Sebelum ini kami ada menulis tentang Persatuan Kebajikan Ekonomi Rakyat Kelantan, yang kami dimaklumkan sudah pun bungkus.
Dalam dok bungkus ada lagi timbul pusat kebajikan baru iaitu Persatuan Kebajikan Ekonomi Rakyat Pahang. Kes kebajikan di Perak belum selesai lagi. Agaknya satu Malaysia ni dia nak buat kebajikan, ye tak?
Kalau betul-betul nak buat kebajikan tidak ada siapa yang nak marah. Suka ada lah. Tetapi yang jadi masalah bila pemikiran orang Melayu tak boleh lepas dari konsep skim cepat kaya. Asalnya saja ada return tinggi, semua pulun, semua promote, apa yang orang lain cakap tu semua dengki, jangan dengar.
Bangunlah Melayu. Jangan sokong idea merapu macam ini. Tingkatkan kualiti diri, tingkatkan usaha sendiri. Baru duit mari. Jangan asyik bermimpi.
"Belia Benci Scam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment