsung untuk gi haji.

kalau niaga biasa kena ada modal yang banyak.nak dapat modal ingat senang ke loan nak approved.

Jadi hanya dengan rm900 , saya boleh mengecapi segala kemewahan nak saya idamkan selama ni.

oleh itu harap saudara lebihkan kepujian atau sokongan atau carisatu perniagaan yang boleh membantu org org seperti saya dan kawan saya tu.
kalau dah jumpa tulis dalam blog kenapa perniagaan ni bagus.

kan lebih berfaedah , saya rasa ramai akan surf awak punya blog.

Ok lah saya akan tetap mencuba dgn bisni ceramic ni.doa doa kan lah ye.
BYE. email: zulfikar.zakaria@gmail.com

envo_department said...

@Zulhasdira:

Bagi saya memang betul yg kawan awak boleh menjadi kaya dengan mempromosi / jadi agen kepada program ni. Dan memang penulis sendiri telah menyatakan hal ni.

Dan saya yakin kalau saudara gigih mempromosi, bukan sahaja program ni malahan dengan program insurans pun sudah pasti saudara boleh menjana income.

Cuma masalahnya yg penulis cuba keutarakan di sini ialah untuk ahli di rantaian terbawah sekali.

Adakah mereka akan tetap mendapat income bulanan setelah balik modal? Buat masa ini saya tiada sebarang komen kerana kakak saya masih menerima komisen walaupun tanpa downline. Tidak tahu pula bagaimana akan jadi apabila sudah balik modal.

Dan saya yakin niat penulis blog ini bukanlah utk menjatuhkan org Melayu, tetapi lebih sebagai peringatan. Mungkin betul, dan mungkin tidak. Anda manusia, jadi guna akal utk compile apa yg baik dan apa yg buruk. Tepuk dada, tanya iman.

*PS: kononya komisen utk insurance pun tinggi jugak. Ada org yg boleh buat steady income RM5000 sebulan. Cubalah nasib, entah2 berjaya.

@Petua ringkas:

Tidak semestinya mereka yg boleh memberi nasihat perlu berjaya. Kadang kala ramai yg memberi nasihat kerana gagal dalam hidup dan tdk mahu org lain menerima nasib yg sama.