Monday, June 2, 2008

Jutawan Ceramic - HYIP Yang Di Legalkan

Image Hosted by ImageShack.us

Membaca pelan pemasaran Jutawan Ceramic di laman webnya, hati begitu sedih mengenangkan betapa orang ramai terus dipermainkan oleh penyangak-penyangak siang hari ini. Lebih menyedihkan lagi, kawan-kawan kita begitu bangga terpampangnya muka mereka di laman web Jutawan Ceramic sambil memegang cek hasil 'kerja' mereka. Kononnya operasi mereka dari Cheras oleh Asia Ceramic Sales & Marketing Sdn Bhd.

Artikel ini kami tulis dengan niat untuk membantu. Tiada niat untuk menjatuhkan barang siapa sekalipun.

Contoh pelan ditawarkan adalah seperti di bawah:

Pelan 1: Anda beli produk A (Tea Set) pada harga RM900 dan syarikat menjualkan untuk anda sebanyak RM1,000. Untung RM100.

Pelan 2: Anda beli produk B (Dinner Set) pada harga RM1,800 dan syarikat jualkan pada harga RM2,000. Untung RM200.

Bayaran dibuat secara post-dated cek sebanyak 2 kali dalam masa 2 bulan.

Bagi pembaca yang ingin mengerti apa yang kami cuba sampaikan. Baca dan kemudian pejamkan mata, tanya pada hati. Lupakan pasal produk tea set atau dinner set. Bayangkan satu laman web HYIP menawarkan 2 pelan deposit, pelan pertama memerlukan deposit sebanyak RM900 dan anda dibayar RM500 bulan pertama, dan RM500 lagi bulan kedua. Wah bagusnya. Boleh roll lagi duit ini dan compound sehingga jadi jutawan kan? Boleh juga recruit orang lain dan dapat komisen.

Fuck'em!

Adakah anda nampak persamaan HYIP dengan Jutawan Ceramic? Ada produk? Produk tidak ada gunanya kalau sekadar bayangan. Produk ceramic ini entah wujud secara fizikal entah tidak. Kalau ada pun sekadar untuk pertunjukan dan menghalalkan bisnes haram ini.

Beberapa isu untuk difikirkan bersama:

1. Beli barang, tetapi tidak ada barang. Akad nya macam mana?

2. Beli barang terus dapat post-dated cek. Macam tahu-tahu je barang tu boleh terjual bulan depan? Ini kira fixed return juga lah.

3. Kalau konsepnya jual beli barang, kenapa pelu ada multi-tier komisen? Fuck. Ini taktik sama untuk promosi bisnes haram.

Kami mencadangkan perkara berikut, sekiranya ketulenan bisnes ini ingin dibuktikan:

1. Tunjukkan bukti transaksi penjualan ceramic kepada orang ramai. Bukan penjualan kepada pelabur, tetapi penjualan kepada end-user (si pengguna barang). Apa yang kami syak, ceramic ini hanya dijual kepada A, kemudian ceramic yang dibeli oleh A dijual pula kepada B, kemudian dijual kepada C, D ... hingga lah infinity. Jutawan? Ini jutawan ponzi namanya.

2. Tunjukkan stok ceramic. Sepatutnya untuk setiap pelabur yang membeli, perlu ada satu fizikal aset ceramic di pegang oleh syarikat. Jika ada 10,000 pelabur, perlu ada 10,000 set. Jangan hanya virtual.

Walau apapun, syaitan bertopeng manusia boleh buktikan apa saja. Bukti yang tidak wujud, boleh diwujudkan. Anda perlu tanya hati anda sendiri adakah ini yang anda mahu, semoga kita semua dilindungi dari rezeki yang haram. Rezeki yang haram akan membutakan hati dan hati yang buta tidak akan tahu membezakan antara HYIP dan pelaburan yang halal.

Update setakat 15 April 2009
----------------------------
Kami akan jawab beberapa comment yang agak membina sahaja. Yang nak memaki hamun pun kami tak tapis, tulis saja apa yang kamu nak, biar pembaca lain tentukan keikhlasan kami. Esok atau lusa kamu akan tahu apa yang kami tulis ini untuk kebaikan, bukan untuk berdengki.

Daus,
Maaflah kami mencarut. Hati terlalu geram.
Tetapi kami nak jawab kamu punya dalil bahawa kalau company scam tak akan menang 3 award. Betul ke macam tu? Orang yang bagi award tu tahu ke apa benda yang company ni nak buat? Atau setakat dia tengok betapa pantasnya company melompat dari zero to hero? Hero sebab dapat collect banyak duit dalam tempoh singkat. Memanglah cepat, dengan bantuan orang-orang macam kamu ni lah. Sedar ke tak?

FBI,
Kamu dapat bayaran memanglah bagus, selamat duit modal. Samada hasilnya jelas atau tidak, itu terpulang antara kamu dengan Allah. Tetapi orang Melayu harus lari dari pemahaman bahawa asalkan syarikat bayar, maka ia tak scam. Bukan macam tu. Bayaran yang kamu dapat tu hasil dari duit orang lain yang baru masuk. At the end, ada seseorang yang akan tidak menerima bayaran, maka inilah dikatakan sebagai penzaliman.

Suffian Abdul Razak,
Kamu nampak macam pandai. Harap-harap memang betul kamu pandai. Kami nak quote sikit comment kamu:

Mengenai pembelian pakej Booster tersebut. Jika ACM mendapat 20,000 pembelian Pakej A yang bernilai Rm 18 juta, syarikat tidak perlu untuk mengunakan kesemua peruntukan tersebut untuk sesuatu produk sahaja. Ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pihak pengurusan Syarikat untuk mendapatkan produk-produk yang lain jugak yang mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Siapa kata jika kita membeli Pakej A, pihak Syarikat wajib mengunakan peruntukan tersebut untuk mendapatkan Tea Set tersebut sahaja???

Kami kata macam ni:
Kalau syarikat beli semula ceramic tu, semestinya ia perlu menjual kepada seseorang, sebab itu adalah apa yang diberitahu oleh syarikat. Jualan semula, betul tak? Jadi kalau syarikat beli semula sebanyak 20,000 set, maka semestinya syarikat jual semula 20,000 set. Itu baru dinamakan beli dan jual semula. Persoalannya, siapa yang beli semula ceramic yang telah dijual oleh pembeli asal itu??? Tak ada kan? Yang ada hanya pembeli baru dengan harga yang sama (dengan niat untuk jual semula kepada syarikat), dan dibeli semula oleh syarikat. Maka nampaklah di sini, sebenarnya penjualan semula itu tidak berlaku. Itu hanya gimik dan helah untuk menghalalkan cara mereka.
Jadi kat sini, kamu setuju kalau saya kata sebenarnya tidak berlaku sebarang jual-beli ceramic. Yang berlaku hanyalah pengambilan deposit. Yang mana pendeposit mengarapkan syarikat memberi pulangan lebih tinggi pada kadar yang telah ditetapkan (fixed return - tanya ustaz boleh ke tidak :)).

Kami juga terbaca komen seorang pelobi kuat ceramic ini berbunyi seperti berikut:

If you asked me where company got fund to paid RM100. The answer is easy thru selling the product to outside customer (that buy ceramic in bulk). Remember the keyword is cost of product. You cannot think like this, u buy tea set at RM900, sell back at RM1000. So how company profit right ? You must remember the cost of product itself and the price sell to bulk customer or non-distributor is not RM900. Remember that.

Ini yang kami nak komen:
If the company can afford to sell at RM1000 to the customers, why the company need you in this business? Why don't the company bypass you and sell ceramic at RM1000 and keep the all the profit? Why it needs you in place? Don't tell me company wanna do some charity jobs..or some more BSs like sharing profit Malaysians etc.

Kami mohon maaf di atas sebarang kekasaran bahasa. Tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda memejamkan mata dan membutakan hati. Fikir-fikirkan apa yang kami cuba sampaikan.


Update setakat 8 May 2009
----------------------------

Fauzul Amir,

Kami pernah berjumpa dengan ramai orang.. pegawai kerajaan, pengarah syarikat swasta, peguam, doktor, askar, polis, pelajar.. mereka ini bukanlah tidak bijak, orang intelek seperti Saudara juga... tetapi akhirnya masuk perangkap skim cepat kaya. Sekiranya orang-orang intelek seperti ini boleh terkeliru, mungkin juga orang MDEC seperti Sudara pun boleh terkeliru juga.

Kita keliru kerana pulangan yang ditawarkan cukup tinggi. Pernah dengar istilah 'kelabu mata' sebab duit?

Konsep francais seperti McD atau KFC, saya setuju tentang pembekal dan pembeli telah sedia wujud. Tetapi McD atau KFC ada consumer...iaitu orang yang membeli dan memakan ayam goreng.

Dalam kes Jutawan Ceramic ini, di mana consumer nya? Yang ada hanyalah pelabur (jika betul istilah itu kami pinjam dari Saudara) seperti Saudara. Pelabur beli ceramic dan jual semula kepada syarikat, dapat untung setiap bulan. Pelabur lain pun buat benda yang sama. Persoalannya...

1. Di mana consumer sebenar (yang membeli ceramic pada harga RM1,000/set untuk kegunaan harian mereka)?
2. Dari mana datangnya keuntungan yang Sudara perolehi?

Apa yang kami cuba sampaikan ialah... MUNGKIN keuntungan yang Sudara, isteri dan anak dapat setipa bulan itu, MUNGKIN bukannya datang dari keuntungan syarikat menjual ceramic kepada consumer, sebaliknya datang dari wang pelabur-pelabur lain yang melabur selepas Saudara? Jika ini yang berlaku, Sudara boleh beritahu kami jenis perniagaan apa yang memberi dividen dari wang pelabur yang baru kalau bukan sistem Ponzi?


----------------------------

Update terkini 23/7/09

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raid on Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies was conducted at the premise of the company in Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.

Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.

Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia's website ( www.bnm.gov.my ).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato' Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am - 5.00 pm)



Bank Negara Malaysia
23 July 2009


----------------------------

"Belia Benci Scam"

21 comments:

STudeNt CLaNz said...

ko bfore tulis kaji dlu camne flow die bro

jgn men redah je

ko tkt ek xdedahkn sape ko
hak2
tkt kne saman kot

Wang said...

Check out more info about this biz at http://moneygameceramic.blogspot.com/

~ Student Sempoi Study Smart ~ said...

ko sape wang
zaid ke
jmpe face to face r sng
ko dlm ni nmpk cam coward je

HTM a.k.a. whiztech said...

Dengar cerita diorang ni ade jugak bukak kedai macam 7e.. tak tahu lah betul ke tak..
tapi pada pendapat peribadi saya, saya rasa jutawan ceramic ni tidak boleh pergi jauh..
contoh...
modal syarikat membeli tea set tu adalah rm100..
di jual kepada pembeli (distributor) dengan harga rm900..
syarikat untung rm800..
syarikat beli balik dengan harga rm1000 (rugi rm200?)..
lepas tu syarikat nak jual balik dengan harga berapa? rm1100? (bukan distributor, distributor mungkin tidak akan beli balik)
confirm ke ade orang nak beli tea set tu? kalau confirm takpe lah.. kalau takde orang nak beli? tea set tu buang?
kalau syarikat tu baik hati nak bagi duit kepada pembeli melalui untung daripada kedai yang semacam 7e tu kenapa perlu bersusah payah membuat sistem sellback policy tu..
hanyalah sebuah pendapat peribadi..

~ Student Sempoi Study Smart ~ said...

bro htm
company akn pasarkn kepada sape2 je diorg ske
leh refer kt blog kami
http://galleryfaqcbc.blogspot.com
cmpny slow2 grow
tlg kaji dlu cara n knape syrkt leh bg untg

student; said...

jgn buat persepsi terburu-buru bro kalo xtau hujung pangkal citer..
tnye dan rujuk dgn org yg btul..
mai kite jumpe borak2 kalo ko btul2 ikhlas, kite sama2 bincang k.. ni contct ak, 0137977346

dino said...

kalu mcm mymode boleh caya la.. kredit reload jutaan orang demand ari2. x de downline pun bole buat side income.

ini ceramik murahan. konfem scam laa. 10 tahun br sekali kut org beli.

yang konfem... cari ramai2 downline makan duit diaorg.

rokoksalem said...

benda nie mmg scam...aku dh lali ngan benda2 mengarut2 nie....nasihat aku jgn pecaya benda nie...yg dh join cuba tanya pada hati kecil sendiri ada berdetik tak rasa sangsi...."clear ke tak cheque aku utk bulan depan"...kalu ade udah2 ler pujuk org baru utk join..dosa beb

http://rsfx.blogspot.com

Ceramic said...

lawak la ko ni rokoksalem
ko men bc sni
mmg trus bad impression

cube tnye sblh pihak lagi
aku da clear lame dah cek
ko xfhm knsep HTM,dino n rokoksalem

aku tau ko men forex rokoksalem
eh lari topik
tp ni bkn scam
ok

aku da bg link soal jwb lg

DauS said...

perlu ke mencarut2 dlm post tu?
ingt hebat sgt ke? mulut ade insuran?
butuh lu balik la.
kalau ni scam, xkan company bleh menang 3 AWARD la tolol. award bkn calang2 award beb. xkan la hakim dan penilai dari jawatankuasa award tu BODOH sgt nak bg award kat company yg scam.

fuck u back..

FBI said...

aku da join 7bulan da..
clear je cek aku..
walaupun blun jd jutawan, tp aku dapat gak side income bulan2..
aku rase org yg post ni dengki la dgn kejayaan ceramic..
taubat la wei..
baik ko kaji dlu selok belok company ni.. then sure ko pun nak join gak..hahaha

azakat said...

*br tgk website2 bizceramik ni.lagi satu skim pd pendapat sy tk lari dr konsep "money game"
psss...klu tk ada peserta br msk.peserta sedia ada bleh kekal tk dpt keuntunggan dgn hasil polisi beli balik syrkt?sy rs tk....

tea set rm900, dinner set rm1800?

*ntuk 1 tea set ceramik(17pcs)
bleh dpt dlm harga rm300 je

*ntuk 1 dinner set(37pcs)
bleh dpt dlm rm750.

*tiada risiko,keuntungan/pulangn ttp,..maaf ckp dh hampir kepada riba(atau mungkin dh jadi riba).Tapi dorang kata apa yg biz ni buat adalah halal berdasarakan bayaran tertangguh.maleh nk tulis panjang2 ni nk bg satu contoh mudah:
sebuah bank nk jual satu produk pelaburan kat org ramai.bank janji akan bg faedah ttp setiap belaburan yg di buat.org ramai tertarik pastu beli la produk ni.bank laburkan duit org ramai tu sama ada untung atau rugi bank ttp akan bayar dgn faedah yg dijanjikn.(ini dh kira riba).(barang ceramik ibarat produk yg bank jual tu la).

bg sy barang ceramik tu tk ubah seperti produk imun yg hanya untuk mengelirukan orang ramai.

*sefaham sy mendapat komisyen berdasrkan kepala ni berdosa.bleh rujuk kat laman web seorg ustaz(nm tk ingat).

miekof said...

korang semua nie dah dikabui oleh duit yang diumpan oleh ceramik, tak terjadi apa2 alhamdulillah la,kalo terjadi apa yang dicakapkan jangan mengelopong dan jgn sampai downline cari kat umah, pastu upline lari sbb takut nak bersemuka

gabra said...

Memang Melayu tak pandai business. Senang kena kelentong dan mudah taksub. Bila dah percaya sikit, apa saja orang nasihat memang tak masuk dah. Dorang ingat komen yang diberi ni membabi buta ke. Ingatlah sikit, dari pengalaman aku, majoriti yang memberi nasihat ni telah berpengalaman. Niat nak membantu dari lebih ramai tertipu.

Tapi dorang ni bodoh bodoh belaka. 'dia punya kapla besar batu ada dudo'. Memang bodoh sombong.

Suffian Abdul Razak's Blog said...

eeunzApa kata pegi ke HQ di Ampang...

Siasat sendiri ya, kemudian buat penilaian sendiri mengenai bagaimana ACM mampu untuk membayar bonus kepada ahli2 CBC.

Bidang perniagaan ACM tidak hanya tertakluk kepada produk2 ceramic sahaja. Syarikat juga telah membuat Francise Emart CBC yang boleh diusahakan oleh ahli2 CBC, perancangan untuk mewujudkan Taman Ceramic dan pelbagai lagi perusahaan yang lain.

Mengenai pembelian pakej Booster tersebut. Jika ACM mendapat 20,000 pembelian Pakej A yang bernilai Rm 18 juta, syarikat tidak perlu untuk mengunakan kesemua peruntukan tersebut untuk sesuatu produk sahaja. Ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pihak pengurusan Syarikat untuk mendapatkan produk-produk yang lain jugak yang mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Siapa kata jika kita membeli Pakej A, pihak Syarikat wajib mengunakan peruntukan tersebut untuk mendapatkan Tea Set tersebut sahaja???

Gunakan akal yang waras, kita berniaga. So produk yang mendapat pasaran yang tinggi adalah keutamaan kita. Kalau Syarikat nak wujudkan 1 Pakej untuk setiap sesuatu produk tersebut, berapa banyak pakej nak dipilih ni?

So fahami konsep perniagaan. Salam..

nalapambu said...

Kalau nak tau, berapa ketul kaum cina yang mahu percaya dan join "Jutawan Cereamic" ni?

Kaum cina memang 'bijak' mereka tidak mudah terpedaya - tetapi sebalik nya mereka mudah memperdaya - terutama nya orang2 melayu yang dungu dan hakaf.

Fauzul Amir Musa said...

assalamualaikum

Saya tertarik dengan komen yang mengatakan mymode boleh membuat seseorang tu jdi jutawan..Utk pengetahuan semua,
sistem perniagaan ceramic di cipta oleh org yang sama dengan pencipta my mode..selain dari itu, bagi saya pemilik blog ini mungkin agaknya menulis tanpa merujuk pada yang arif,ini kerana penganugerahan KERIS AWARD bgi SME adalah sgt teliti perinciannya.Saya telah berkhidmat denan MDEC sudah lebih dari sepuluh tahun dan mempunyai pengetahuan serba sedikit ttg penganugerahan dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, penulis juga tidak berani memaparkan identiti kerana mungkin khuatir jika ada isi-isinya yang ditulis bercanggah dengan kenyataan dan tindakan akan diambil ke atas beliau.Masakan seorang yang menggunakan blog percuma mampu membayar saman bernilai jutaan ringgit jika isi-isinya bercanggah?

Pernahkah penulis memahami konsep perniagaan yang diterapkan oleh Ceramic? Konsep perniagaan adalah konsep perniagaan Francais dimana pembekal dan pembeli telah sedia wujud.Sama sperti perniagaan McDonald, KFC, Pizza dan berbagai lagi.

Apa yang perlu hanyalah modal dari pelabur.Sebab itu, pelabur tidak perlu menjual brangan atau mencari downline untuk mendapatkn pulangan, sebaliknya bergantung pada jumlah pelaburan.

Sebagai contoh, saya membuka 3 akaun iaitu saya, isteri dan anak saya dengan pulangan asas adalah sebanyak 2100 setiap bln.setelah ditambah komisen, ianya hmpir mencecah 2700.Lebih dari setahun saya tidak pernah mencari org atau menjual brg.Dan saya hanya bercerita pada keluarga dan teman yang rapat shaja.

Akhir kata, jgn kaji sistem perniagaan jika anda sendiri hanya setaraf peniaga ABC, sebaliknya kaji pemilik, pengurus pemasaran dan cuba kenalpasti rekod mereka.Pergi saja pada kakitangan Maybank2u dan tanyalah kenalkah mereka pada Steven Wong..

Akhir kata, hanya org melayu sahaja yang akan menganjurkan skim yang dikategori sbgi 'scam'.Contohnya adalah Skim Pak Man telo, Dr jai networking dan Buluhmas.

hubungi saya untuk maklumat lanjut.IM saya sa_amirawanis@yahoo.com

Fauzul Amir Musa said...

Assalamualaikum saudara..
dari pemerhatian saya cara saudara bercakap adakalanya mempamerkan kelemahan diri sendiri...

Saya bukan nk komen atau nak mengulas apa yang saudara katakan..tp sekiranya benar saudara mahu membuktikan bahawa CERAMIC ASIA ada lam SCAM, sila hubungi saya secara peribadi atau pun melalui internet..

Yup...lagi satu, kalau boleh tinggalkan nama saudara..Saudara bercakap tentang konsep-konsep islam, melayu dan sebagainya..Jadi jika saudara rasa kenyataan saudara benar, Jangan takut..BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...Letakkan nama dan IM saudara sekiranya saudara tiada agenda tersembunyi..

Saya kurang berminat untuk berbicara atau berdiskusi dengan makhluk tanpa identiti..

Salam

gigojoey said...

Apa komen die hard fans CBC? Asia Ceramic Sd Bhd dah diserbu oleh Bank Negara

Zeri said...

macam mana dengan imam yong peng plak??xkan dia xtau benda ni haram ke halal??kalau haram kenapa dia join gak???

bromuslim90 said...

Yang penting janngan terpedaya dengan jutawan ceramic scam.Kenapa la mesti orang melayu yg senang kena tipu?