Sunday, June 1, 2008

Tropical Monsun Biz - Mungkin Scam, Mungkin Tidak

Image Hosted by ImageShack.us

Satu program yang dinamakan "Tropical Monsun Biz" dikatakan bakal menjadi scammer terulung di Malaysia tidak lama lagi. Bezanya scam mode ini dilakukan dengan lebih terhormat.

Khabarnya program ini menjual software pengutip email dan pengantar spam (bila lah agaknya attitude orang Malaysia boleh menghormati hak dan privasi orang lain) dengan harga puluhan ribu ringgit. Berserta SMS Gateway yang tidak berfungsi. Jadi macam mana peserta program ini boleh menjadi kaya raya sehingga ke peringkat jutawan? Cari orang lah. Rekrut-merekrut itu sudah menjadi resepi utama dalam setiap program jutawan di negara ini. Semakin banyak seseorang melabur (atau membeli program-program yang tidak berguna itu), maka semakin tinggi komisennya.

Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah bodoh, tetapi kami tidak mahu katakan pembeli program "Tropical Monsun Biz" ini pun sebagai bodoh. Mungkin mereka ini kurang memahami. Tambahan pula iklan program ini memenuhi akhbar dan juga siaran televisyen. Orang kita pantang tengok iklan di TV, semuanya bagus. Kalau tidak bagus, mana mampu keluar iklan di TV kan? Tapi orang kita lupa yang merekalah menjadi penaja iklan seperti ini. Mana datangnya duit iklan kalau bukan dari pembeli.

Jangan biarkan hidup anda diperbodohkan lagi. Satu-satunya cara yang agak jelek untuk menjadi kaya ialah dengan meminta bayaran untuk mengajar orang lain membuat perkara jelek yang lain seperti spamming. Tidak beretika.

"Belia Benci Scam"

1 comment:

zaki said...

saya juga berpendapat sama dgn saudara