Thursday, August 12, 2010

DuitOrangMalas - kalau malas tak perlu jual ebook

Sambil meronda dalam internet, kami terjumpa satu iklan best ni. Nampaknya orang malas pun dah jadi kaya sekarang (kaya menipu agak nya).

Kami pernah tulis tentang penjual ebook sedikit masa dulu. Ada juga cerita Pak Pandir yang buat surat berantai dan evolution menyebebabkan method itu ditukar kepada ebook.

Sebenarnya tak susah untuk mengesan pembohongan peluang perniagaan di internet, tips nya begini:

1. Berhati-hati dengan laman web yang tidak memberikan maklumat sebenar penjual, kerana biasanya seorang penipu tidak mahu dirinya dikenali

2. Berhati-hati dengan orang yang menunjukkan gambar akaun bank atau paypal, kerana jikalah wang terlalu mudah untuk dibuat, mengapa perlu bersusah-payah buat website dan iklankan untuk cari pembeli

3. Berhati-hati dengan ucapan berdegar-degar bahawa teknik dia adalah paling bagus, tapi sedikit pun tak nak cerita teknik apa. Orang seperti ini sebenarnya mahu perangkap anda untuk beli ebook

4. Jangan terpedaya janji dengan wang dikembalikan, apabila bukan dalam pegangan anda, maka wang itu bukan lagi hak anda

5. Berhati-hati dengan nama domain yang bunyinya negatif, kerana ini adalah teknik reverse psiko yang cuba dimainkan (richjerk, duit10minit, itukan menipu semuanya..)

Jangan mudah percaya, jangan mudah melepaskan wang anda kepada para penyangak.
Jika ianya terlalu mudah untuk dibuat, nescaya tidak ada seorangpun dalam dunia ini yang memilih untuk jadi miskin. Bekerja lah dengan tulang empat kerat kamu, kerana itu lebih berkat.

"Belia Benci Scam"

4 comments:

zackmohd said...

peringatan yang amat berguna kepada yang belum terkena..

zackmohd said...

satu saujana...kembar buluh mas?take a look.

フイズ® said...

benda2 mcm ni sume tipu n scam je...

http://jomkongsi.info/blog

le kit said...

Saya ada jual e-book, bukan SKIM JUAL E-Book! Harga semurah RM25.00 satu tajuk. Tajuk yang di sediakan:

1. Kerjaya Pemandu Pelancong. (Tips,apa dia PP, Tugas, Masaalah, menjadi seorang PP dll)
2. Usahawan Ternak Udang Kara.