
Membaca pelan pemasaran Jutawan Ceramic di laman webnya, hati begitu sedih mengenangkan betapa orang ramai terus dipermainkan oleh penyangak-penyangak siang hari ini. Lebih menyedihkan lagi, kawan-kawan kita begitu bangga terpampangnya muka mereka di laman web Jutawan Ceramic sambil memegang cek hasil 'kerja' mereka. Kononnya operasi mereka dari Cheras oleh Asia Ceramic Sales & Marketing Sdn Bhd.
Artikel ini kami tulis dengan niat untuk membantu. Tiada niat untuk menjatuhkan barang siapa sekalipun.
Contoh pelan ditawarkan adalah seperti di bawah:
Pelan 1: Anda beli produk A (Tea Set) pada harga RM900 dan syarikat menjualkan untuk anda sebanyak RM1,000. Untung RM100.
Pelan 2: Anda beli produk B (Dinner Set) pada harga RM1,800 dan syarikat jualkan pada harga RM2,000. Untung RM200.
Bayaran dibuat secara post-dated cek sebanyak 2 kali dalam masa 2 bulan.
Bagi pembaca yang ingin mengerti apa yang kami cuba sampaikan. Baca dan kemudian pejamkan mata, tanya pada hati. Lupakan pasal produk tea set atau dinner set. Bayangkan satu laman web HYIP menawarkan 2 pelan deposit, pelan pertama memerlukan deposit sebanyak RM900 dan anda dibayar RM500 bulan pertama, dan RM500 lagi bulan kedua. Wah bagusnya. Boleh
roll lagi duit ini dan compound sehingga jadi jutawan kan? Boleh juga recruit orang lain dan dapat komisen.
Fuck'em!
Adakah anda nampak persamaan HYIP dengan Jutawan Ceramic? Ada produk? Produk tidak ada gunanya kalau sekadar bayangan. Produk ceramic ini entah wujud secara fizikal entah tidak. Kalau ada pun sekadar untuk pertunjukan dan menghalalkan bisnes haram ini.
Beberapa isu untuk difikirkan bersama:
1. Beli barang, tetapi tidak ada barang. Akad nya macam mana?
2. Beli barang terus dapat
post-dated cek. Macam tahu-tahu je barang tu boleh terjual bulan depan? Ini kira fixed return juga lah.
3. Kalau konsepnya jual beli barang, kenapa pelu ada
multi-tier komisen? Fuck. Ini taktik sama untuk promosi bisnes haram.
Kami mencadangkan perkara berikut, sekiranya ketulenan bisnes ini ingin dibuktikan:
1. Tunjukkan bukti transaksi penjualan ceramic kepada orang ramai. Bukan penjualan kepada pelabur, tetapi penjualan kepada end-user (si pengguna barang). Apa yang kami syak, ceramic ini hanya dijual kepada A, kemudian ceramic yang dibeli oleh A dijual pula kepada B, kemudian dijual kepada C, D ... hingga lah
infinity. Jutawan? Ini jutawan ponzi namanya.
2. Tunjukkan stok ceramic. Sepatutnya untuk setiap pelabur yang membeli, perlu ada satu fizikal aset ceramic di pegang oleh syarikat. Jika ada 10,000 pelabur, perlu ada 10,000 set. Jangan hanya virtual.
Walau apapun, syaitan bertopeng manusia boleh buktikan apa saja. Bukti yang tidak wujud, boleh diwujudkan. Anda perlu tanya hati anda sendiri adakah ini yang anda mahu, semoga kita semua dilindungi dari rezeki yang haram. Rezeki yang haram akan membutakan hati dan hati yang buta tidak akan tahu membezakan antara HYIP dan pelaburan yang halal.
Update setakat 15 April 2009----------------------------
Kami akan jawab beberapa comment yang agak membina sahaja. Yang nak memaki hamun pun kami tak tapis, tulis saja apa yang kamu nak, biar pembaca lain tentukan keikhlasan kami. Esok atau lusa kamu akan tahu apa yang kami tulis ini untuk kebaikan, bukan untuk berdengki.
Daus,
Maaflah kami mencarut. Hati terlalu geram.
Tetapi kami nak jawab kamu punya dalil bahawa kalau company scam tak akan menang 3 award. Betul ke macam tu? Orang yang bagi award tu tahu ke apa benda yang company ni nak buat? Atau setakat dia tengok betapa pantasnya company melompat dari zero to hero? Hero sebab dapat collect banyak duit dalam tempoh singkat. Memanglah cepat, dengan bantuan orang-orang macam kamu ni lah. Sedar ke tak?
FBI,
Kamu dapat bayaran memanglah bagus, selamat duit modal. Samada hasilnya jelas atau tidak, itu terpulang antara kamu dengan Allah. Tetapi orang Melayu harus lari dari pemahaman bahawa asalkan syarikat bayar, maka ia tak scam. Bukan macam tu. Bayaran yang kamu dapat tu hasil dari duit orang lain yang baru masuk. At the end, ada seseorang yang akan tidak menerima bayaran, maka inilah dikatakan sebagai penzaliman.
Suffian Abdul Razak,
Kamu nampak macam pandai. Harap-harap memang betul kamu pandai. Kami nak quote sikit comment kamu:
Mengenai pembelian pakej Booster tersebut. Jika ACM mendapat 20,000 pembelian Pakej A yang bernilai Rm 18 juta, syarikat tidak perlu untuk mengunakan kesemua peruntukan tersebut untuk sesuatu produk sahaja. Ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pihak pengurusan Syarikat untuk mendapatkan produk-produk yang lain jugak yang mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Siapa kata jika kita membeli Pakej A, pihak Syarikat wajib mengunakan peruntukan tersebut untuk mendapatkan Tea Set tersebut sahaja???Kami kata macam ni:
Kalau syarikat beli semula ceramic tu, semestinya ia perlu menjual kepada seseorang, sebab itu adalah apa yang diberitahu oleh syarikat. Jualan semula, betul tak? Jadi kalau syarikat beli semula sebanyak 20,000 set, maka semestinya syarikat jual semula 20,000 set. Itu baru dinamakan beli dan jual semula. Persoalannya, siapa yang beli semula ceramic yang telah dijual oleh pembeli asal itu??? Tak ada kan? Yang ada hanya pembeli baru dengan harga yang sama (dengan niat untuk jual semula kepada syarikat), dan dibeli semula oleh syarikat. Maka nampaklah di sini, sebenarnya penjualan semula itu tidak berlaku. Itu hanya gimik dan helah untuk menghalalkan cara mereka.
Jadi kat sini, kamu setuju kalau saya kata sebenarnya tidak berlaku sebarang jual-beli ceramic. Yang berlaku hanyalah pengambilan deposit. Yang mana pendeposit mengarapkan syarikat memberi pulangan lebih tinggi pada kadar yang telah ditetapkan (fixed return - tanya ustaz boleh ke tidak :)).
Kami juga terbaca komen seorang pelobi kuat ceramic ini berbunyi seperti berikut:
If you asked me where company got fund to paid RM100. The answer is easy thru selling the product to outside customer (that buy ceramic in bulk). Remember the keyword is cost of product. You cannot think like this, u buy tea set at RM900, sell back at RM1000. So how company profit right ? You must remember the cost of product itself and the price sell to bulk customer or non-distributor is not RM900. Remember that.Ini yang kami nak komen:
If the company can afford to sell at RM1000 to the customers, why the company need you in this business? Why don't the company bypass you and sell ceramic at RM1000 and keep the all the profit? Why it needs you in place? Don't tell me company wanna do some charity jobs..or some more BSs like sharing profit Malaysians etc.
Kami mohon maaf di atas sebarang kekasaran bahasa. Tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda memejamkan mata dan membutakan hati. Fikir-fikirkan apa yang kami cuba sampaikan.
Update setakat 8 May 2009----------------------------
Fauzul Amir,
Kami pernah berjumpa dengan ramai orang.. pegawai kerajaan, pengarah syarikat swasta, peguam, doktor, askar, polis, pelajar.. mereka ini bukanlah tidak bijak, orang intelek seperti Saudara juga... tetapi akhirnya masuk perangkap skim cepat kaya. Sekiranya orang-orang intelek seperti ini boleh terkeliru, mungkin juga orang MDEC seperti Sudara pun boleh terkeliru juga.
Kita keliru kerana pulangan yang ditawarkan cukup tinggi. Pernah dengar istilah 'kelabu mata' sebab duit?
Konsep francais seperti McD atau KFC, saya setuju tentang pembekal dan pembeli telah sedia wujud. Tetapi McD atau KFC ada consumer...iaitu orang yang membeli dan memakan ayam goreng.
Dalam kes Jutawan Ceramic ini, di mana consumer nya? Yang ada hanyalah pelabur (jika betul istilah itu kami pinjam dari Saudara) seperti Saudara. Pelabur beli ceramic dan jual semula kepada syarikat, dapat untung setiap bulan. Pelabur lain pun buat benda yang sama. Persoalannya...
1. Di mana consumer sebenar (yang membeli ceramic pada harga RM1,000/set untuk kegunaan harian mereka)?
2. Dari mana datangnya keuntungan yang Sudara perolehi?
Apa yang kami cuba sampaikan ialah... MUNGKIN keuntungan yang Sudara, isteri dan anak dapat setipa bulan itu, MUNGKIN bukannya datang dari keuntungan syarikat menjual ceramic kepada consumer, sebaliknya datang dari wang pelabur-pelabur lain yang melabur selepas Saudara? Jika ini yang berlaku, Sudara boleh beritahu kami jenis perniagaan apa yang memberi dividen dari wang pelabur yang baru kalau bukan sistem Ponzi?
----------------------------
Update terkini 23/7/09
Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related CompaniesBank Negara Malaysia has commenced investigations into Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.
The raid on Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies was conducted at the premise of the company in Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.
Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.
Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia's website ( www.bnm.gov.my ).
For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:
BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato' Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am - 5.00 pm)
Bank Negara Malaysia
23 July 2009
----------------------------
"Belia Benci Scam"