Dalam tafsiran sempit sesetengah 'guru' (atau mereka yang claim sebagai guru) pemasaran internet di Malaysia, mungkin jual beli ebooks adalah satu-satunya cara segera untuk menjadi kaya. Si 'guru' buat satu sales letter, publish di website, value add kan dengan beberapa ebooks (yang free atau berbayar), dan offer pembeli untuk menjual semula ebooks itu untuk mendapatkan keuntungan.
Persoalannya: di mana letaknya nilai penjualan itu? Pada ebooks atau pada 'peluang untuk menjual ebooks itu semula'. Dalam sebutan lain, adakah si penjual menjual buahnya yang di atas pokok yang masih belum masak? Itu tidak dibenarkan.
Anda jangan terpengaruh dengan kelibat anak muda yang berlagak pandai, ke sana ke sini bercakap tentang e-commerce dan online marketing - sedangkan apa yang dibuatnya sendiri hanyalah menjual ebooks! Itu sajakah pengertian e-commerce?
Sebenarnya perihal 'jual-beli' ebooks ini hanyalah versi Pak Pandir moden. Hal ini memperlihatkan sifat orang Melayu yang jelas malas bekerja, suka duit segera, dan haloba.
Pada suatu masa dahulu, Pak Pandir sedang duduk termenung di jendela rumah usangnya memikirkan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang secara mudah. Pak Pandir memang malas bekerja. Memang ada peluang untuk Pak Pandir bekerja kilang, atau menjawat jawatan budak pejabat, tapi.... leceh lah!
"Aku tak nak makan gaji, mana ada kelas.. sampai bila pun tak kaya!", kata Pak Pandir bila ditanya berkenaan hal itu. Hendak dikerjakan sawahnya di belakang rumah, rasa tak daya. Lagipun Pak Pandir tak biasa kerja berat.
"Aku mesti dapatkan formula ajaib untuk buat duit dengan cepat!", Pak Pandir berazam. Dia bertekad untuk tidak makan gaji, tidak bekerja berat, kalau boleh Pak Pandir hanya mahu kerja dari dalam kamar tidurnya sahaja.
Suatu hari Pak Pandir terbaca satu iklan di surat khabar.
"Kerja senang dari rumah. Pendapatan RM400-RM1,000 setiap minggu. Pengalaman tidak diperlukan. WAH!", hampir terkeluar biji mata Pak Pandir. Iklan itu dibaca berulang-kali, naik renyuk surat khabar itu dibuatnya.
Tanpa membuang masa Pak Pandir bergegas ke pejabat pos mini berdekatan kampungnya. Beliau tertib menyediakan wang pos RM50 dan sampul surat berstem dan berlamat sendiri dan dihantar ke alamat yang telah ditetapkan dalam iklan berkenaan. "Kali ini kayalah aku..", Pak Pandir tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.
Selang beberapa hari Pak Pandir menerima satu kiriman pos dari pihak pengiklan tempoh hari. Dalam kiriman itu Pak Pandir menemui beberapa helaian informasi tentang program pekerjaan itu, testimonial dari beberapa orang yang telah berjaya, dan beberapa potong hadis nabi tentang sumber pendapatan dari cabang perniagaan. Dikepilkan juga bagaimana Pak Pandir boleh memulakan kerja barunya. Amat senang. Timing sendiri, kerja dari rumah sendiri. Wah!
Mula-mula manual berkenaan meminta Pak Pandir mengiklankan bidang pekerjaan dari rumah lebih kurang apa yang pernah dibaca oleh Pak Pandir sebelum ini. Langkah kedua, apabila Pak Pandir menerima kiriman RM50 dan sampul surat berstem dari pembaca iklan, Pak Pandir hendaklah membuat salinan fotostat setiap helaian informasi yang diterimanya dan mengirimkan maklumat itu kepada mereka yang telah membayar RM50 itu tadi. Dengan cara itu, bolehlah mereka juga turut sama memulakan tugas baru mereka sama seperti mana apa yang Pak Pandir sedang lakukan. Jadi pendapatan Pak Pandir dan juga mereka yang lain itu bergantung kepada seramai mana mereka yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan mudah dan lumayan dari rumah ini. Fuh! Senang je Pak Pandir nak jadi kaya.
Tapi tu dulu! Itu zaman Pak Pandir, mana ada komputer, mana ada internet. Sekarang zaman ICT. Jika Pak Pandir hidup pada hari ini, nescaya 'guru' internet marketing yang ada di Malaysia hari ini pun tak boleh cari makan. Pak Pandir tak perlukan mesin fotostat, sebab Pak Pandir hanya perlu copy dan duplicate ebooks. Pak Pandir tak perlu ke pejabat pos mini, sebab Pak Pandir ada akaun email sendiri. Pak Pandir tak perlu gunakan wang pos, sebab Pak Pandir ada Maybank2u dan juga CIMBClicks. Pak Pandir bukan saja boleh iklankan di surat khabar, malah boleh iklankan di Google Adwords biar satu dunia boleh tahu tentang formula ajaib Pak Pandir mencipta wang mencurah-curah sekelip mata. Pak Pandir boleh gunakan digital image untuk testimonial atau print screen akaun Maybank2u beliau. Canggih! Tetapi ingat, walau secanggih mana pun - hadis nabi dan bahasa-bahasa Islam seperti sadaqah/jariah jangan dilupakan kerana orang Melayu memang suka pada ayat-ayat begitu.
"Inilah kuasa internet marketing!", mungkin itulah yang akan diteriakkan oleh Pak Pandir jika beliau hidup pada hari ini.
Tetapi Pak Pandir dah lama meninggal. Yang tinggal adalah cucu-cicit Pak Pandir yang masih menggunakan 'formula ajaib' peninggalan warisan itu yang telah di facelift kan dalam dunia internet. Semakin hari semakin subur dan semakin ramai pengikut-pengikut idea 'formula ajaib' Pak Pandir ini - jual ebooks, kau beli dan kau jual semula... ataupun... kau beli, kau refer orang untuk beli, aku kasi komisen kat kau sebab harga aku tu aku dah markup untuk komisen.
"Belia Benci Scam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya sangat tertarik dengan persoalan ini: "Di mana letaknya nilai penjualan itu? Pada ebooks atau pada peluang untuk menjual ebooks itu semula" ...
ko betul-betul membuka minda orang lah .. en anak pak pandir.....
Pada saya sebahagian yg kamu tulis ini ada benarnya.. dan sebahagian lagi tidak. Saya sokong pendapat kamu tentang pak pandir yg menjadi reseller menjual ebook yg niche tentang buat duit dan hype. Tapi bagi yg jual ebook reseller tentang techical part seperti cara nak bina blog.. cara nak install sript cara nak design website.. adalah bukan satu perbuatan jahat yg bodah. Tapi mengambil keuntungan dengan menjual product yg bermunafaaat
Post a Comment