Wednesday, July 9, 2008

Duit 10 Minit - Lagi Web Tiruan RichJerk

Sebenarnya web ini tidak layak untuk difikirkan langsung. Tetapi kami cukup menyampah dengan marketing style ala therichjerk yang cuba dipraktikkan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Melayu kaya ini.

Cadangan kami: jika anda terjumpa iklan Adsense bertajuk "Duit Dalam Masa 10 Minit" atau beralamat di www.duit10minit.com , terus saja mengklik iklan itu, TETAPI jangan anda bayar apa-apa atau percaya apa-apa cerita yang ditulis di situ.

Rasionalnya: Melayu ini sudah cukup kaya, jadi apa salahnya anda membuat sebanyak mana click yang termampu pada iklan itu kerana kos click itu akan ditanggung oleh Melayu yang kaya berkenaan.

Rasional yang lebih baik: anggaplah ini sebagai teguran kepada mereka yang berlagak kaya dan cuba menipu orang-orang Melayu dengan lagaknya untuk mengaut lebih banyak wang dari Melayu yang tertipu.

Tidak ada apa bagusnya kerja menjual ebooks. Menjual ebooks menghampiri perlakuan menipu. Rujuk cerita Pak Pandir jual ebooks.

Ingat, jangan percaya dan jangan keluarkan satu sen pun kepada www.duit10minit.com . Bukan dengki, tapi kami muak lihat sikap Melayu yang nak tipu Melayu.

"Belia Benci Scam"

17 comments:

Unknown said...

Mungkin Scam Je Belum tentu scam,
kalo dia betul2 ajar cara yang betul macamamana?

Ko pulak yang dikira SCAM..hehe

Amirul said...

Aku dah beli...memang terkena. Baik korang jangan beli. Caranya tak boleh pakai langsung, cakap jer ajar step by step tapi e-book nyer ajar yang pengetahuan umum jer...sampai aku pon tkontang kanting apa nak buat sebenanya.

Aku memang bengang dengan mamat mana nih. Kalau betul MELAYU, mesti ISLAM jugak kan. Celakalah bagi mereka yang MENIPU aku tuh.!

miss said...

Scam Scam Scam

Duit 10 minit SCAM

wildnara lya said...

hehe..raja ko mungkin belum terkena ataupun ko antara ahli2 scam2 ni yang byk dapat untung.. waalahualam. Manusia senang termakan dengan kata2 "duit express" , kalaula benar keadaan ini berlaku maka orang tak payah bekerja,lupakan sijil2 yang ade, join benda ni. tul tak. Tepuk dada tanya selera bak kata owner blog.

zyan said...

scam scam sam scamp samp sampah!!!

sape yang beli memang jenis yang nak kaya cepat tanpa berusaha...

reez73 said...

Assalamualaikum teman2!
Betul! bnyk ebook dlm pasaran dijual dengan lamanweb power & testimoni yg tah ye tidak. Saya terus terang bagitau, bukti pendapatan spt paypal/clickbank/maybank2u boleh dibuat menggunakan excel dsb!!! bukti cek juga boleh dibuat2! jadi berhati2 lah! Walaumacamnapun saya tak nafikan ada ebook melayu yg betul mmbantu saya (maaf xleh bgtau)jana income dgn affiliate marketing melalui clixbank & CommsnJunction. Saya doakan teman2 berjaya dlm biz internet!

http://gdi10dollarbiz.tripod.com

izuan14 said...

izuan14
bagaimana kita nak sedarkan mereka2 yang baru di arena internet?hidup melayu.....

The 101 Secrets Of ... said...

apa yang scamnya duit 10 minit tu, aku dah baca ebook tu kat scribd, memang betoi boleh buat ... hangpa yang tak reti kot? Jgn main tuduh org je weh ... tak baik. Tapi memang ada pun yg scam ...

TakumiBiz said...

aku dah agak dah..
janji janji manis tu..
bleh kasi aku tgk ape isinye?..
aku pun terkena jugak..
ebook pendapatan survey..
jangan sesekali beli buku nie..

Unknown said...

pada aku simple je..
if korang dapat satu cara nak kaya kaya, korang nak share ke?

tak takut ke if korang share, portion kekayaan korang tu tadi dah akan berkurangan?

so, aku mmg da tak percaya da dgn ebook2 yg kengkonon ada "RAHSIA" untuk kaya melalui internet ni.. charge kadang sampai RM50 padahal if beli buku kat MPH pun kurang dari harga tu.. if org yg buat ebook tu da kaya, buat apa dia nak susah2 buat ebook n nak jual?


if rajin, berlambak ebook ni org nak share kat forum2...

Rhonerlianz said...

Buku ini mungkin bagus untuk minoriti, tetapi bukan untuk majoriti. Sebenarnya, buku ini boleh didapati secara percuma, berlambak kat internet. Download jer, baca, kalau betul boleh buat duit, gunakan duit tersebut untuk bayar balik buku itu. Senang cerita, try dulu, bayar kemudian. Terus terang cakap, buku tersebut tidak sesuai untuk saya.

fiexa said...

mujur saya terbuka blog ni.
saya hampir2 tertipu juga dengan ape yg dikata dalam testimoni Duit 10 minit tu.

SR said...

salam.
Aku dah baca ebook tu. Sebenarnya program2 yg ditulis dalam ebook tu memang leh buat duit. Cuma penerangannya terlalu ringkas utk setiap program. Salah satu program tu aku dah join & mmg ada hasil. Yang lain2 belum join sbb tak tau cara lagi, sbb aku pun baru lagi dalam dunia IM ni. Masih dalam proses belajar.

Dien Jango said...

ebook duit10minit tu bleh download free jer kat cni..
http://www.scribd.com
Sape2 yg rase teruja nk bace tu download jer kat ctu..
:D

Unknown said...

betul...saya dah kena dgn web nie..katanya jamin plng blk wang...blk2 email mintak wang dikembalikan...dia tak bls...org kena nak kena sue ni...

Unknown said...

web duit 10 minit tu penipu...kpla otak abah dia... dijamin wang dkembalikan...takde pun...email nak mintak wang blk dia tak bls....siot btl..

Azreem said...

Registrant:
MataDuitan SB

,
Malaysia

Domain Name: DUIT10MINIT.COM
Created on: 18-Jun-08
Expires on: 18-Jun-10
Last Updated on: 12-Apr-09

Administrative Contact:
SB, MataDuitan
No 243A, Jalan PJS 5 Petaling Jaya Petaling Jaya Selangor,45000
,
Malaysia
Tel. +601.23446678

Technical Contact:
SB, MataDuitan
No 243A, Jalan PJS 5 Petaling Jaya Petaling Jaya Selangor,45000
,
Malaysia
Tel. +601.23446678

Domain servers in listed order:
NS993.HOSTGATOR.COM
NS994.HOSTGATOR.COM