Wednesday, July 22, 2009

Kenapa gomen suka kacau periuk nasi aku?

Kami banyak ternampak keluhan para pelabur skim cepat kaya. Kenapalah kerajaan suka sangat mengacau sumber rezeki mereka. Bila ada saja program yang baru nak menyinar, kerajaan cantas. BNM serbu. SC buat dakwaan. Macam-macam lah.

Kami buat sedikit kompilasi tentang "losers theory". Theory macam ini banyak digunakan oleh orang-orang kuat skim cepat kaya untuk memindahkan kesalahan mereka kepada kerajaan. Macam yang biasa di buatlah. Dalam apa-apa keadaan, kerajaan yang salah. Orang yang buat atau orang yang promote skim cepat kaya tak akan salah.

1. Kerajaan takut ASB tak laku.
Ini adalah alasan utama yang biasa di dengar apabila ada soalan bertanya kenapa kerajaan anti benar dengan program yang disertai oleh mereka.

2. Kerajaan takut duit mengalir ke negara luar.
Ini kalau forex yang dikacau itulah skema jawapannya.

3. Kerajaan dengki. Ada big brother dalam kerajaan yang takut MLM tradisional mereka tak laku.
Hohohohoho... alasan ni bikin panas. Orang Melayu memang suka dengar teori konspirasi.

4. Agensi kerajaan macam BNM dan SC tu "lapar", tidak disuap.
Ini alasan paling jahat.

5. Kerajaan tak buat study, main ambush saja.
Alasan untuk escape dengan senang.

Kami menyeru pembaca untuk menilai sendiri dengan akal fikiran yang waras mengapa sesuatu perkara itu di buat oleh kerajaan. Kerajaan adalah organisasi yang kita ada untuk menjaga kestabilan negara. Sekiranya itu kerajaan salah ini kerajaan salah, maka kita tidak memerlukan kerajaan lagi. Jadilah negara ini pekan koboi tanpa sebarang undang-undang dan semua warganegaranya mengambil tindakan dan tafsiran sendiri. Jika itu berlaku, apa bezanya kita dengan komuniti monyet yang tidak ada sistem dan undang-undang?

Tak berapa lama sebelum ini, negara Columbia pernah dihuru-harakan dengan skim cepat kaya. Rakyat merusuh akibat tertipu. Jika itu berlaku di Malaysia, monyet-monyet akan bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menghalang penipuan ini dari awal? Monyet-monyet ini juga yang akan merusuh, memecah bangunan, dan merampas barang. Itukah yang kita mahukan?

Jangan monyet, jangan!

"Belia Benci Scam"

4 comments:

gigojoey said...

Kudos to blog owner! You're just like "Harry Markopolos" of Malaysia!

My Scam Alert said...

Thanks for doing it for us!
Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih.

zaki said...

org yg kate kerajaan suka ganggu ni sebenarnya orang bodoh. Orang nak tolong.. dia kata kacau. Ialah kacau dia nak buat duit dgn menipu org lain

Blogger said...

eToro is the most recommended forex broker for beginning and professional traders.