Hati bercampur suka dan sayu tatkala mendengar laporan terkini di Buletin Utama TV3. Telinga jelas mendengar 2 syarikat pelaburan emas di atas telah diserbu oleh BNM. Berita ini masih panas dan tidak lagi terdapat di internet, MungkinScam mungkin laman pertama melaporkannya.
Kami suka kerana ...
1. Inilah hasil perjuangan kami. Kami tidak mahu masyarakat terus dibelenggu dan diperbodohkan dengan cara yang licik seperti ini.
2. Akhirnya pihak BNM bertindak. Biarpun agak "lembap" dan "slow" pada pandangan kami, tetapi langkah serbuan ini sangat dialukan dan dinantikan.
Kami sayu kerana ...
1. Mungkin ramainya antara kawan-kawan kami di luar sana yang terperangkap wang mereka? Walaupun ada emas fizikal yang boleh ditebus..tetapi adakah sama dengan harga semasa? Dapatkah menebus RM yang telah leburrr?
2. Walapun RM mungkin ditebus, tetapi dapatkah ditebus maruah diri dan perasaan bersalah pada rakan-rakan, teman sepejabat, orang kampung? Inilah krisis yang bakal dihadapi oleh ramai pelabur emas. Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan paling berat ini.
Kami tidak merayakan "kemenangan" dan mengharapkan "kegagalan" pelabur, sama sekali tidak. Apa yang kami tulis, apa yang kami merapu di sini adalah demi kebenaran dan keadilan.
Biarpun kami dihina dan dicerca di sini, tidak ada satu pun komen yang dipadamkan. Pembaca boleh menilai sekarang di mana letaknya kejujuran yang kami bawa. Ini bukan untuk menjatuhkan orang lain, jauh sekali untuk berdengki, tetapi kami menulis untuk mendidik masyarakat kami dari terus ditipu dan diperkudakan.
Rujuk artikel kami yang terdahulu tentang kisah Etika Jahat Emas Estet.
"Belia Benci Scam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
bro,
saya pon terkejut jugak tapi memang bertuah saya jumpa lama bro bulan lepas yang menunjukkan estet ini skim..terus tak jdi beli..
Bro,,
terima kasih banyak kerana perjuangan ini..ini dikira syahid dah ni.....Tq
p/s: bro rase berapa juta estet kutip??
Salam semua,
Jangan panik,jual beli emas ni dah lama.Kaum lain senyap2 buat duit.Ianya ada jual dan beli,yang masalahnya kalau labur tapi tak dapat emas.
Seperti those influential big boys bank atau amanah saham takut affected.Jadi mereka kacau selagi boleh.Kalau baca artikel di akhbar hanya suspected illegal deposit taking tetapi selagi ada jual dan beli(dapat emas) tak salah.Sila rujuk BNM regulations ada tertera kita layak beli,jual atau pinjamkan emas tanpa lesen pun,selain lesen perniagaan of course.Jadi atas pengaruh ni BNM terpaksa raid.Kalau di kaji mereka menipu dari segi kualiti emas awal lagi dah kene sebab emas boleh di value kesahihannya di hampir semua kedai emas atas ketulenannya.Sebenarnya methodnya sama je dengan membeli emas di Habib atau Poh Kong bila jual balik mereka ambil less 20% dari market price.Manakala 2.5% adalah diskaun yg diberi secara ansuran kerana beli dari wholesaler ada margin 20-25% manakala harga retail lain sila semak fgjam.gov.com semua harga retail dimalaysia mengikut yg tersebut.Oleh kerana harga emas selalunya naik dan stabil jangakamasa panjang syarikat punyai banyak emas yang boleh dijual dimana saja tambahan pula semasa mereka stok emas pada harga rendah.Biz ni praktikal cuma saya katakan tadi BIG BOYS tak senang hati dan cari alasan nak jatuhkan biar asset mereka tak affect,tetapi kita kena ingat bahawa kita kena pelbagaikan method perlaburan kita termasuk beli sedikit emas.Kalau anda ada 1juta tak akan nak beli emas 1 juta walaupun untung kerana mana nak simpan ?? berkilo2…risikonya hanya disitu.Dr Mahathir pun 2 tahun lepas saran suruh simpan emas.Banyak artikel fokus berkanaan emas di Internet. Skrg ni Kerajaan China paling banyak simpan emas n mengapa BNM pun ada jual emas.Jika kita beli dan dapat emas dah kira selamat tak salah di segi undang2 pun jika syarikat bagi rebate 2.5% melainkan syarikat yg hanya collect deposit hanya claim meniaga emas tapi emas tak dapat.Malah Bestino catat jualan melebihi 500m dan charge nyer kerana jual share cert.sebelum SC approved tetapi pembeli emas semuanya senyap2 dah untuk banyak bertahun2.Lagi besar risiko labur kat KOPERASI over a piece of paper kalu kantoi habuk pun tak de.LU PIKIR2 LAA..SENDIRI
joey -
gud xplaination...EEESB still under investigation...classic case - Walton kena raid bnm - now their bness mcm biasa jer..sb x ddapati bersalah..so EEESB i think no prob.... in msia , if u not using a bank instrument utk simpan duit or watever...bnm will go to u..all those fucking bank ni yg crap our money sebenarnya... bagi loan interest tinggi..bila mis instlament payment, dia bule amik harta kita sesuka hati.
jusr my 2 cents
thumbs up bakhtiar !!
..all those fucking bank ni yg crap our money sebenarnya... bagi loan interest tinggi..bila mis instlament payment, dia bule amik harta kita sesuka hati..
joey,
good joe,apa yg i nk tulis u dh tulis dulu..=)
huish..takut gak miss bayar loan kete nih..silap2 die anta along kasi potong aku punye ADIK..hehe
We're a gold dealer.
Anyone interested to buy pure cast 999.9 gold bar , pamp suisse brand ( our specialty brand ) 100 gm with certificate or other types of gold ,platinum custom order etc. etc. are welcome to contact us goldman999.9@hotmail.com.
Internationally recognised. Instant rebate off RM 1000 – 1500 for each bar compared to other dealers.
Simple as that and better than usual.
Best buy back offer.
Make a smart and secured purchase.
Post a Comment