Monday, January 25, 2010

CEO hadapi tuduhan ambil RM70 juta mengaku tidak bersalah


CEO hadapi tuduhan ambil RM70 juta mengaku tidak bersalah
25/01/2010 4:33pm

SEREMBAN 25 Jan. – Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengambil wang deposit tanpa lesen berjumlah RM70 juta daripada orang ramai antara Februari dan Oktober 2008.

Syed Shareezally Syed Aualadali, 39, dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar, bersama rakan kongsinya, A. Halim A Rahman, 39, selaku pemilik syarikat Eastana Farm Industries Sdn. Bhd., yang beroperasi di 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang.

Syed Shareezally mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan dia diikat jamin RM300,000, manakala A. Halim dikenakan ikat jamin RM400,000 sehingga kes mereka disebut semula pada 8 Februari ini.

Kedua-dua lelaki tersebut, yang tinggal berjiran di kawasan kediaman mewah Lavender Heights di sini, ditahan selepas pegawai-pegawai Bank Negara menyerbu premis Eastana Farm Industries pada 13 Oktober 2008 selepas mendapat aduan dari orang awam.

Syarikat itu menjalankan perniagaan penternakan lembu dan daging segar.

Melalui internet, syarikat ini mempelawa orang ramai untuk melabur dengannya. – Bernama


Sumber di sini.

Nampaknya CEO lembu ni tak nak mengaku. Takpe.. lawanlah sampai mampus.

Cerita basi pasal lembu ni kat sini dan sini.

No comments: